Wednesday, January 29, 2014

JOM REHATKAN MINDA..JLN2

LOTUS, DESARU BANDAR PENAWAR








LEGOLAND NUSAJAYA












MUKTAZILAH

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
1.0  Pengenalan
2.0  Objektif Kajian
3.0  Metodologi Kajian
4.0  Dapatan Kajian
4.1  Definisi Muktazilah
4.2  Sejarah Perkembangan Muktazilah
4.3  Tokoh Muktazilah
4.4  Prinsip Muktazilah
4.5  Perbezaan antara Muktazilah dan Ahli Sunnah
5.0  Kesimpulan
BIBLIOGRAFI


1.0   Pengenalan


Pemikiran ialah satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, sama ada ia berupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penelitian untuk menemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau untuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubung kait) atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja.

Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbul disebabkan berbagai-bagai faktor. Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam, peranan pemikir tidak kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurusan kepada pemikir Islam dan temadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik.
 
Pemikiran Islam turut didefinisikan sebagai himpunan ilmu dan pengetahuan yang tertegak atas asas-asas dan neraca ukuran Islam. Lebih luas lagi ianya diertikan sebagai dasar dan ajaran yang dibawa oleh Islam, metode yang perlu digunakan dalam pemikiran oleh umat Islam, pandangan dan pemikiran yang dihasilkan oleh umat Islam, dan rumusan daripada usaha-usaha penggabungan pemikiran manusia dengan mengubahsuai, memproses dan membebaskannya daripada unsur-unsur luar yang bercanggah dengan Islam. 

Kemunculan pelbagai mazhab dan pecahan fahaman akidah dipengaruhi oleh faktor asing daripada prinsip akidah yang sebenar. Walaupun perselisihan ini berlaku di peringkat awal generasi umat Islam namun pegangan pada al-Quran dan sunnah masih kukuh. Al-Quran dan sunnah menjadi sumber asal ajaran Islam dan penyelesaian yang menyelamatkan umat daripada terjebak dalam penyelewengan akidah yang ketara. Generasi al-Salaf as-Soleh juga muncul dengan akidah yang unggul dan mengutamakan ikatan persaudaraan Islam berjaya mengatasi cabaran dalaman dan luaran.
            Kemunculan pelbagai fahaman seperti qadariah, jabariah, syiah, muktazilah, murji’ah telah menyebabkan umat Islam mula berpecah dari fahaman ahli sunnah waljamaah kepada beberapa bahagian. Akhirnya fahaman ini menjadi fahaman yang terpesong dari aqidah dan kepercayaan tauhid yang sebenar.


2.0  Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah
1.      Mengetahui sejarah kemunculan fahaman muktazilah
2.      Menyenaraikan lima prinsip utama fahaman muktazilah
3.      Mengbezakan percanggahan yang wujud antara fahaman muktazilah dan Al-Quran  Sunnah

3.0  Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesuatu penyelidikan.Metod ini digunakan untuk mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data dalam satu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan mengunakan beberapa kaedah, Antaranya ialah:

3.1  Kajian Keperpustakaan
Kajian ini akan menggunakan kaedah keperpustakaan sebagai kaedah utama untuk memperoleh data yang diperlukan bagi menyokong dan memantapkan kajian. Data yang diperoleh daripada perpustakaan diperolehi menerusi library research iaitu dengan membaca,menelaah, serta mencatat teori-teori yang bersumberkan daripada buku, jurnal, tesis dansebagainya. Melalui kaedah ini tumpuan akan diberikan kepada sumber rujukan utama mengenai pandangan

Ash‟ariyyah dan Muktazilah dalam menghuraikan sifat Wahdaniah.Kajian kepustakaan adalah penting dalam penyelidikan ini bagi membolehkan penyelidik mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai permasalahan yang menjadi fokus kajian. Kajian kepustakaan ini melibatkan pencarian bahan-bahanmsekunder di perpustakaan.metod yang digunakan oleh penulis untuk mendapatkan maklumat,seterusnya penulis menganalisa data-data yang telah dikumpul.
 Maklumat-maklumat dandata-data yang telah dikumpul perlu disusun dan dianalisa berdasarkan tema kajian yang telahditentukan. Daripada maklumat yang dikelaskan, penulis membuat analisa dari bahan-bahandan maklumat yang diperolehi supaya kajian ini lebih jelas dan tersusun. Apabila selesai proses pengumpualan data, semua data tersebut dianalisa dengan menggunakan metod analisadata. Melalui metod ini, semua data yang diperolehi akan dibentangkan yang mana ianya bersifat khusus untuk membentuk kesimpulan yang umum. 


4.0   Dapatan Kajian

Kajian ini akan memaparkan hasil dan dapatan kajian tentang fahaman muktazilah dari segi maksud, pengertian, sejarah pengasas fahaman muktazilah, tokoh-tokoh fahaman muktazilah, lima prinsip utama muktazilah dan perbezaan antara muktazilah dan ahli sunnah.

4.1   Definisi Muktazilah

Secara etimologi, Mu’tazilah berasal dari kata “i’tizal” yang ertinya menunjukkan bersendirian, kelemahan, keputus-asaan, atau mengasingkan diri. Dalam Al-Qur’an, kata-kata ini diulang sebanyak  sepuluh kali yang kesemuanya mempunyai erti sama iaitu al ibti’âd ‘ani al syai-i (menjauhi sesuatu) seperti dalam ayat Al-Quran. Firman Allah SWT:

 ÈbÎ*sù öNä.qä9utIôã$# öNn=sù öNä.qè=ÏF»s)ム(#öqs)ø9r&ur ãNä3øŠs9Î) zNn=¡¡9$# $yJsù Ÿ@yèy_ ª!$# ö/ä3s9 öNÍköŽn=tã WxÎ6y ÇÒÉÈ
90. tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu, Maka Allah tidak memberi jalan bagimu (untuk menawan dan membunuh) mereka.                                                            (Surah An-Nisa’ 4:90)


           Sedangkan secara terminologi sebagian ulama mendefenisikan Mu’tazilah sebagai satu kelompok dari Qodariyah yang berselisih pendapat dengan umat Islam yang lain dalam permasalahan hukum pelaku dosa besar yang dipimpin oleh Washil bin Atho’ dan Amr bin Ubaid pada zaman Al Hasan Al-Bashri.

            Aliran ini muncul di kota Bashrah (Iraq) pada abad ke 2 Hijriyah, tahun 105 – 110 H, tepatnya pada masa pemerintahan khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan khalifah Hisyam Bin Abdul Malik. Pelopornya adalah seorang penduduk Bashrah mantan murid Al-Hasan Al-Bashri yang bernama Washil bin Atha’ Al-Makhzumi Al-Ghozzal.

4.2  Sejarah Perkembangan Muktazilah
Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara Washil bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar. Golongan Muktazilah dinisbahkan kepadanya.
Kisah perselisihan itu berlaku semasa majlis pengajian Hasan al-Basri. Di mana seorang lelaki telah masuk dan berkata kepada Hasan al-Basri: "Wahai imam agama, telah lahir pada zaman kita ini segolongan orang yang mengkafirkan pembuat dosa besar, mereka adalah Khawarij. Segolongan lagi ialah mereka yang mengmbalikan hukum ke atasnya. Mereka berkata: "Tidak memberi mudarat kemaksiatan jika mempunyai iman, sebagaimana tidak memberi manfaat ketaatan jika dalam kekafiran. Mereka adalah golongan Murji'ah."
Hasan al-Basri berfikir. Sebelum beliau menjawab, Washi bin Atho' berkata: "Aku tidak berpendapat bahawa pembuat dosa besar itu sebagai mukmin secara mutlak dan tidak kafir secara mutlak. Malahan dia akan berada di suatu tempat di antara dua tempat."
Kemudian Washil meminggirkan diri ke suatu sudut di dalam masjid berkenaan, dan mendirikan mazhabnya sendiri. Lalu Hasan al-Basri berkata: "Washil telah mengasingkan (I'tizal) diri dari kami." Ini menjadi sebab mereka diberi nama dengan Mu'tazilah.
Washil telah dilahirkan di Madinah pada tahun 80 Hijrah, dan meninggal dunia pada tahun 131 Hijrah di Basrah. Mazhabnya telah tersebar di Iraq, dan sebahagian dari khalifah Bani Abbasiyah telah mengikut fahaman ini.
Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, mereka mempunyai dua buah madrasah. Yang pertama di Basrah dan yang kedua di Baghdad. Telah berlaku perdebatan dan perselisihan di antara dua madrasah ini mengenai banyak masalah.

4.3   Tokoh-tokoh Muktazilah

Tokoh-tokoh aliran muktazilah banyak jumlahnya dan masing-masing mempunyai pikiran dan ajaran-ajaran sendiri yang berbeza-beza dengan tokoh-tokoh sebelumnya atau tokoh-tokoh pada masanya, sehingga masing-masing tokoh mempunyai aliran sendiri-sendiri. Dari segi geografi, aliran muktazilah dibagi menjadi dua, iaitu aliran muktazilah basrah dan aliran muktazilah baghdad. Aliran basrah lebih dahulu munculnya, lebih banyak mempunyai keperibadian sendiri dan yang terawal mendirikan aliran muktazilah.
Perbezaan antara kedua aliran muktazilah tersebut pada umumnya disebabkan karena situasi geografi. Kota basrah lebih dahulu didirikan dari pada kota Baghdad dan lebih dahulu mengenal pelbagai aneka ragam kebudayaan dan agama. Dalam pada itu, meskipun Baghdad kota terbelakang didirikan, namun oleh khalifah Abbasiyah dijadikan menjadi ibu kota khalifah.
Tokoh-tokoh aliran basrah antara lain:
 Wasil bin Atha (80-131 H/699-748 M),
Wasil bin Atha’ Al-Ghazal terkenal sebagai pendiri aliran Mu’tazilah, sekaligus sebagai pemimpinya yang pertama. Dan dia juga terkenal sebagai orang yang meletakan prinsip pemikiran Mu’tazilah yang rasional.
orang pertama yang meletakan kerangka dasar ajaran Mu’tazilah. Ajaran pokok yang dicetuskannya ada tiga iaitu, faham al-Manzilah bain al-Manzilatain, faham Qodariah yang diambil dari Ma’bad dan Gailan, dan faham peniadaan sifat-sifat Tuhan. Dua dari tiga ajaran pokok itu kemudian menjadi doktrin Mu’tazilah, yakni al-Manzilah bain al-Manzilatain dan peniadaan sifat-sifat Tuhan.
Abu Huzail al-Allaf (135-235 H),
Nama lengkapnya adalah Abdul Huzail Muhammad Abu Al-Huzail Al-Allaf.Ia sebagai pemimpin Mu’tazilah yang kedua di Basrah. Ia banyak mempelajari filsafat Yunani. Pengetahuanya tentang filsafat memudahkan baginya untuk menyusun dasar-dasar ajaran Mu’tazilah secara teratur. Pengetahuanya tentang logik, membuat Ia menjadi ahli debat. Lawan-lawanya dari golongan zindiq,dari kalangan majusi, Zoroaster, dan atheis tak mampu membantah kenyataannya. Menurut riwayat, 3000 orang masuk islam di tangannya. Puncak kebesaranya di capai pada masa khalifah Al-Makmun, karena khalifah ini pernah menjadi muridnya.
Bisyir Al-Mu’tamir (wafat 226 H)
Ia adalah pemimpin Mu’tazilah di Baghdad. Pandanganya yang luas mengenahi kasusastraan menimbulkan dugaan bahwa ia adalah orang yang pertama menyusun Ilmu Balaghah. Ia adalah seorang tokoh aliran ini yang membahas konsep tawallud (reproduction) iaitu batas-batas tanggungjawab manusia atas perbuatannya. Ia mempunyai murid-murid yang besar pengaruhnya dalam penyebaran paham Mu’tazilah, khususnya di Baghdad.
An-Nazzam (183-231 H)
Ia adalah murid Abul Huzail Al-Allaf. Ia juga bergaul dengan para filosof. Pendapatnya banyak berbeza dengan aliran Mu’tazilah lainya. Dia memiliki ketajaman berfikir yang luar biasa, antara lain tentang metode keraguan dan metode empirika yang merupakan ciri bakal renainssance (pembaharuan) Eropah.
Al-Jahiz Abu Usman bin Bahar (w. 869)
Dia adalah pencetus fahaman naturalisme atau kepercayaan akan hukum alam yang oleh kaum Mu’tazilah disebut sunnah Allah. Ia antara lain menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan manusia tidaklah sepenuhnya diwujudkan oleh manusia itu sendiri, melainkan ada pengaruh hukum alam.
 Al-Jubba’i (w. 302 H)
Nama Al-Jubba’I di ambil dari nama tempat kelahiranya, iaitu suatu tempat bernama Jubba, di Chuzestan-Iran. Dia adalah guru imam Abu Hasan al-Asy’ari, pengasas aliran Asy’ariyah. Ketiaka Al-Asy’ari keluar dari barisan Mu’tazilah dan menyerang pendapatnya, Ia membalas serangan Asy’ari tersebut. Pikiran-pikiranya tentang tafsiran Al-Qur’an banyak di ambil oleh Az-Zamakhsyari. Dia dan anaknya iaitu Abu Hasyim Al-Jubba’I mencerminkan akhir kejayaan aliran Mu’tazilah.
Pendapatnya yang mashur iaitu tentang kalam Allah SWT, sifat Allah SWT, kewajiban manusia, dan daya akal. Mengenai kalam Allah SWT, ia sependapat dengan an-Nazzam. Mengenai Sifat Allah SWT, ia menerangkan bahwa Tuhan tidak mempunyai sifat, kalau dikatakan Tuhan berkuasa, berkehendak, dan mengetahui bererti Dia berkuasa, berkehendak, dan mengetahui melalui zat-Nya, bukan dengan sifat-Nya. Tentang kewajipan manusia, ia membagikan kedalam dua kelompok iaitu kewajipan-kewajipan yang diketahui oleh manusia melalui akalnya (wajibah ‘aqliyah) dan kewajipan-kewajipan yang diketahui manusia melalui ajaran-ajaran yang dibawa para rasul dan nabi (wajibah syar’iah). Sementara itu, daya akal menurut al-Jubba’i sangat besar. Dengan akalnya, manusia dapat mengetahui adanya Tuhan serta kewajiban bersyukur kepada-Nya. Akal manusia selanjutnya dapat mengetahui  yang baik dan yang buruk serta mengetahui kewajipan berbuat yang baik dan meninggalkan yang buruk. Pendapat ini menjadi ajaran Mu’tazilah yang penting.
Mu’ammar bin Abbad,
Dia adalah pengasas Mu’tazilah aliran Baghdad. Pendapatnya yang penting iaitu tentang kepercayaan pada hukum alam, sama dengan pendapat al-Jahiz. Ia mengatakan bahwa Tuhan hanya menciptakan benda-benda yang wujud, sementara al-‘arad atau accidents (sesuatu yang datang pada benda-benda) itu adalah hasil dari hukum alam. Contohnya, jika sebuah batu dilempar kedalam air, maka gelombang yang dihasilkan oleh lemparan batu itu adalah hasil atau reaksi dari batu itu, bukan hasil ciptaan Tuhan.
Bisyr al-Mu’tamir (w. 210 H),
Ajarannya yang penting berkaitan tanggungjawab perbuatan manusia. Baginya, anak kecil tidak diminta bertanggungjawab atas perbuatannya diakhirat kelak karena ia belum mukalaf. Seorang yang berdosa besar kemudian bertaubat, lalu mengulangi lagi berbuat dosa besar, akan mendapat seksa ganda, meskipun ia telah bertaubat atas dosa besarnya yang terdahulu.
Abu Musa al-Mudrar (w. 226 H),
Dia dianggap pemimpin Mu’tazilah yang ekstrim kerana pendapatnya yang mudah mengkafirkan orang lain. Menurut Syahrastani, menuduh kafir semua orang yang mempercayai keqadiman al-Quran. Ia juga menolak pendapat bahwa Allah SWT dapat dilihat dengan mata kepala akhirat.
Hisyam bin Amr al-Fuwati,
Dia berpendapat bahwa apa yang dinamakan syurga dan neraka hanyalah ilusi, belum ada wujudnya sekarang. Alasan yang dikemukakan adalah tidak ada gunanya menciptakan syurga dan neraka sekarang karena belum waktunya orang memasuki syurga dan neraka.
Sumamah bin Asyras (w. 213 H),
Dia berpendapat bahawa manusia sendirilah yang mewujudkan perbuatan-perbuatannya karena dalam dirinya telah tersedia daya untuk berbuat. Tentang daya akal, ia berkesimpulan bahawa akal manusia sebelum turunnya wahyu dapat mengetahui adanya Tuhan dan mengetahui perbuatan baik dan perbuatan buruk, wahyu turun untuk memberikan jaminan.
Abu al-Hussain al-Khayyat (w. 300 H),
Dia memberikan penafsiran yang berbeza dengan pengasas Muktazilah lainnya tentang penafian sifat-sifat Tuhan. Ia berpendapat bahawa jika Tuhan dikatakan berkehendak, maka kehendak Tuhan itu bukanlah sifat yang melekat pada zat Tuhan dan bukan pula diwujudkan melalu zat-Nya. Jadi, kehendak Tuhan itu bukan zat-Nya, melainkan diinterpretasikan dengan Tuhan mengetahui dan berkuasa mewujudkan perbuatan-Nya sesuai dengan Pengetahuan-Nya.
 Al-Qadhi Abdul Jabbar (w. 1024 H)
Ia dia angkat sebagi hakim oleh Ibnu Abad. Diantara karyanya yang besar adalah tentang ulasan pokok-pokok ajaran Muktazilah. Karangan tersebut demikian luas dan amat mendalam yang ia namakan Al-Mughni. Kitab ini begitu besar, satu kitab yang terdiri lebih dari lima belas jilid. Dia termasuk tokoh yang hidup pada masa kemunduran aliran Mu’tazilah namun Ia mampu berprestasi baik dalam bidang keilmuan mahupun dalam jabatan kenegaraan.
Az-Zamakhsyari (467-538 H).
Ia dilahirkan di desa Zamakhsyar, Khawarizm, Iran. Sebutan Jarullah artinya adalah tetangga Allah, kerana beliau lama tinggal di mekah, dekat ka’bah. Ia terkenal sebagai tokoh dalam Ilmu Tafsir dan nahwu. Dalam karanganya Ia terang-terangan menonjolkan faham Mu’tazilah. Misalnya dalam kitab tafsir Al-Kassyaf, ia berusaha menafsirkan ayat-ayat Al-Qur,an berdasarkan ajaran-ajaran Mu’tazilah, terutama lima prinsip ajaranya. Selain itu kitab Al-Kassyaf diuraikan dalam ilmu balaghah yang tinggi, sehingga para mufassirin banyak yang menggunakanya hingga saat ini.

4.4  Prinsip Muktazilah

Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah Islam. Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam memahami dan menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima doktrin iaitu asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul Khamsah, yang menjadi pegangan seluruh ahlinya iaitu:

i) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, sebagai contoh : keesaan yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah keesaan yang mutlak kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan hakiki yang sesuai bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur atatu aspek yang boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah berasingan dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat. Sifat azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar, melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang azali dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan hakikat azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah bersifat mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.

Muktazilah tidak menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan tentang sifat-sifat tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah yang azali berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.

ii) Keadilan (’adl), sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan tidak menindas makhluk yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan keadilanNya mengharuskan manusia memiliki kekuasaan untuk membuat sesuatu mengikut kehendaknya sendiri.

iii) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (Al-Wa’d wa Al- Wa’id) juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji dan ancaman Allah adalah sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan telah memastikan ganjaran kepada orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dan menentukan hukuman atau balasan kepada orang yang tidak mentaatiNya, dan ia juga adalah tidak pasti tentang itu.

iv) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua tempat). Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah melakukan satu dosa besar seperti minum arak, berzina, atau penipu dan sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka tetap mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau perantara antara kepercayaan atau kecurangan.

v) Al-’amr bil ma’ruf wa al-nahy ’an al-munkar  cuba untuk buat benda yang baik menurut undang-undang, dan mengerunkan apa yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undang-undang]. Muktazilah menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan antara mukmin dan kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah tentang kewajipan Islam ialah, pertamanya, bahawa syari’ah tidak memberi makna yang khusus atau mengenalpasti tentang perkara makruf dan munkar. Ini membolehkan manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap berat sebelah, dan bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan yang terdapat pada perkara-perkara makruf dan mungkar. Kedua, pelaksanaan kewajipan ini bukan sahaja memerlukan adanya Imam atau ketua, dan ia adalah meliputi kewajipan bagi semua yang bergelar muslim, tidak kira samaada Imam atau ketua pada masa sekarang ataupun bukan. Hanya sesetengah kategori yang terdapat pilihan Imam atau penguasa bagi orang-orang muslim, sepertimana yang melibatkan hukuman (hudud) yang telah ditentukan oleh syari’ah, pengawalan sempadan negara-negara Islam dan masalah-masalah lain mengikut pemerintahan Islam.

4.5   Perbezaan antara Muktazilah dan Ahli Sunnah

1.      Pelaku Dosa Besar
Aliran muktazilah
Pada aliran mu’tazilah tidak menentukan status yang pasti pada bagi pelaku dosa besar, apakah ia tetap mukmin atau kafir, kecuali dengan sebutan “al-manzilah bain al-manzilatun “. Setiap pelaku pelaku dosa besar, menurut mu’tazilah,berada diposisi tengah antara posisi mukmin dan kafir. Jika pelakunya belum sempat bertaubat, ia akan dimasukkan dalam neeraka selama-lamanya. Namun siksanya lebih ringan daripada seksa orang kafir. Jadi, menurut muktazilah yang dimaksud dengan dosa besar adalah segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara tegas dalam nas, sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya.
           Aliran asy’riyah (ahlu sunnah wal jamaah)
Dosa besar menurut aliran asy’ariyah adalah pelaku dosa besar masih tetap sebagai beriman, akan tetapi apabila ia beranggapan bahawa dosa ini dibolehkan (halal) dan tidak diharamkan maka ia dipandang kafir. Adapun balasan di akhirat kelak apabila ia meninggal tidak sempat bertaubat maka, hal itu diserahkan kepada kehendak Allah dan mendapatkan syfa’at Nabi SAW, sehingga bebas dari seksaan neraka atau kebalikannya. Meskipun begitu, ia tidak akan kekal di neraka seperti orang kafir lainnya. Dan boleh masuk syurga.

2.  Iman dan kufur
               Aliran muktazilah
Aliran mu’tazilah sepakat bahawa amal perbuatan merupakan salah satu unsur terpenting dalam konsep iman. Kerana itu merupakan salah satu dari prinsip muktazilah (alwa’ad wa al wa’id) dan ma’rifah (pengetahuan dan akal) dalam masalah iman, yang merupakan persoalan teologi iaitu iman seseorang dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal ibadahnya.
           Aliran asy’ariyah (ahlu sunnah wal jamaah)
Aliran asy’ariyah mendefinisikan iman dalam berbagai macam. Iman adalah qawl dan amal dan dapat bertambah dan berkurang.Dalam al-luma iman maksudnya sebagai tashdiq  bi Alloh.Jadi, bagi asyariyah dan juga al-asari sendiri iman hanyalah tashdiq yang juga diluahkan dalam bentuk syahadatain.

3.      Perbuatan Tuhan  
Aliran muktazilah
Aliran muktazilah, sebagai aliran kalam yang bercorak rasional, berpendapat bahawa perbuatan tuhan hanya sebatas pada hal-hal yang baik. Namun , ini tidak berarti bahwa tuhan tidak mampu melakukan perbuatan buruk kerana  Tuhan mengetahui keburukannya. didalam al-quran pun dijelaskan bahwa tuhan tidaklah berbuat zalim.  Tentang keadilan tuhan, muktazilah berpendapat bahwa tuhan mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap manusia. iaitu berbuat baik terhadap manusia. Macam-macam faham kewajipan Allah:
a.       kewajiban tidak memberikan beban diluar kemampuan
b.      kewajiban diutuskan rasul
c.       kewajiban menepati janji (al-wa’ad) dan ancaman (al-wa’id)
                   Aliran asy’ariyah  (ahlu sunnah wal jamaah)
Ulama’ al-ghazali mengatakan bahawa Allah tidak berkewajipan berbuat baik dan terbaik kepada manusia. Perbuatan-perbuatan Allah bersifat (ja’iz) dan tidak satupun darinya yang mempunyai sifat wajib. Dengan demikian Allah maha berkehendak terhadap makhukNya.  Kerana percaya pada kekuasaan mutlak Tuhan. Maka, al-asyari mengatakan dalam al-luma, bahwasannya tuhan dapat meletakkan beban yang tidak dapat dipikul oleh manusia.  Al-ghazali pun mengatakan hal ini dalam kitab al-istisad.
Aliran asyariah memaklumi bahawa diutuskan rasul-rasul mempunyai erti penting, kerana mereka banyak bergantung pada wahyu untuk mengetahui  tuhan dan alam ghaib. Bahkan juga untuk mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan hidup di dunia. Namun, semuanya dikembalikan pada  kekuasaan dan kehendak mutlak Allah. Apabila Allah menghendaki manusia hidup dalam kekacauan. Tuhan dalam hal ini tidak berbuat untuk kepentingan manusia.
Tentang kewajiban menepati janji dan menjalankan ancaman yang tersebut dalam al-quran dan al-hadis, alasyariah berpendapat bahwa, semua lafaz yang bererti siapa diertikan sebagai sebagian orang bukan keseluruhan. Dengan kata lain yang diancam itu bukanlah semua orang tetapi sebahagian orang . adapun sebahagiannya akan terlepas dari ancaman atas dasar kekuasaan dan kehendak Allah.
           
            4.  Perbuatan Manusia
Masalah perbuatan manusia bermula pada pembahasan aliran jabariyah dan aliran qodariyah akar dari permasalahan ini  adalah keyakinan Allah adalah pencipta alam semesta termasuk didalamnya manusia sendiri. Allah bersifat Maha kuasa dan Maha berkehendak. Timbullah pertanyaan sampai dimana manusia bergantung pada Tuhan dalam menentukan perjalanan hidupnya.
                  
 Aliran mu’tazilah
Aliran mu’tazilah berpendapat bahwa manusia mempunyai daya yang besar dan bebas. Oleh kerana itu, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya. Manusia sendirilah yang berbuat baik dan buruk. Ketaatan dan kepatuhannya adalah kehendak dan kemauannya sendiri, daya(al-istitha’ah) untuk mewujudkan kehendak terdapat dalam diri manusia sebelum adanya perbuatan . meskipun berpendapat bahwa Allah tidak menciptakan perbuatan dan tidak pula menentukannya, kalangan muktazilah tidak memungkiri adanya ilmu azali Allah yang mengetahui segala apa yang akan terjadi dan diperbuat manusia. 

Aliran asyariyah
Dalam fahaman asyari dikenal teori alkasb  (perolehan) yaitu segala sesuatu yang terjadi dengan perantaraaan daya yang diciptakan, sehingga menjadi peolehan bagi muktasib yang memperoleh kasab untuk melakukan perbuatan . sebagai konsekuensi nya ,manusia kehilangan daya dalam perbuatannya .

5.   Sifat-sifat Allah
             Aliran muktazilah
Aliran muktazilah berpendapat bahwa Allah tidak mempunyai sifat. Alah bersifat negatif .Tuhan tidak mempunyai pengetahuan, kekuasaan.hajat Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifat jasmani.oleh sebab itu mu’tazilah menafsirkan ayat-ayat yang memberikan kesan bahwa Tuhan bersifat jasmani secara metaformosis.
Selanjutnya muktazilah berpendapat bahawa Allah bersifat (ghaib). Allah tidak mengambil tempat sehingga tidak dapat dilihat. Bila Allah dapat dillihat maka Allah dapat tampil didunia ini, sedangkan kenyataanya belum ada yang melihatnya .Mengenai hakikat al-quran, aliran muktazilah berpendapat bahawa al-quran adalah makhluk sehimgga tidak kekal,
          
Aliran asyariyah
Aliran asyariyah berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat-sifat, dan sifat-sifat Allah itu unik kerana tidak dapat dibandingkan dengan sifat-sifat manusia. Sifat-sifat Allah berbeza dengan allah sendiri, Alasyariyah menolak bahwa Allah itu mempunyai sifat-sifat jasmani. Namun ayat-ayat alquran menggambarkan sifat-sifat tersebut tidak boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya saja, namun semua itu dikatakan layukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui bagaimana cara dan batsnya) .
  
5.0   Kesimpulan
            Daripada penjelasan diatas telah menyebutkan tentang lima asas agama yang utama ia terdiri daripada kedudukan yang asas bagi Muktazilah darisegi pendapat Kalam, selain itu, sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini kepercayaan Muktazilah tidak hanya tertumpu kepada lima asas agama yang meliputi linkungan bidang besar yang pelbagai dan ia terdiri daripada ilmu ketuhanan atau teologi, fizik, sosiologi dan antropologi. Dalam semua bidang ini mereka memegang kepercayaan yang khusus, dan berbincangan tentang perkara yang luar daripada bidang penyelewengan dalam syarah ini. Ibni Taimiyyah merupakan tokoh yang terkemuka dan mendokong fahaman salaf dan Imam Abu Zahrah adalah tokoh yang terkenal dalam perundangan Islam. Mereka mengakui bahawa Muktazilah sebahagian orang Islam, beriman dengan akidah Quran dan berjihad bersungguh-sungguh mempertahankannya. Penjelasan ini dengan sendirinya menolak pandangan golongan yang mengatakan bahawa Muktazilah telah keluar dari jamaah Islam atau menyeleweng dan kafir. Golongan ini memberikan keutamaan kepada akal dalam memahami dan menyelesaikan masalah akidah, maka pandangan mereka merupakan pembaharuan yang menonjol dalam akidah Islam.



BIBLIOGRAFI 
Abd Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali, _______, Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Amir A. Rahman, 1990, Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan    
            Pustaka.
Badlisham Mohd Nasir, 2009, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, Selangor : 
            Karisma Publication Sdn. Bhd.