ISI KANDUNGAN
BAB 1 Konsep Mazhab Menurut Islam
1.1
Definisi Mazhab 2
1.2
Keperluan Amalan Bermazhab 3
1.3
Sejarah Amalan Bermazhab 4
1.4
Aliran Mazhab di Malaysia Menurut
perspektif Jabatan Agama
Johor 5
BAB 2 Analisa Data
2.1 Metodologi Kajian 7
2.1 Analisis Data Temubual 9
BAB 3 Perbincangan
3.1 Latar belakang Responden 14
3.2 Konsep Amalan Bermazhab 15
3.2 Langkah
Mewujudkan Persefahaman Dikalangan Pelbagai
15
Mazhab
3.3 Pandangan Terhadap
Fahaman Wahabi 17
BAB 4 Kesimpulan 19
BIBLIOGRAFI 20
LAMPIRAN
KONSEP MAZHAB
MENURUT ISLAM
1.1
Definisi Mazhab
Dalam Islam
sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari
kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat
dan keperluan berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun,
mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan
beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi
Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki,
Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan
panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing.
Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam.
Mazhab dari sudut bahasa
boleh didefinisikan sebagai ” jalan ” atau ”
the way of ” . Menurut Islam,
istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan yang utama iaitu dari
aspek akidah dan dari aspek fiqh.1
Mazhab akidah merupakan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi’ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Setiap kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hambali.
Mazhab akidah merupakan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi’ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Setiap kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hambali.
1.2
Keperluan Amalan Bermazhab
Huraian konsep bermazhab dalam kertas kerja ini
adalah merupakan huraian konsep taqlid dalam pengajian Usul Fiqh. Istilah
bermazhab diguna pakai kerana ia lebih mudah untuk difahami dalam konteks
amalan bermazhab di negara kita. Setiap individu atau negara dikatakan
bermazhab dengan sesuatu mazhab tertentu kerana ia menerima pakai atau
bertaqlid kepada mazhab tersebut. Oleh itu bermazhab adalah membawa maksud
bertaqlid kepada mazhab yang dipegangi.
Mazhab adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud: “cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam, iaitu seperti: mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Manakala perkataan bermazhab (mazhabiyyah) sebagaimana yang ditakrifkan oleh Said Ramdhan al Buti membawa maksud seseorang awam atau orang yang tidak sampai ke tahap mujtahid berpegang atau mengikut (taqlid) mana-mana aliran Imam Mujtahid samada dia berpegang dengan seorang mujtahid sahaja atau berindah-pindah antara satu mujtahid ke mujtahid yang lain dalam ikutannya itu. Takrif ini adalah hampir sama dengan takrif taqlid dalam pengajian Usul Fiqh iaitu mengambil pandangan orang lain tanpa mengetahui dalil.
Mazhab adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud: “cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam, iaitu seperti: mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Manakala perkataan bermazhab (mazhabiyyah) sebagaimana yang ditakrifkan oleh Said Ramdhan al Buti membawa maksud seseorang awam atau orang yang tidak sampai ke tahap mujtahid berpegang atau mengikut (taqlid) mana-mana aliran Imam Mujtahid samada dia berpegang dengan seorang mujtahid sahaja atau berindah-pindah antara satu mujtahid ke mujtahid yang lain dalam ikutannya itu. Takrif ini adalah hampir sama dengan takrif taqlid dalam pengajian Usul Fiqh iaitu mengambil pandangan orang lain tanpa mengetahui dalil.
Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka
imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan
tersebut yang lebih menepati syarak.
Hasilnya adalah ikhtilaf yang kita lihat pada hari ini. Imam Abu Hanifah
lebih condong dalam memilih pendapat Ibnu Mas’ud misalnya dan Imam Syafie lebih
kepada Ibnu Abbas. Tidaklah bermakna mereka tidak mengetahui pendapat
sahabat-sahabat yang lain.
Jadi, apabila kita melihat terdapat dua pendapat yang berlainan, maka
memilih salah satu ke atas yang lain juga dikira sebagai ijtihad kerana ini
jualah amalan imam-imam mujtahid yang terdahulu. Dan untuk kita memilih salah
satu dari pendapat tersebut kita mestilah mempunyai dalil dan nas yang cukup di
samping mengetahui kesemua dalil dan nas, pro dan kontra masalah berkenaan.
