Tuesday, August 20, 2013

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM BAHASA ARAB



ISI KANDUNGAN

1.0  Pendahuluan                                                                                           1
2.0  Definisi                                                                                                     4
2.1  Bahan Bantu Mengajar (BBM)                                                 5
2.2  Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)                                       7
2.3  Pengajaran Bahasa Arab                                                           16
3.0  Tahap Penggunaan BBM dalam Pengajaran Bahasa Arab              17
4.0  Implikasi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar                                  20
5.0  Kekangan Pelaksanaan BBM                                                               22
6.0  Cadangan Mengatasi Masalah                                                             23
7.0  Kesimpulan                                                                                             25
BIBLIOGRAFI                                                                                             27











1.0    Pendahuluan

Dewasa ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan beberapa kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh graduan supaya dapat bersaing dalam pasaran kerjaya. Kemahiran tersebut dinamakan Kemahiran Insaniah yang diterapkan ke dalam subjek dan juga aktiviti kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif, kepimpinan, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, etika, keusahawanan dan kemasyarakatan. Tujuan di sebalik perkara di atas ialah bagi menyediakan graduan yang dapat memenuhi keperluan semasa di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Secara amnya, graduan hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, mempunyai kemahiran yang baik dalam berkomunikasi, kemasyarakatan, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikiran kritis dan kreatif, semangat pembelajaran sepanjang hayat, beretika dan mahir dalam merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Bagi pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah pula, keperluan semasa perlu dilihat bagi membina hala tuju pendidikan yang dapat menyesuaikan dengan keperluan di universiti. Hasrat universiti akan tercapai dengan adanya calon yang memasuki memenuhi keperluan universiti. Berdasarkan keperluan di peringkat universiti, boleh disimpulkan keperluan tersebut hendaklah dibina di peringkat sekolah lagi. Bagi mencapai hasrat di atas, pengajaran bahasa Arab diperingkat sekolah hendaklah melihat semula hala tuju dalam usaha memperkasakan pendidikan yang boleh memenuhi keperluan semasa. Pemerkasaan tersebut boleh dibuat dalam proses pembelajaran yang terdiri daripada kurikulum, P&P, pelajar, guru, pentadbiran dan prasarana. Hasil gabungan perkara-perkara di atas, sekolah dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kurikulum perlu dilihat supaya dapat membekalkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tinggi dan keperluan semasa. P&P perlu mengikut keperluan semasa bagi menjamin objektif pendidikan tercapai. Pelajar perlu mempunyai motivasi, strategi dan daya saing yang tinggi. Guru perlu berkompetensi tinggi. Pengurusan perlu kepada kreatif dan inovasi. Kemudahan prasarana yang kondusif perlu bagi menjamin kelancaran proses P&P. Di samping itu aktiviti kokurikulum perlu bagi membina shahsiah dan jati diri pelajar terutama dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. Hasil dari pada gabungan keperluan di atas, proses pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan melahirkan pelajar yang memenuhi kemahiran yang dibincangkan dan dapat berinteraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.










2.0    Definisi

Untuk menguasai sesuatu bahasa, setiap pelajar bahasa perlu menguasai kemahiran berbahasa dan sub-sub kemahirannya (Oxford, 1990). Kemahiran berbahasa mempunyai empat komponen, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Antara keempat-empat komponen ini kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah kemahiran mendengar (Sola- h al-cArabi - , 1981; al Madku - r,1983). Tetapi sebaliknya, kemahiran mendengar kurang diberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Weiten dan Lloyd (1994) latihan kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dalam latihan kemahiran komunikasi, sedangkan seseorang itu menggunakan masa jauh lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur.

Manakala dalam konteks pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar juga kurang diberi penekanan. Mengikut Ishak Rejab (1992), Ab. Rahim (1993), Syed Omar (1997), Dahab (1997), Nik (2005) pengajaran bahasa Arab di Malaysia masih lagi banyak menggunakan Kaedah Nahu dan Terjemah. Antara kelemahan kaedah ini ialah ia lebih menekankan kemahiran membaca dan penguasaan nahu bahasa Arab, dan mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur (Hama - dah, 1987). Pendapat ini selari dengan dapatan kajian oleh Maimun (1997) yang menunjukkan Kaedah Nahu dan Terjemah hanya memahirkan pelajar-pelajar dalam dua kemahiran sahaja, iaitu kemahiran membaca dan menulis.
Sementara itu, teknik pengajaran berdasarkan Kaedah Nahu dan Terjemah ialah teknik kuliah. Mengikut Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib (1995) teknik kuliah tidak memerlukan peralatan tambahan untuk mengajar. Malahan teknik kuliah ini tidak memerlukan persediaan yang rapi, terutama peralatan teknologi pendidikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM). Ini kerana para guru hanya perlu masuk ke kelas dan menghuraikan sahaja fakta pengajaran dengan terperinci.

Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.

2.1    Bahan Bantu Mengajar

Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti glosari, buku latihan, bahan bantu mengajar seperti gambar, objek hidup atau mati, model atau spesimen, radio, poster, gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad perkataan serta alat bantu mengajar.

Dalam pembelajaran bahasa, penggunaan pelbagai bahan adalah penting dan ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata (Chang, Wu, & Ku, 2005; Dornyei, 2001; Gilmore, 2007; Schuetze, 2008), apatah lagi dalam pembelajaran bahasa asing yang tidak disokong oleh persekitaran sepertimana bahasa pertama dan kedua (Aleixo, 2003).
Antara bentuk bahan pembelajaran ialah buku teks yang bermaksud bahan bercetak, menurut sukatan tertentu bagi sesuatu mata pelajaran dan untuk masa tertentu (Abdullah,1996). Ia merupakan satu bahan penting dalam pembelajaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga para guru selain dapat menyeragamkan pembelajaran serta aktiviti. Walaupun begitu, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa buku teks hanyalah satu cara untuk mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran tidak perlu terhad kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Malah, Dornyei (2001) menyatakan bahawa penggunaan buku teks yang paling baik sekalipun tidak akan dapat memenuhi kehendak dan matlamat setiap pelajar. Oleh itu, buku teks perlu dikaitkan dengan pengalaman seharian dan latar belakang pelajar.

Hill dan Tomlinson (2007) menekankan penggunaan bahan-bahan hidup seperti guru kelas lain, pelajar-pelajar daripada tahap yang lebih tinggi, ataupun pakar luar yang dipanggil untuk memberikan ucapan dalam bidang yang dikuasainya serta tidak terikat dengan bahan pembelajaran rasmi di dalam kelas sahaja. Hill dan Tomlinson (2007) juga menyatakan bahawa selalu sahaja pelajar diperdengarkan dengan monolog atau percakapan seseorang mengenai hobi dan pekerjaannya, sedangkan dalam kehidupan sebenar, jarang sekali pelajar mempunyai peluang atau berhadapan dengan keadaan seseorang yang bercakap mengenai hal peribadi. Oleh itu, input kemahiran lisan perlu menunjukkan aspek-aspek yang menjadi topik perbualan seharian penutur asal bahasa tersebut.

2.2  Jenis Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :
-          BBM bukan elektronik
-          BBM elektronik
-          Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik 

1. Papan tulis atau papan hitam
* Bahan asas dalam pengajaran
*Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar

2.Buku teks 

*Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
*Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
3.Papan Pamer 
*Dikenali sebagai papan buletin
*Sumber pangajaran yang produktif
*Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap
dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.

4.Fail tegak dan bahan bacaan 

*Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
*Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta,
peta, gambar skrip dan sebagainya.
*Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
*Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat
sumber sekolah atau bilik darjah

5.Gambar 


*Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6.Kad imbasan atau kad cantuman

*Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
*Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
*Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah

7.Carta 

*Susunan maklumat yang sistematik
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
f.Carta tunggal

8.Grafik 
*Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual.
*Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.

9.Papan pengajaran 

*Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
*Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif
dan dapat memotivasikan pelajar.
*Jenis papan pengajaran
a.Papan buletin
b.Papan kenyataan
c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel
d.Papan putih
e.Papan magnet
f.Papan selit
g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
h.Papan poket
i.Papan sorong tarik

10.Model 
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi
*Jenis model
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
*Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris

11.Boneka 


*Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
*Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog
*Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

12.Diorama 


*Rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi

Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik 


1.Overhead projektor (OHP ) 
*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan
ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)

2.Trasparensi 
*Kebaikan menggunakan trasparensi:
a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur
*Cara penyediaan trasparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan

3.Pita slaid ( Filem slaid ) 

*Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukuran
kecil
*Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi
*Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
*Dapat menarik perhatian pelajar
*Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas
*Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah
dan ditambah.

4.Radio 

*Untuk pengajaran bahasa
*Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.
5.Televisyen dan VCR

*Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar
*Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan
6.Filem tayangan /Filem jalur
*Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan
pendengaran
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari

7.Komputer 

*Boleh diprogramkan untuk mengajar
*Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
*Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan
sebagainya.

Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar 

*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan
pelajar-pelajar secara langsung.
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi

*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya

ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya

iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.

*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi



2.3  Pengajaran Bahasa Arab

Pengajaran adalah menampilkan atau membantu seseorang untuk belajar
bagaimana melakukan sesuatu, memberikan instruksi, membimbing dalam studi sesuatu, memberikan dengan pengetahuan, menyebabkan untuk mengetahui atau memahami (Brown, 2000:7). Menurut Rahil Mahyuddin, Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif yaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek.
           
Bahasa arab adalah bahasa yang di gunakan secara luas di bumi ini. Bahasa arab merupakan bahasa utama dari 22 negara, dan merupakan bahasa peribadatan dalam agama islam karna merupakan bahasa yang di pakai oleh Al-Qur’an
Ø¥ِÙ†َّا جَعَÙ„ْÙ†َاهُ Ù‚ُرأَÙ†ًا عَرَبِÙŠًّا Ù„َّعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَعْÙ‚ِÙ„ُونَ
sesungguhnya kami telah menjadikan Al-Qur’an dalam bahasa arab, supaya kalian bisa memahaminya (QS. Az Zukhruf:3)”









3.0  Tahap Penggunaan BBM dalam Pengajaran Bahasa Arab
           
            Penggunaan bahan pembelajaran juga perlu mengambil kira faktor kebolehan pelajar. Apatah lagi sekiranya di dalam satu kelas terdapat pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Menurut Cajkler dan Addelman (2000), pelajar yang lebih
berkebolehan perlu diberikan bahan yang lebih bersifat kendiri supaya mereka boleh berdikari seperti penggunaan kamus, membina ayat dan sebagainya. Ini kerana mereka akan merasa bosan sekiranya pengajaran terlalu perlahan. Manakala pelajar yang menghadapi masalah pula akan ketinggalan sekiranya pengajaran terlalu laju. Oleh itu, mereka mencadangkan penggunaan stimuli yang berbeza terhadap kelompok pelajar yang
berbeza walaupun hasilnya nanti berbeza-beza. Dari segi pembentukan bahan pembelajaran, Dat (2007) mencadangkan penggunaan sumber pembelajaran daripada kehidupan sebenar bahasa sasaran itu digunakan. Bahan-bahan seharian seperti radio, filem, rancangan televisyen juga boleh merapatkan jurang perbezaan pertuturan dengan penutur asal. Ia juga ditentukan oleh isi kandungan, fungsi dan makna yang akan mengekalkan minat pelajar dan berbentuk sebuah teks atau wacana yang menggunakan bahasa dalam keadaan sebenar.
            Tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam bahasa arab menunjukkan kekerapan penggunaan bahan pembelajaran berdasarkan  buku teks digunakan secara meluas berbanding kamus, buku latihan dan gambar. Manakala majoriti pelajar menyatakan bahawa OHP dan LCD hanya sesekali digunakan dalam pembelajaran. Penggunaan komputer juga didapati tidak memuaskan selari dengan kekerapan penggunaan Internet dan makmal bahasa yang juga rendah. Kadar penggunaan kad imbasan dan radio juga tidak memuaskan. Ini menunjukkan bahawa buku teks sahaja digunakan secara kerap dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Manakala penggunaan bahan-bahan lain adalah tidak menggalakkan, buku teks didapati digunakan secara meluas di samping kamus, buku latihan serta gambar. Namun, sebahagian besar guru menyatakan bahawa OHP tidak kerap digunakan dalam pembelajaran. Manakala lebih daripada satu perlima menyatakan bahawa LCD tidak pernah digunakan. Sebahagian besar guru juga menggunakan komputer pada kadar kekerapan yang rendah apabila yang menggunakannya pada tahap biasa dan amat biasa selari dengan penggunaan Internet dan makmal bahasa. Selain itu, kadar penggunaan kad imbasan dan
radio juga tidak memuaskan.
            Buku teks digunakan secara meluas dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah, selari dengan dapatan Taha-Thomure (2008) yang meneliti pengajaran bahasa Arab di dunia Arab. Ia disokong oleh temu beberapa kajian yang mendapati pengajaran guru adalah terikat dengan kandungan buku teks. Pembelajaran yang berasaskan kandungan buku teks mempunyai beberapa kelemahan. Pertamanya, ia tidak mempunyai unsur autentik yang mewakili realiti sebenar penggunaan bahasa (Gilmore, 2007), keduanya, ia menggalakkan penggunaan bentuk formal bahasa semata-mata (Morris, 2005) yang memberi kesan negatif kepada penggunaan strategi kognitif yang tinggi (Artino, 2008) seperti strategi pemikiran kritis. Ketiganya, pelajar terkongkong dengan kandungan buku teks semata-mata dan tidak terbuka kepada perkembangan semasa (Taha-Thomure, 2008).
Kamus dan buku latihan tidak digunakan secara meluas. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan kamus yang banyak berlaku di dalam kelas
sahaja menyebabkan guru berpendapat penggunaan bahan ini dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi. Manakala bagi pihak pelajar pula, pendapat mereka bukan sahaja terbatas di dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Oleh itu, penggunaannya di luar kelas mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan penggunaannya di dalam kelas. Penggunaan kamus yang rendah dalam kalangan pelajar disebabkan oleh beberapa faktor.
Hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang mempunyai inisiatif sendiri membeli kamus. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya, penggunaan kamus yang tidak diwajibkan kepada para pelajar. Keduanya, sebahagian guru pula didapati tidak mementingkan penggunaan kamus kerana mereka berpendapat ia tidak perlu dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Sikap sesetengah guru ini mungkin menyebabkan pelajar tidak merasakan kepentingan penggunaan bahan tersebut, selari dengan pandangan Guilloteaux dan Dornyei (2008) yang melihat aspek pengaruh guru terhadap motivasi pelajar. Ketiganya, bentuk pembelajaran yang berpusatkan guru. Apabila para pelajar menghadapi masalah dalam memahami teks, mereka dapat merujuk terus kepada para guru ataupun bertanya kepada rakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam pembelajaran bahasa Arab. Oleh itu, kewujudan kamus didapati tidak berapa dipentingkan terutama sekali dalam keadaan pembelajaran yang berorientasikan buku teks.





4.0  Implikasi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

            Ramai di kalangan guru  menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Arab terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Dalam hal ini, untuk mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer (PBK). Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaan authorware dan toolbook, mereka menyatakan tidak menguasainya dengan baik  Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap pelajaran. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa pelajar yang lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam

Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran. Selain menggunakan bahan berbantukan komputer penggunaan kad imbasan, gambar, carta-carta dan papan kuiz atau OHP turut membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di mana proses pengajaran berjalan lancer dengan melibatkan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan tahap kognitif dan bilangan murid dalam kelas.

Semua faktor untuk mendapatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru merancang, menyusun dan menjalankan aktiviti dalam kelas.




















5.0  Kekangan Pelaksanaan BBM
             
            Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Arab. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi
           
Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah  Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru  yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.






6.0  Cadangan Mengatasi Masalah
           
            Isu penggunaan BBM dalam pengajaran bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Ianya seolah telah menjadi satu rutin yang perlu dipertimbangkan penggunaannya dalam kelas kerana sifatnya yang membantu dalam mencapai objektif pengajaran. Justeru, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk untuk diselaraskan dengan BBM yang digunakan. Walaupun pelbagai kaedah pengajaran terancang telah ditekankan kepada semua lepasan guru untuk diterapkan semasa pengajaran namun terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa unsur penting dalam aspek pengajaran KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Menurut Abd Rahman (2000), pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia. Penggunaan multimedia moden seperti video klip, YouTube dan powerpoint beranimasi boleh meningkatkan kualiti pembelajaran disamping meningkatkan motivasi pelajar. Antara contoh laman web yang mempunyai laman pendidikan bahasa arab seperti http://www.sabah.edu.my/, http://www.myarabquran.com/, http://wanrusli.net/,  http://www.madinaharabic.com/, http://maalhijrah.blogspot.com/, http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/ dan banyak lagi. Bagi laman youtube pula terdapat banyak pilihan mengajar menggunakan video seperti link berikut www.youtube.com/watch?v=98YBS2tdpdU dan www.youtube.com/watch?v=Dm3ggo4hlYw.

Justeru, guru  haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna.


Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan BBM yang terlalu minimum dalam kelas, Antaranya ialah mewujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), menyediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. Mewujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran. Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir. Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer. Semua guru Bahasa Arab  perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.








7.0  Kesimpulan

            Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.
            Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
            Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa daripada sepuluh BBM yang disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru. Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.

            Bahasa Arab mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.













BIBLIOGFAFI


Ghazali Yusri & rakan-rakan, (2012) Penggunaan Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Muhammad Rahimi Bin Nik Mohd Yusoff & Kamaruzaman Bin Abd Ghani, (2008),
Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab, Jurnal teknologi, Universiti Teknologi Malaysia

Profesor Madya Dr. Rosni bin Samah, (2012) Isu Pembelajaran Bahasa Arab,
           Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti  Kebangsaan Malaysia,    Bangi
Rahimi Bin Md. Saad & Zawawi Bin Ismail, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web, Universiti Malaya

    



LAMPIRAN
CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB