Tempohari, kami telah menyiarkan sedutan video mengenai serbuan
Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas
gereja.Dan pada hari ini, kami menyiarkan pula laporan penuh JAIS berhubung insiden tersebut.
LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor
di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi
sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011
bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan
13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan
maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke
Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng DInner”
sepertimana alamat di atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarka
peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun
1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan
penganut Agama Islam sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat
mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di
Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke
atas orang bukan Islam dan orang Islam.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini
diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke
agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya
sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai
Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh
sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD
Petaling Jaya dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi
berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada
anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih
kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang
dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki
iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di
pondok pengawal.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis
auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall
3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih
kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki
ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk
dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada
terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang
yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa
Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang
berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang
Islam.
3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam
beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama
di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami
mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program
yang sedang berjalan itu diteruskan.
3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah
masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk
menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang
kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa
tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke
atas kawasan tersebut.
3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan
dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun
Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah
serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat
persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan
kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak
dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan
Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami
jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah
melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.
3.10 Kami seterusnya meminta buku
pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang
islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program
tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.
3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan
maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari
pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif
program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut
iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif
sepertimana dilampirkan.
3.12
Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan
kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan.
Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis
tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa
keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.
3.13
Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk
membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan
pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada
dewan tersebut.
3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3
tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati
terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh
peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk
dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan
barang kes).
3.15
Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam
menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama
Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam
tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis
berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas
mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanksgiving Dinner” yang
berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas
telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan
turut dihadiri orang bukan Islam.
4.3 Walaupun majlis itu adalah
“Thanksgiving Dinner”, terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang
beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.
4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.
4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan
ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di
tempat yang tidak sepatutnya.
4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam
yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke
dalam tong sampah di dalam dewan).
4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan,
penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program
Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang
dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam
ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam
Muhibbah atas semangat 1Malaysia.
4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya
oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS
kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab “I Believe in God”
dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan
kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN
5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.
5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk
menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah
Majlis selesai dijalankan.
5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya
oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan
tiada jemputan dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011