1.3
Sejarah Amaln Bermazhab
Perbezaan pendapat atau hukum adalah
perkara biasa dalam mana-mana perundangan yang mana diasaskan kepada amalan
serta adat resam mereka, kerana amalan atau adapt resam itu berbeza mengikut
cara berfikir manusia yang berbeza. (Dr Kassim Salleh 1989)
Ketika Rasulullah SAW masih hidup,
perbezaan dan percanggahan pendapat tidak wujud sama sekali keran sekiranya
terdapat persoalan yang timbul, mereka akan segera meminta penjelasan dari
Rasulullah SAW dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW akan diikuti oleh
para sahabat. Namun apabila baginda telah wafat dan dimana wahyu telah
terputus, yang masih tertinggal dikalangan umat Islam ketika itu ialah al-Quran
dan As-sunnah yang menjadi pegangan umat Islam dalam memutuskan sesuatu hukum.
jika sebelum ini mereka akan mendapatkan pandangan dari Rasulullah SAW, tetapi
pada masa ini, mereka terpaksa menggunakan kaedah pengambilan hukum yang lain
sama ada dengan menemui para sahabat Rasulullah SAW, Ijma’ , dan Al-Qias.
Selepas zaman sahabat Rasulullah berakhir,
muncul pula zaman tabi’in. Pada masa ini telah wujud pusat-pusat pengajian yang
terkenal seperti di Kufah, Hijaz dan Mesir. Setiap orang alim ini akan
dikelilingi oleh murid-murid mereka untuk mempelajari hadis dan mengembangkan
di seluruh pelusuk daerah. Pada masa ini, lahirlah Imam Abu Hanifah di Kufah,
Madinah sementara Imam Malik pula di Awza’e di Syam dan Al- Laith bin Sa’ad di
Mesir. Kemudian selepas itu, datang pula peringkat kedua iaitu Imam As-Syafie,
Imam Ahmad bin Hambal dan Daud bin Ali. Selepas itu, masih ada zaman ijtihad
lagi tetapi kemudiannya umat Islam mula cenderung untuk mengikuti mazhab yang
telah disusun oleh para imam muktabar tersebut. ketika itulah lahir para
pengikut mazhab-mazhab empat yang terkenal iaitu Hanbali, Hanafi, Syafie dan
Maliki. (Dr Kassim Salleh 1989).
1.4 Aliran Mazhab di Malaysia Mnurut
Perspektif Jabatan Agama Johor
Pada umumnya Kerajaan Malaysia khusunya Jabatan
Agama Islam Johor hanya mengalakkan umat Islam di Malaysia menganut satu mazhab
sahaja iaitu Mazhab Syafie. Hal ini bagi memudahkan Jabatan Agama Islam untuk
menyelia dan mengawal umat Islam di Malaysia ini. Selain itu, umat Islam di
Malaysia khususnya di Negeri Johor ini sejak dahulu lagi telah berimamkan Imam
Syafie dalam kehidupan seharian mereka, maka kerajaan khasnya Jabatan Agama
Islam Johor ingin meneruskan kesinambungan yang sudah sekian lama dianuti oleh
masyarakat disini hanya berpegang kepada Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah
berimankan Mazhab Syafie.
Tetapi bagi mereka yang telah mengamalkan mazhab
Ahli Sunnah yang lain contohnya orang-orang India muslim yang mengamalkan
Mazhab Hanafi dari dahulu lagi, mereka bebas untuk mengamalkan mazhab tersebut
dan diberi kemudahan yang sepenuhnya untukmereka khususnya di masjid dan surau
yang khusus bagi mereka. Disamping itu kerajaan Malaysia memberi sakongan yang
sepenuhnya kepada mereka yang ingin mengambil guru-guru mereka dari India untuk
mengajar di sini dan permohonan Visa mereka akan dipermudahkan bagi tujuan
tersebut.
Kerajaan Malaysia khasnya Jabatan Agama Islam Johor
tidak menggalakkan orang-orang Melayu untuk menganuti Mazhab Wahabi kerana
memandang golongan ini adalah membawa kepada pepecahan dalam masyarakat Islam
di sini. Mereka didakwa sebagai golongan yang ekstremis yang tidak mahu
bertoleransi dengan para penganut yang mengikuti mazhab yang empat. Menurut
Timbalan
Pengarah Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor
(JAJ) Hj. Masa’ari bin Tiba’ golongan ini sudah wujud di Malaysia sejak tahun
80-an lagi dan mula mencari pengaruh dikalangan orang-orang muda dan juga
golongan yang tua. Di Johor pula, ia mula dikesan di daerah Batu Pahat dan
semakin berkembang di semua kawasan di negeri Johor ini. Rasional Jabatan
Negeri Johor tidak membenarkan Mazhab Wahhhabi ini tersebar adalah kerana
banyak masalah-masalah dan kes-kes yang timbul berpunca daripada pengikut
mazhab yang tersebut yang sangat ekstremis.
