Wednesday, February 13, 2013

GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DA

KERAJAAN MALAYSIA
______________________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2005
______________________________________________
GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN
SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KERAJAAN MALAYSIA
______________________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2005
_______________________________________________
GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN
SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
1
KERAJAAN MALAYSIA
________________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2005
________________________________________
GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL
DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Garis Panduan
Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.
LATAR BELAKANG
2. Gangguan seksual seperti perbuatan atau pernyataan yang bersifat seksual
boleh memberi kesan negatif ke atas semangat pekerja dan prestasi kerja. Gangguan
seksual turut menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan,
berasa terancam dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan
yang harmoni di tempat kerja. Ia juga dianggap perbuatan yang tidak bermoral dan
melanggari batas-batas perhubungan serta nilai peribadi seseorang pegawai.
2
3. Gangguan seksual merupakan salah satu perlakuan yang dilarang mengikut
peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993. Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan
seksual, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan
4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam.
PELAKSANAAN GARIS PANDUAN
4. Matlamat utama garis panduan ini adalah bersifat untuk mendidik, memberi
kefahaman dan sebagai tindakan pencegahan bagi mengelakkan perbuatan serta salah
laku yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Melalui usaha ini ia
diharapkan dapat memelihara perhubungan di tempat kerja agar lebih harmoni, saling
hormat menghormati dan meningkatkan nilai budi bahasa serta integriti pegawai.
5. Garis panduan ini mengandungi huraian lanjut berhubung kategori dan jenis
perlakuan gangguan seksual, kesan-kesannya, tindakan untuk mengendalikan
gangguan seksual di tempat kerja dan langkah-langkah pencegahan.
6. Pelaksanaan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat
Kerja Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti di lampiran berkembar.
TARIKH KUATKUASA
7. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa pada tarikh ianya
dikeluarkan.
PEMAKAIAN
8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada
semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
3
PERTANYAAN
9. Sebarang pertanyaan berhubung Pekeliling Perkhidmatan ini bolehlah dirujuk
kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Psikologi
Aras 7, Blok C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8885 3695/ 3704/ 3708/ 3715
No. Faksimili : 03-8889 2178
E-mel : dasarbpps@jpa.gov.my
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
26 OGOS 2005
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan





SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W




صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                      Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد         Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                      Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                          Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ                    Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                 Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ                             Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا                  Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ                                  Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا        Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ              Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ              Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ            Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي                        Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ                           Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد             Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ           Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ                         Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ                                       Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد                      Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ              Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد                    Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ             Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ            Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ                         Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ                  Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ                Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى                    Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ               Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا               Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ                       Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد       Selawat Allah ke atas Muhammad
 عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ                    Sebanyak baris kertas ditulis


 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ        Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد        Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                     Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد        Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                     Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya