Wednesday, March 24, 2010








HONEYMOON

13-14 MARCH 2010 TANJUNG LEMAN MERSING
















Sempat berposing pas makan malam...,
kat tepi pantai tjg le












wat posing sendiri, camera setting sendiri.. janji boleh kan kan kan....,,,,












Thursday, March 11, 2010

Makhluk-makhluk yang mengagumkan

Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang
dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat
makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di
dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini
juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami
akan menerangkan sebahagian daripadanya.
Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu
akan terperanjat, dan dalam masa yang sama
kamu akan berkata, “Betapa indahnya
ciptaan Allah”.
Bagaimana Penguin Dapat
Hidup Di Sebuah Benua Beku
Di Kutub Utara?


Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik
kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji
dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah
laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika
bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun
mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf.
Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah
selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang
suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Kutub Selatan
Tambahan pula, penguin tidak
mempunyai kot, baju bulu atau sarung
tangan, dan mereka tinggal di tempat yang
jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka
berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka
tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak
mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di
atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi,
tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa
sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang
sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh
kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa
sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan
sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak
merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya
daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.
Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita
amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa
sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian
tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang
hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin
mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak
seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang
mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur
sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia
berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan
anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan
jauh untuk mendapatkan makanan.


Penguin jantan mengeram
telurnya selama empat bulan
penuh. Ia membawa telur ini di
antara kedua kakinya dan sepanjang
empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah
meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan
membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat
bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya.
Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca
sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin
jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di
kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk
bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka.
Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar
bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir
menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan
kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam
temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu
bapanya membawanya di antara kaki mereka dan
memanaskan badannya dengan tubuh mereka.
Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan
makhluk hebat ini beberapa sifat yang
mengkagumkan. Allah menjadikan penguin
badan yang dapat melindungi dirinya daripada
kesejukan, dan menjadikannya begitu taat
setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka
memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini
telah diberikan kepada penguin berjuta-juta
tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini
tidak berubah walaupun sedikit dari segi
kesetiaannya.


Unta Membawa Tangki Air Di
Belakangnya
Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di
kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah
menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut.
Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di
cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai
kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang
luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam
suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga
apabila kamu keluar bermain.


Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar
500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah
juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta
menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang
panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia
dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang
pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada
tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri.
Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia
dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah
dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.


Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya
daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar
kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta
besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah
telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak
kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu
mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat
membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki
pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di
hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata.
Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia
melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang
paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di
padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin
tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta
merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub.
Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha
Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan
segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang
penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana
ia diciptakan?
(Surah Al-Ghasyiyah:17)


Burung Kolibri
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas
sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan
jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira
dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan
tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan
kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini
melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya.
Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk
menangani tugas yang begitu sukar.
Ketam Yang Dapat Mempertahankan
Diri


Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut.
Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar
biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata
hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuhmusuh
lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut.
Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas
kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat
menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut
melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak
mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan
semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.


Booby, Burung Yang Berenang
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada
jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah
telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas,
supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby
dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk
menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang
pada jarak yang jauh.

Tuesday, March 9, 2010

Sekolah Agama Pengerang



































1) Gmbr AJK Badan Kebajikan sesi 2006/2007
2) Peserta wakil sek peringkat Negeri, anak
muridku Abdul Mujib Hj Ibrahim ( sejuk hati
cikgu mengajar)
3) Seni khat thuluth peserta darjah khas
4) barisan pendidik 2009
5) dataran kejat sek agama pengerang

Sejarah dan asal usul Azan



Sejarah dan asal usul Azan

March 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.

Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.

  • Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
  • Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
  • Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
  • Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
  • Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
  • Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;

1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

  • (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)

2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.

  • (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)

3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.

  • (Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)

4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.

  • (Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)

5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).

  • (Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)

Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?

Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.

Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.

Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)

Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.

Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Sekian, semoga dapat sikit ilmu dari perkongsian ini. Sila sebarkan kepada kawan-kawan lain yer. TQ ;)



Wednesday, March 3, 2010

diriku



NOR LIHANA BINTI HANI


\

Tips perkahwinan (Mesti Baca)

March 30, 2009

Kutujukan entri ini kepada para pembaca blog ini samaada yang sudah atau belum berkahwin.

Juga kutujukan entri ini khusus untuk adik bongsu ku yang baru saja menamatkan zaman bujangnya. Selamat melangkah ke alam kehidupan cara hidup yang baru wahai adikku. Semoga kalian berdua bersatu hati, bertolong bantu, bertolak ansur dan berbahagia selalu…

Semoga kalian dapat membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT.




Renungkanlah apa yang aku ingin sampai ini : -

  • (1) Awak perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
  • Surah Al-Furqan ayat 74 :-“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa.”

(2) Awak perlu juga sedar dan faham bahawa perkahwinan awak dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa, perkahwinan awak tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah awak lakukan kearahnya.

Awak juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan awak terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya.

Sebagai seorang yang beriman dengan qoda’ dan qadar Allah, awak hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh awak dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 17 :-
“Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

  • (3) Perkahwinan itu menggariskan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka.
  • Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara’, memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
  • Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur’an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia.
  • Awak seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan awak sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah SWT.

(4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu awak mestilah memahami kedudukan awak di sisi pasangan. Awak bukanlah pihak yang pertama di hati pasangan awak.

Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga.

Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa.

Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, awak seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.


  • (5) Awak haruslah ingat bahawa pasangan awak adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Awak juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan awak melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

(6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain.

Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya awak kepada pasangan awak. Sebagai pakaian, awak diperlukan setiap masa oleh pasangan awak untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Oleh itu awak perlulah menjadikan diri awak sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

  • (7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara awak dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijab kabul bukan sahaja menjadikan awak suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini.
  • Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

(8) Awak perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan awak. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami.”

  • Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan ’sedangkan lidah lagi tergigit’. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam.
  • Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik.
  • Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan.
  • Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
  • Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
  • Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
selamat pengantin baru

"Selamat pengantin baru"

Sedikit renungan…
Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman & taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci & tinggi kedudukannya di mata manusia & disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra’, puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi & dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra’ dengan Saidina Ali bin Abi Talib ?

*alat menggiling gandum
*bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
*alat penumbuk
*sebuah bekas air
*kulit yang di samak
*sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, ” Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?

Nabi SAW menjawab : “Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia.”

Wahai pengantin yang paling agung, kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman & amal soleh. Bukan banyaknya harta & kemewahan, keturunan @ pangkat & jawatan. Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk & taat hanya kepada-NYA.

Kepada yang sudah berkahwin, samaada baru atau lama, saya doakan semoga kita semua aman bahagia, hidup sejahtera, penuh ceria dan mendapat rahmat daripada ALLAH sentiasa…amin.