Tuesday, April 24, 2012

ISU MURTAD

Tempohari, kami telah menyiarkan sedutan video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas gereja.Dan pada hari ini, kami menyiarkan pula laporan penuh JAIS berhubung insiden tersebut.
LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng DInner” sepertimana alamat di atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.
3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.
3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan  undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.
3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.
3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.
tentatif jais gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.
kuiz islam gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.
3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).
isu murtad malaysia (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i)   Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii)  Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv)  Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v)   Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi)  Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix)  Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x)   Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi)  Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanksgiving Dinner” yang berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.
4.3 Walaupun majlis itu adalah “Thanksgiving Dinner”, terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.
4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.
4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.
4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).
4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)
4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.
4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab “I Believe in God” dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN
5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.
5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.
5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011

Monday, April 16, 2012

pelbagai wajah nur qalisya





APAM ENO MASA HARI CUTI PERTABALAN RAJA

kek gula hangus..nyummm


APAM POLKADOT



KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU


KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU


ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.

Read More

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar banyak berlegar di “akal” tetapi tugas pendidik berlegar di “hati”. Perumpaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini “'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” yang sangat bertepatan dengan situasi masyarakat masa kini.

ABIM merasakan Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia bekorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas di depan muka akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid, guru berkata lucah kepada murid dan banyak lagi. Apa yang pasti, isu ini hanya kes picisan dan terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru yang telah melahirkan banyak pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.

ABIM berpandangan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu perlengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.

Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapai selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah insan yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.

Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat serta kejayaan negara.

ULASAN ARTIKEL

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.

Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Allah swt meningatkan :-

Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£ُÙ…ِرْتُ Ø£َÙ†ْ Ø£َعْبُدَ اللَّÙ‡َ Ù…ُØ®ْÙ„ِصًا Ù„َّÙ‡ُ الدِّينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda :-

إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)

Sebagai muqadimah pengertian ikhlas saya ingin memetik kata-kata dari Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-

Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.

Ada yang berkata, ketidakikhlasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya, dari tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya. Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.

Pada pendapat saya, tugas, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti yang terletak di bahu seorang guru bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Guru perlu menyampaikan ilmu mengikut falsafah pendidikan Negara di mana guru mampu melahirkan anak murid dan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan cerita dan khabar negatif tentang masalah guru-guru seperti masalah sosial, jenayah seksual, penyalahgunaan dadah dan sebagainya menjadikan kerjaya sebagai seorang guru tidak lagi dihormati dan disanjung tinggi seperti dulu. Saya sebagai seorang guru bukan mahukan sanjungan atau penghormatan tetapi istiqamah keikhlasan itu amat penting bagi seorang guru dalam mendidik anak bangsa agar guru itu dianggap sebagai 5 M : mudarris, muallim, muaddib, murabbi lagi mursyid” Bagi saya, akar umbinya bermula dari guru itu sendiri. Ihklaskah seorang guru apabila menjadikan medan profesion perguruan sebagai pilihan pekerjaan kedua atau pilihan terakhir?

” Sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu”

” Marilah kita menjadi guru yang pertama . Pertama dalam mengajar. Pertama menyentuh hati pelajar. Pertama di hati pelajar. Pertama menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.”

Saya berpesan-pesan kepada diri sendiri dan kepada semua guru-guru mari kita amalkan konsep ikhlas mencari keredhaan Allah dalam mendidik harta tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada kita untuk membimbing dan menunjuk jalan yan lurus kepada mereka. Insya Allah. Amin..

Saturday, April 7, 2012

RESEPI KUIH PANDAN BAKAR




BAHAN-BAHANNYA:

1 cup jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cup gula
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan pekat ( atau 250ml santan pekat )
2 tbspoon butter
3 biji telur
1/2 teaspoon garam
pewarna hijau sekiranya guna esen pandan, kalau guna daun pandan tak perlu dah pewarna.
sedikit bijan


CARA-CARANYA:

1) daun pandan tadi dihiris dan diblender bersama 200 ml air.
2) setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
3) campurkan semua bahan-bahan tadi gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. mix guna mixer atau blender sampai sebati.
4) sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
5) bila minyak dah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree sampai brown dan garing.

RESEPI KOLE KACANG


Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Hatimu Milikku


Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini