Tuesday, August 20, 2013

FINAL REPORT COURSEWARE BASED ON CDROM



ISI KANDUNGAN

1.0  Pendahuluan
2.0  Model Pembelajaran
3.0  Teori  Pembelajaran
4.0  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5.0  Ulasan penambahbaikan
6.0  Penutup



1.0  Pendahuluan

Pembangunan Laman Interaktif ini berdasarkan Computer based
Educational Resource and Development in Information Technology, merangkumi LIMA peringkat pembangunan dalam model ADDIE yang terdiri daripada Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Sebelum pembangunan Laman Interaktif ini, data telah dikumpul untuk mengenalpasti data dan latarbelakang pelajar atau pengguna, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.
           Antara perkara yang akan dibincangkan dalam laporan akhir ini ialah konsep pembelajaran, teori pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta ulasan penambahbaikan dari pakar isi dan pakar IT.



2.0  Model Pembelajaran

ADDIE merupakan singkatan dari Analysis, Design, Development or Production, Implementation or Delivery and Evaluations. Dalam model pembelajaran ADDIE, analisis tentang setiap langkah antara muka perisian mempengaruhi untuk memudahkan pengguna. Dalam perisian ini, model pembelajaran yang telah diaplikasikan contohnya pada  setiap langkah menu utama perisian ini. Setiap sub topic dalam menu utama disusun mengikut aras Taksanomi Bloom.


                                                                                                                                                                                                                                                                       


 
Rajah 1: Pembangunan perisian menggunakan Authoware
Pada menu utama, aras yang mudah diperkenalkan kemudian diikuti dengan aras yang tinggi dan lebih sukar. Ini kerana bersesuaian dengan aras kognitif pelajar dan pengguna perisian tersebut yang telah dikaji sebelum pembangunan dijalankan dimana kumpulan pengguna terdiri daripada kumpulan pelajar sederhana dalam bidang multimedia dan pelajaran Pendidikan Islam.
            Setiap elemen dalam Model ADDIE diaplikasikan dalam perisian ini semasa perisian ini dirancang, dibangunkan dan di nilai dimana dalam perisian ini turut mempunyai penilaian iaitu beberapa soalan kuiz pelbagai bentuk. 




Rajah 2 : Antara contoh soalan objektif yang terdapat dalam perisian Laman Interaktif.



3.0   Aplikasi Teori Pembelajaran

Teori pembelajaran yang digunakan ialah teori Kognitivisme berdasarkan teori Jean Piaget (1896-1980) mempengaruhi perkembangan pelajar melalui tiga fasa iaitu asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Berikut merupakan aplikasi teori Kognitivisme dalam Reka Bentuk Perisian PBK:
(a)   Proses pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglibatan yang aktif daripada pelajar. Contohnya pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa, pelajar merancang sendiri perjalanan pembelajaran.

 



Rajah 2: Menu utama yang turut memaparkan kuiz membolehkan pelajar memilih untuk melakukannya berulang kali atau pada bila-bila masa.
(b)   Penekanan diberikan kepada penstrukturan, pengorganisasian dan penyusunan maklumat untuk memudahkan pemprosesan optimal.
Contoh : Menggunakan kaedah ringkasan, sintesis dan pembentukan konsep pemetaan (mapping konsep)



(c)  Maklum balas serta merta – Mengikut prinsip ACT, apabila pelajar mengambil laluan pembelajaran yang salah, pelajar diberi maklum balas serta merta.








Rajah 5: Penerimaan maklum balas serta merta pada bahgian soalan kuiz.
(d)   Penyusunan isi bahan pada menu utama disusun daripada mudah kepada sukar
(e)  Perisian yang menggunakan pengelola awal dan mnemonik metafor.
Rajah 6 : Penggunaan pengelola awal yang menunjukkan garis kasar bahan pembelajaran yang akan disampaikan berlatar belakangkan tema pemmbelajaran “ Ibadat Haji”.










4.0   Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi tutorial digunakan untuk mempersembahkan maklumat atau pelajaran baru kepada pelajar. Strategi tutorial ini mengajar pelajar tentang prinsip haji atau rukun haji yang wajib dilakukan semasa menunaikan ibadat haji dan syarat sah haji yang disampaikan menggunakan  peta minda berdasarkan mapping concept.
      Peranan yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan strategi tutorial ini ialah dengan memilih bahan pengajaran yang sesuai, menyesuaikan pengajaran dan memantau proses pengajaran yang menggunakan perisian Laman Interaktif Pendidikan Islam (Ibadat Haji).
      Peranan computer dalam pelaksanaan strategi ini ialah mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalan, memantau jawapan pelajar, memberikan maklum balas yang memulihkan pelajar, menyimpan rekod pencapaian pelajar dan meringkaskan isi penting pelajaran dalam konsep pemetaan yang mengaplikasikan carta, gambar dan rajah sebagai komponen utama untuk menyampaikan maklumat.




                                         

Rajah 7 : Contoh skrin yang meringkaskan kandungan “Rukun Haji” yang pertama tentang bila dan dimana niat ihram dilakukan.

Manakala peranan pelajar dalam pelaksanaan strategi tutorial ialah berinteraksi  
      dengan komputer, menjawab soalan yang dikemukakan dengan diberikan cubaan
      menjawab soalan hanya dua kali dan masa yang diberikan 10 saat (tries limit)
      untuk menjawab satu soalan objektif.

                                                                                                                                                                       

Rajah 8 : Contoh skrin yang memaparkan respon soalan kuiz bagi tempoh masa menjawab yang telah ditetapkan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                




5.0  Ulasan penambahbaikan

Setelah membentangkan dokumentasi perisian dan perisian prototaip (Multimedia Course Project) , beberapa teguran untuk penambahbaikan telah dilakukan :
(a)  Latar belakang gambar untuk menu utama telah ditukar kepada gambar yang lebih besar saiz dan resolusinya agar tidak pecah atau kabur apabila ditayangkan pada presentation window.
(b)  Susunan butang (button) pada menu utama (main menu) supaya lebih tersusun, objektif, pegenalan,isi pelajaran dan penutup berada dibawah susunan butang (button).
(c)  Sub topik yang memerlukan lebih penerangan telah ditambah dengan menambah setiap maklumat menggunakan ikon display contohnya syarat wajib haji yang mempunyai penerangan, penjelasan dan gambar tentang perkara tersebut.










6.0   Penutup

Perisian berbantukan komputer (PBK) mempunyai potensi yang sangat baik
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dengan membina dan membangunkan perisian seperti ini dapat memberi banyak pengetahuan dan pengalaman yang  tidak dapat dijualbeli  oleh sesiapa pun. Walaupun komputer yang dihasilkan sesuai dengan setiap gaya pembelajaran pengguna dan pelajar, peranan sebagai seorang guru masih diperlukan untuk memudahcara dan memantau pembelajaran.  Ini kerana seorang pendidik memahami pelajar yang diajarnya, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebagai pendidik sukar untuk ditandingi dengan komputer.


No comments:

Post a Comment