Saturday, July 16, 2011

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

1.1 Profil Korporat

1.2 Sejarah AIM

1.3 Carta Organisasi

1.4 Logo AIM

1.5 Kumpulan Pengurusan AIM

2. CARA AIM MEMBASMI KEMISKINAN (PRODUK AIM)

2.1 Ikhtiar Rezeki

2.2 Ikhtiar Penyayang

2.3 Ikhtiar Bestari

2.4 Ikhtiar Sejahtera

2.5 Program Kewangan Kredit Mikro

3. MAKLUMAT AIM

3.1 Sahabat AIM

3.2 Pencapaian Terkini AIM

4. PENUTUP

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

1. Pengenalan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.

1.1 Profil Korporat

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai Badan Amanah Persendirian Berdaftar. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Objektif AIM ialah :

  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar.
  • Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan usahawan Ikhtiar.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :

  • Pembiayaan Modal
  • Simpanan Wajib
  • Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

VISI

Untuk Menjadi Institusi Kewangan Mikro Yang Diberkati, Dinamik dan Bertaraf Dunia Bagi Membasmi Kemiskinan serta Meningkatkan Kesejahteraan Ummah.

MISI

  • Menjadi Institusi Kewangan Mikro pada tahun 2009
  • Menjadi institusi yang berdikari pada tahun 2012 dengan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan.
  • Menjadi IKON dalam operasi Kewangan mikro di peringkat antarabangsa.
  • Membangunkan program yang lebih komprehensif bagi membantu, membimbing dan memperkasa golongan miskin terutama bangsa Malayu dan Bumiputera.
  • Mencapai bakikini pembiayaan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2012.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan budaya kerja cemerlang.
  • Menyediakan kemudahan kewangan dan bimbingan berterusan kepada sahabat usahawan.

IKRAR KAKITANGAN

Kami diamanahkan membantu keluarga miskin berikhtiar menambah rezeki melalui pembiayaan ikhtiar yang dikeluarkan kepada mereka yang sanggup berusaha dan mempunyai projek yang sempurna tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan fahaman politik. Dalam tugas ini, kami tidak dibenarkan menerima sebarangan walaupun segelas air daripada ahli dan bakal ahli. Allah/Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan.

IKRAR SAHABAT

Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada Allah untuk berikhtiar menambah rezeki, membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka di dalam kesesakan, menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, menggalak anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu. Allah menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan.

1.2 Sejarah AIM

Pendekatan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan diperkenalkan oleh Prof. Muhamad Yunus di Bangladesh pada tahun 1976 dan sejak itu telah berkembang ke seluruh dunia. Perkembangannya di Malaysia berlaku pada tahun 1986, diusahakan oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim, pada waktu tersebut masih berkhidmat dengan USM. Projek awal untuk menguji kesesuaian pendekatan Bank Grameen ini yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan Kerajaan Negeri Selangor.

Projek Ikhtiar, iaitu satu projek penyelidikan bertindak yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM adalah satu kajian bagi menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) di dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bagi membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan golongan miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM demi kesinambungan dan kejayaan program.

Hasil usaha gigih Prof Yunus selama ini berbaloi apabila pada 2hb Oktober 1983, wujudlah Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang dengan pesat sehingga kini wujudlah Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank Grameen.

Pendekatan Bank Grameen di Malaysia bermula di Barat Laut Selangor

Di Malaysia pendekatan Bank Grameen mula dilakukan melalui kajian-kajian di Barat Laut Selangor yang bermula dengan projek perintis selama dua setengah tahun, melibatkan 373 orang isi rumah termiskin yang menerima pinjaman kebajikan pertama mereka. Di akhir projek Ikhtiar sekurang-kurangnya 90 peratus bayaran balik diterima termasuk modal pinjaman dan kos pengurusan. Ini membuktikan program ini telah berjaya.

Di peringkat awal pengenalan projek seramai 232 orang Sahabat lelaki dan 141 orang Sahabat wanita telah menerima pinjaman mereka. Kepelbagaian projek telah dijalankan oleh Sahabat-Sahabat antaranya kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani, tanaman sayur, tanaman padi dan ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada pada mereka.

Pada akhir Jun 1988, satu kajian telah dijalankan ke atas Sahabat-Sahabat ini untuk mengenalpasti status projek yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan Sahabat-Sahabat wanita ternyata lebih unggul dalam menjalankan projek mereka. Kadar peratusan bayar balik yang tinggi iaitu 95 peratus berbanding Sahabat lelaki 75 peratus sahaja.

Kajian impak yang dijalankan juga menunjukkan peningkatan pendapatan lebih ketara pada Sahabat wanita iaitu tambahan sebanyak RM136 sebulan berbanding Sahabat lelaki hanya RM65 sahaja sebulan. Kejayaan besar yang ditunjukkan oleh Sahabat-Sahabat telah memberi keyakinan kepada jawatankuasa pengasas untuk meneruskan pengembangan projek Ikhtiar ke negeri-negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.



Kelebihan AIM Dalam Pendekatan Disiplin Kredit Mikro

Sehingga kini, dapat dilihat bahawa projek AIM dalam membantu golongan miskin untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah sangat berjaya dan sungguh memberangsangkan. Bagi melihat punca kejayaan ini kita haruslah meneliti pendekatan yang digunakan oleh AIM dan juga kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki oleh AIM.

Kejayaan AIM adalah kerana konsep yang diamalkan oleh AIM sendiri iaitu memberikan pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang dalam mendapatkan semula wang pinjaman.

Sikap keterbukaan AIM dalam memberikan pinjaman ini menyebabkan AIM mudah menjangkau dan mendapatkan sahabat dalam menyertai AIM dan ini terbukti apabila sehingga pertengahan 2004, seramai 94000 telah menyertai AIM.

Sebagai Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, AIM ditadbirurus oleh Lembaga Pemegang Amanah yang mana keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasiti peribadi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pelbagai pihak ini memberikan jaminan yang segala urusan AIM adalah adil dan tiada penyelewengan memandangkan segala projek AIM diawasi oleh pelbagai pihak dan dengan ini memberikan keyakinan kepada orang ramai dalam menyertai AIM.

Dalam menjalankan projeknya, AIM menempatkan antara tujuh hingga sembilan Pembantu Amanah di setiap cawangan dengan bidang tugas mereka mengesan dan mencari isirumah miskin. Mereka melakukan tugas ini dengan mengendalikan ujian kelayakan, menyediakan pelan peningkatan kesejahteraan hidup isirumah dan akhirnya memperkukuhkan ekonomi golongan miskin ini dengan modal Ikhtiar yang diberikan serta pengurusan bersama yang dijalankan.

Mesyuarat Pusat yang diwajibkan kepada para Sahabat juga menjadi asas kepada kejayaan AIM, ini adalah kerana dengan mesyuarat mingguan ini AIM dapat menilai, memantau dan membimbing para Sahabat yang akhirnya menjamin kejayaan kepada semua sahabat.

Kejayaan AIM dalam menyalurkan modal kepada golongan miskin juga adalah kerana sumbangan yang banyak yang diterima oleh AIM dan ini mengelakkan AIM dari dibelenggu masalah untuk mendapatkan dana modal pusingan. Sokongan Kerajaan Malaysia menyalurkan dana sebagai modal pembiayaan untuk dana AIM.

Selain itu, kejayaan AIM juga adalah disebabkan para sahabat sendiri, terutamanya kaum wanita. Ini kerana daripada kajian yang dijalankan didapati golongan wanita miskin ini adalah lebih bertanggungjawab, meningkatkan kesejahteraan keluarga terutamanya terhadap anak-anak mereka dan pandai mengambil peluang yang ada bagi memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan keluarga. Golongan wanita miskin ini juga didapati sanggup berkorban untuk masa depan keluarga yang lebih cerah. Dengan motivasi yang tinggi inilah telah mendorong para sahabat ini untuk berusaha dengan gigih di samping mendapat bimbingan daripada AIM dan akhirnya menjamin kejayaan AIM.

Oleh itu secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kejayaan AIM dan berkembangnya projek AIM adalah kerana objektif AIM itu sendiri dan hal ini dibantu pula dengan sikap keterbukaan AIM kepada para Sahabat dalam melaksanakan programnya. Jumlah jangkauan yang luas serta sikap para sahabat yang bermotivasi untuk mengubah cara hidup mereka juga antara penyumbang kepada perkembangan AIM.

1.3 Carta Organisasi

1.4 Logo AIM

Maksud Logo AIM

Warna biru dan hijau menonjolkan keberkecualian AIM dalam arena politik kerana kedua-dua warna tersebut tidak terdapat dalam mana-mana parti politik. (pada masaia ditubuhkan)

Rajah tiga segi ikatan sepuluh adalah cantuman kumpulan 5 ahli yang mengasaskan pusat (2 kumpulan asas menubuhkan pusat).

Lima kelopak bunga raya pula merupakan jalinan 5 individu yang menubuhkan kumpulan serta menjadikan takwa, disiplin, berani, bersatu dan berusaha sebagai falsafah memerangi kemiskinan. Kelopak bunga raya adalah identiti keMalaysiaan SKIM Pembiayaan Ikhtiar.

Sementara huruf jawi di dalam kelopak adalah unsur meningkatkan penulisan JAWI serta bagi mereka yang mahir di dalamnya.

1.5 Kumpulan Pengurusan AIM

Kumpulan Pengurusan AIM terdiri dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM seramai tujuh orang yang diketuai oleh YH. Dato’ Amihamzah Ahmad
Pengerusi Lembaga AIM. Selain itu kumpulan ini juga mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatakuasa Panel Syariah.

2. Cara AIM Membasmi Kemiskinan (Produk AIM)

Terdapat beberapa cara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperkenalkan lima produk utamanya iaitu ikhtiar rezeki, ikhtiar penyayang, ikhtiar bestari, ikhtiar sejahtera, program kewangan kredit mikro.

2.1 Ikhtiar Rezeki

Ikhtiar rezeki mempunyai empat kaedah iaitu I-mesra, I-srikandi, I-wibawa dan I-wawasan.

I-Mesra

Pengenalan

Skim Pembiayaan I-Mesra merupakan skim asas kepada pembiayaan AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pembiayaan pertama dengan jumlah maksima RM2,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut.

Maklumat Pembiayaan

  • Had maksima pembiayaan ialah RM19,900 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Mesra

  • Sahabat layak mendapat I-Mesra kali pertama setelah disahkan dalam kumpulan dan pusat, selepas menjalani Proses Penurunan Kuasa dan Pengiktirafan kumpulan.
  • Sahabat layak membuat pembiayaan I-Mesra kali kedua sekiranya peningkatan jumlah pembiayaan yang dipohon adalah kurang daripada RM3,000.
  • Sahabat perlu memenuhi keperluan Asas Simpanan bagi I-Mesra melebihi RM10,000

I-Srikandi

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi (I-Srikandi) yang berasaskan konsep fast track adalah merupakan satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi projek yang berjaya dan berdaya maju. Skim ini juga bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada Sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain. Melalui skim ini juga Sahabat layak membuat pembiayaan lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pembiayaan semula berkembar.

Maklumat Pembiayaan

  • Had maksima pembiayaan ialah RM19,900.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Srikandi

  • Sahabat boleh mendapat pembiayaan I-Srikandi jika projek terdahulu yang dibiayai oleh I-Mesra berdaya maju dan memerlukan modal pembiayaan yang lebih besar (satu kali ganda dari pembiayaan terdahulu).
  • Kelayakan Sahabat tertakluk kepada proses Keberkesanan Operasi Jumlah Sahabat Pinjam Tanpa Tunggakan di atas 80%.
  • Kelayakan Sahabat tertakluk kepada kadar portfolio berisiko pada 0%.
  • Sahabat mesti memenuhi Asas Simpanan bagi pembiayaan melebihi RM10,000.

I-Wibawa

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan I-Mesra atau I-Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat.

Maklumat Pembiayaan

  • Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
  • Tempoh bayar balik maksima adalah sehingga 6 bulan.
  • Kaedah bayar balik sama ada mingguan, bulanan atau sekaligus.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Wibawa

  • Sahabat boleh mendapat pembiayaann I-Wibawa apabila Sahabat memperolehi peluang projek ekonomi/perniagaan dalam tempoh jangkamasa singkat dan memerlukan sumber kewangan sekaligus dan cepat. Contoh : Perniagaan di musim perayaan atau kontrak/tender dari pihak Kerajaan /swasta yang terjamin bayaran baliknya.
  • Sahabat yang sedang membuat pembiayaan ekonomi (I-Mesra atau I-Srikandi atau I-Wawasan) membuat bayaran balik mengikut jadual dengan sempurna.
  • Sahabat yang sedang membuat I-Mesra kali pertama (di kalangan Sahabat baru) hendaklah sekurang-kurangnya telah membuat bayaran balik dalam tempoh 25 minggu dengan sempurna.

I-Wawasan

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil yang dikenali sebagai skim I-Wawasan diperkenalkan untuk melaksanakan skim graduation kepada Sahabat yang berjaya mencapai tahap keushawanan kecil dan sederhana.

Skim ini untuk menggalakkan Sahabat supaya melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Maklumat pembiayaan

  • Had pembiayaan maksima RM50,000 dan minima RM20,000.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 250 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Wawasan

  • Pendapatan sahabat telah meningkat sekurang-kurangnya 5 kali ganda daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa kerajaan.
  • Sahabat telah membuat pembiayaan Ikhtiar (Pembiayaan Ekonomi) sekurang-kurangnya 5 kali dan pernah membuat pembiayaan tertinggi melebihi RM10,000.
  • Sahabat masih mengekalkan rekod disiplin Ikhtiar yang baik terutamanya rekod kehadiran dalam mesyuarat pusat (melebihi 90%) dan rekod bayar balik yang sempurna (100%).
  • Sahabat perlu menyediakan rekod-rekod perniagaan dan kewangan yang baik.
  • Sahabat yang berpengalaman menjalankan projek akan dibiayai sekurang-kurangnya tiga tahun ATAU bagi projek baru diceburi Sahabat perlu mempunyai latihan asas dalam bidang berkenaan daripada badan-badan yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, MARDI, MARA dan lain-lain.
  • Sahabat yang menjalankan perniagaan mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.
  • Had umur Sahabat meminjam mestilah tidak melebihi 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Memenuhi syarat Asas Simpanan mengikut jumlah pembiayaan.

2.2 Ikhtiar Penyayang

Pengenalan

Skim pembiayaan pemulihan atau I-Penyayang ini merupakan satu jalan penyelesaian untuk membantu Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi yang disebabkan oleh bencana alam, persekitaran ekonomi dan sosial atau Sahabat. Pembiayaan ini disediakan supaya Sahabat dapat memulakan projek baru atau memulihkan projek yang gagal itu.

I-Penyayang ini ditawarkan kepada Sahabat yang didapati mengalami masalah bayar balik dua minggu berturut-turut, selepas dikenal pasti punca kegagalan projek mereka. Sekiranya mereka layak, maka bayaran balik sedia ada ditangguhkan mengikut prosedur penangguhan bayar balik, kemudian pembiayaan I-Penyayang diproses seperti pembiayaan biasa. Dalam tempoh pembiayaan balik I-Penyayang, jika Sahabat mampu membuat bayaran bagi dua pembiayaan, maka penangguan bayar balik pembiayaan biasa akan dibuka semula. Jika Sahabat belum layak, maka pembayaran balik I-Penyayang diutamakan terlebih dahulu.

Maklumat Pembiayaan

  • Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
  • Tempoh bayar balik adalah antara 25 minggu hingga 150 minggu.
  • Caj pengurusan 10% setahun.
  • Caj pengurusan 5% (untuk tempoh bayar balik selama 6 bulan).

Syarat-Syarat Khusus Pembiayaan I-Penyayang

  • Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek dan menyebabkan masalah bayar balik mengikut jadual. Kegagalan projek yang diterima adalah disebabkan oleh bencana alam (tsunami, banjir besar, kemarau yang berpanjangan), masalah pasaran (kegawatan ekonomi, kejatuhan harga barang, kenaikan harga kos), masalah penyakit yang melanda Sahabat/Ahli keluarga atau masalah keluarga (perceraian).
  • Sahabat bersedia untuk memulakan projek baru dengan jumlah modal pembiayaan yang lebih kecil (terutamanya pada Sahabat yang pernah mengambil pembiayaan besar).
  • Disiplin kehadiran Sahabat, kumpulan dan pusat berada di tahap yang baik (mengikut syarat umum pembiayaan).
  • Pembiayaan yang tertunggak mestilah ditangguhkan terlebih dahulu.
  • Sahabat yang berada dalam tempoh pemulihan dan mengambil I-Penyayang tidak layak mengambil lain-lain pembiayaan secara berkembar.
  • Sahabat dan kumpulan sanggup menjalani Proses Penurunan Kuasa Khas untuk I-Penyayang dengan kandungan latihan seperti berikut :-
    • Proses Penurunan Kuasa hari 1 semua Sahabat bersama ahli kumpulan yang lain. Dicadangkan agar ahli keluarga juga turut serta di dalam majlis tersebut.
    • Proses Penurunan Kuasa semula dikenakan kepada Sahabat dan kumpulan dengan penekanan kepada topik kredit disiplin, peer support dan peer pressure serta penurunan kuasa kepada kumpulan serta pemberkuasaan (empowerment) Pengerusi. Cadangan Proses Penurunan Kuasa untuk kes ini adalah 4 hari sahaja termasuk Hari Pengiktirafan.
    • Pengiktirafan semula oleh Pegawai Rancangan atau Pengurus Wilayah untuk menilai semula kekukuhan kumpulan dan melihat sejauh mana komitmen Sahabat dalam memperbaiki disiplin dirinya.

2.3 Ikhtiar Bestari

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Bestari (I-Bestari) ini menjurus kepada membiayai kos pendidikan dan kemahiran. Syarat-syarat kelayakan adalah 6 bulan membayar balik atau separuh tempoh bayar balik pembiayaan I-Mesra kali pertama, mana-mana Sahabat layak membuat pembiayaan I-Bestari.

Maklumat Pembiayaan

  • Had pembiayaan yang boleh dipohon sehingga RM5,000.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat khusus I-Bestari

  • Sahabat yang memerlukan pembiayaan bagi tujuan membiayai keperluan pendidikan samada pendidikan formal (sekolah rendah hingga ke IPTA) ataupun pendidikan meningkatkan kemahiran (kursus-kursus kemahiran asas/lanjutan). Dokumen yang membukitkan keperluan seperti surat tawaran kemasukan dari institusi pendidikan yang sah, jumlah yuran dan lain-lain keperluan mestilah disertakan dalam borang permohonan.
  • Sahabat yang baru menyertai AIM dan hendaklah mengambil pembiayaan I-Mesra kali Pertama terlebih dahulu dan mestilah telah selesai membuat bayaran balik selama 25 minggu.
  • Bagi sahabat sedia ada, mereka boleh meminjam mengikut tahun mereka bersama AIM dengan syarat telah mengambil pembiayaan ekonomi dan menjalankan projeknya dengan baik, di samping dengan rekod disiplin kredit yang baik.

2.4 Ikhtiar Sejahtera

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Sejahtera (I-Sejahtera) ini merupakan satu skim baru khusus untuk keperluan pelbagai seperti beli tanah, beli rumah, mesin, keperluan menunaikan haji, kenduri kahwin anak, pelaburan, tebus barang kemas dan lain-lain yang tidak melanggar undang-undang atau hukum agama.

Maklumat Pembiayaan

  • Had pembiayaan yang boleh dipohon RM2,000 sehingga RM10,000.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Sejahtera

  • Sahabat yang hendak mengambil I-Sejahtera mesti sudah mempunyai rekod pembiayaan ekonomi sekurang-kurangnya I-Mesra kali pertama dan telah membuat bayaran balik selama 25 minggu.
  • I-Sejahtera bagi pusat yang memenuhi Keberkesanan Operasi (OE) 80% dan Portfolio Berisiko ditahap 0% layak mengikuti putaran di bawah :

Bil Putaran

1

2

3

4

RM Maksima

2,000

3,000

5,000

10,000

  • I-Sejahtera bagi Keberkesanan Operasi (OE) kurang 80% dan Portfolio Berisiko (PAR) kurang 5% layak mengikut putaran berikut :

Bil Putaran

1

2

3

4

RM Maksima

2,000

2,000

2,000

2,000

  • Sekiranya Portfolio Berisiko (PAR) melebihi 5% pinjaman ini akan dibekukan di pusat tersebut.

2.5 Program Kewangan Mikro Bandar

Pengenalan

AIM menawarkan skim pembiayaan yang mudah (tanpa cagaran dan penjamin) dengan melibatkan golongan sasaran yang khusus, pemantuan yang rapi, pematuhan disiplin kredit yang tinggi, kakitangan yang profesional dan sokongan padu oleh kerajaan.

Kaedah yang digunakan oleh AIM terbukti berkesan dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar isi rumah dari belenggu kemiskinan di samping melahirkan ramai usahawan kecil yang berdaya saing. Kejayaan AIM selama lebih 20 tahun ini kini digunakan sepenuhnya untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan bandar. Pelaksanaan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) menjadi pelengkap kepada kaedah mikrokredit ikhtiar yang memberikan impak besar kepada program-program pengurangan kemiskinan.

Objektif

  • Menggembleng potensi bekerja sendiri (self-employment) di kalangan isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah.
  • Menyebarluaskan pendekatan kewangan mikro AIM kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah di bandar.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau perkapita di bawah RM400 sebulan.
  • Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.
  • Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.

Syarat-syarat Pembiayaan

  • Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
  • Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari sejam).
  • Bersetuju menubuhkan pusat.
  • Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
  • Bersetuju menyumbang 1% daripada pembiayaan ekonomi ke dalam Tabung Kumpulan.
  • Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5 seminggu.
  • Bayaran balik secara mingguan.
  • Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
  • Caj pembiayaan 1% sebulan

Pembiayaan Ditawarkan

Skim pembiayaan yang ditawarkan ialah secara berperingkat seperti jadual berikut :

Bil Peminjam

Jumlah Pinjam(RM)

Tempoh Bayar Balik (Bulan)

Bilangan Mingguan

Bayar Balik (RM)

Kali Pertama

3,000

3

12

258

6

25

128

12

50

68

Kali Kedua

6,000

3

12

515

6

25

254

12

50

134

18

75

94

25

100

74

Kali Ketiga

10,000

3

12

858

6

25

424

12

50

224

18

75

157

25

100

124

Kali Keempat

15,000

3

12

1,287

6

25

636

12

50

336

18

75

236

25

100

186

Kali Kelima

20,000

3

12

1,716

6

25

848

12

50

448

18

75

314

25

100

248

3.0 Maklumat AIM

Maklumat umum tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah berkenaan kelayakan menjadi sahabat AIM, Kewajiban Sahabat AIM dan jadual pencapaian terkini AIM.

3.1 Sahabat AIM

Kelayakan Menjadi Sahabat

Lokaliti

Pendapatan Isirumah (RM)

Pendapatan Perkapita (RM)

Pendapatan Miskin Tegar (RM)

Pendapatan Perkapita

Semenanjung

661

152

398

91

Sabah

888

173

503

97

Sarawak

765

167

482

105

Syarat-syarat Menjadi Sahabat

  • Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
  • Bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat.
  • Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM.
  • Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat.
  • Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat. Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan.

Kewajiban Sahabat AIM

  • Hadir ke Mesyuarat Pusat mingguan.
  • Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka berada dalam kesesakan.

Syarat Mudah Pembiayaan

  • Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
  • Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang.
  • Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia.

Caj Pengurusan

  • AIM mengenakan caj pengurusan tahunan 10% ke atas setiap peminjam. Caj pengurusan ini digunakan untuk menampung kos pengurusan.

Penubuhan Pusat

  • Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
  • Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dan lain-lain.
  • Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
  • Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.

Tabung Kumpulan

  • Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan.

3.2 Pencapaian Terkini AIM

PENYATA KUMULATIF YANG DISATUKAN SEHINGGA 31 JANUARI 2011

MAKLUMAT ASAS

JUMLAH SAHABAT (AHLI)

263,795

JUMLAH KUMPULAN

63,444

JUMLAH PUSAT

7,013

JUMLAH CAWANGAN

87

JUMLAH KAKITANGAN

1,619

MAKLUMAT PEMBIAYAAN (RM)

MODAL DIKELUARKAN KINI

4,917,975,823

BAKI KINI

882,654,626

KADAR BAYAR BALIK

99.49%

4.0 Penutup

Budaya keusahawanan wajar disemai sejak kecil supaya apabila besar kelak dapat menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara melalui cukai pendapatan dan zakat. Keusahawanan mampu mengeluarkan diri daripada kefakiran ekonomi dan mengubah keadaan hidup. Perkaitan kemiskinan dan keusahawanan adalah saling bantu membantu bagi mengeluarkan masyarakat daripada kawah kemiskinan. Agensi kerajaan perlu melaksanakan usaha membantu komuniti miskin untuk berdikari meningkatkan taraf hidup masing-masing. Peranan yang dimainkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sangat menggalakkan sehingga berjaya membentuk sebuah komuniti miskin yang berdikari seara kecil-kecilan. Kita tidak memerlukan polisi yang komprehensif tetapi kumpulan sasarnya langsung tidak mahu berusaha atau malas untuk mengubah keadaan hidup sendiri. Begitu juga dengan polisi dan program pembangunan yang ada tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak ada maklum balas dan respons yang positif dan aktif daripada kumpulan sasar.

Modal pelaburan yang paling berkesan dan utama untuk dibangunkan ialah modal insan atau manusia melalui sektor pendidikan. Pelaburan yang intensif dalam pendidikan akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kematangan dalam kehidupan seterusnya membangunkan ekonomi dan komuniti keseluruhannya. Di samping itu ia turut membantu menyemai nilai-nilai sosial yang sangat diperlukan dalam komuniti dan menghalang serta menepis segala masalah sosial daripada mengganggu kesejahteraan hidup ahli komuniti dari semuaperingkat.

Pelaburan sosial adalah salah satu kaedah penyelesaian yang boleh diambil kira bagi membangunkan modal insan. Program sosial tidak dapat dipisahkan daripada program ekonomi kerana kerana program ini akan menghasilkan modal manusia (human capital) yang sangat produktif, mahir dan berpengetahuan. Kejayaan program ini bergantung kepada hubungan yang erat di antara individu, komuniti dan kerajaan. Individu sebagai unit paling asas dalam tiga elemen ini perlu memenuhi keperluannya sendiri terlebih dahulu sebelum dapat memenuhi keperluan komuniti dan negara. Bagaimanapun komuniti dan negara boleh membantu memenuhi keperluan individu melalui pelbagai program yang dilaburkan dalam pembangunan sosial.

BIBLIOGRAFI

Amanah Ikhtiar Malaysia. 2006. Majalah Ikhtiar Julai –September 2006

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia.2006. Rancangan Malaysia Kesembilan,2006-2010

Nik Mustafa Nik Hassan. 2002. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur:

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia. http www.aim.gov.my cms/index.html diakses pada 13/3/2011.

Laman Web Rasmi Yayasan TEKUN Nasional. http://www.tekun.gov.my/ homepage. diakses pada 30/3/2011. ditetapkan.Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III

http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertas%20kerja/III_A_1_rosbi_laksana_bantuan_zakat.pdf

http://web3.bernama.com/budget2009/bm/index.php

http://mybizplan.50webs.com/bonus4.html

LAMPIRAN

Contoh keluarga dhaif dan miskin yang memerlukan bantuan.

Contoh Industri Kecil Sederhana dan kegiatan keusahawanan yang dijalankan oleh sahabat AIM.

No comments:

Post a Comment