Menurut beliau banyak kes yang melibatkan golongan
ini yang menimbulkan ketidak tenteraman dalam masyarakat seperti pergaduhan
dalam keluarga, suami isteri bergaduh, anak menderhakai bapa kerana menganggap
segala amalan yang dilaksanakan oleh bapanya selama ini adalah tidak sah dan
sia-sia kerana mengamalkan bidaah. Rentetan dari peristiwa inilah Jabatan Agama
Islam Negeri Johor tidak membenarkan umat Islam di negeri ini untuk mengikuti
Mazhab Wahhabi dan para pendakwah Mazhab ini akan ditangkap jika dia didapati
mengajar kepada masyarakat tentang fahaman mazhab tersebut. Setakat ini belum
ada undang-undang atau enakmen yang khusus untuk menangani mazhab tersebut
tetapi kerajaan negeri Agama Islam Johor menggunakan enakmen guru-guru tidak
bertauliah yang mana-mana sahaja yang mengajar tanpa permit akan ditangkap dan
dibicarakan kerana kesalahan tidak mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam
Johor. Setakat ini, menurut Hj. Masa’ari Jabatan Agama Islam Johor telah
membuat beberapa tangkapan berhubung guru-guru yang mengajar fahaman Wahhabi
kepada masyarakat. Dikalangan guru-guru tersebut ada yang berijazah dari
Universiti Timur Tengah dan juga yang tidak mempunyai ijazah dalam bidang agama
didapati mengajar fahaman Wahhabi tersebut secara illegal.
ANALISA DATA
2.1 Metodologi Kajian
Metodologi
kajian yang terbaik ialah dimana ia dapat memudahkan proses pengumpulan data
secara maklumat untuk dianalisa dan seterusnya dinilai ke arah pembentukkan
cadangan. Metodologi adalah amat penting dalam sesuatu kajian. Pemilihan
metodolgi kajian yang tepat serta perancangan yang teliti dapat melancarkan
satu lagi proses penyelidikkan yang digunakan dalam kajian ini.
Menurut Mohd. Majid Konting (1990; 32), kaedah
penyelidikkan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat untuk mencapai objektif
sesuatu penyelidikan. Cara maklumat itu diperolehi perlulah dengan cara yang
paling berkesan dan menggunakan penggunaan perbelanjaan yang paling ekonomik.
Bagi kajian ini dua bentuk kaedah penyelidikan akan digunakan iaitu kajian perpustakaan
dan juga kajian lapangan. Dalam bahagian ini juga akan dihuraikan kaedah dan
prosedur kajian yang dijalankan.
Kajian ini akan manggunakan dua kaedah penyelidikan
iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Ini akan diperincikan
sebagaimana di bawah;
2.1.1
Kajian Perpustakaan
Kajian perpustakaan dibuat adalah pertama untuk
menentukan pemilihan tajuk yang bersesuaian dengan penyelidikan. Hal ini
bertujuan untuk memastikan tidak ada ‘overlapping’ sama ada dari segi tajuk dan
kajian yang telah dijalankan. Kaedah kedua adalah kajian terhadap bahan bacaan
iaitu melalui buku-buku ilmiah, keratan-keratan akhbar dan kajian penyelidikan
yang terdahulu jika kajian yang seumpamanya telah dibuat.
Selain itu kajian perpustakaan juga bagi mendapatkan
maklumat terperinci mengenai perbezaan aliran mazhab Ahli Sunnah waljamaah
khasnya empat mazhab utama iaitu Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi.
Kajian ini juga boleh memberikan kefahaman yang lengkap mengenai sejarah,
pengasas dan juga aliran perbezaan yang dibawa oleh keempat-empat mazhab dalam
menjelaskan dan membincangkan sesuatu hukum dalam agama Islam.
2.1.2
Kajian Lapangan
Kajian lapangan dibuat adalah bagi membuktikan
situasi atau keadaan sebenar benar-benar berlaku di kawasan kajian. Ia sebagai
satu pembuktian penemuan kajian dimana
hasil dari kajian lapangan ini akan membantu melengkapkan kajian tugasan ini.
Terdapat empat kaedah utama yang akan digunakan dalam kajian lapangan ini iaitu
lokasi kajian, populasi dan sampel populasi, dan analisa data akan
dilaksanakan.
2.1.3 Lokasi Kajian
Kajian ini akan dijalankan di sekitar Daerah Kota
Tinggi, Johor. Rasional pemilihan lokasi ini adalah kerana mengambil kira
faktor-faktor seperti kesesuaian lokasi seperti pejabat pendidikan agama
daerah, surau serta sekolah. Oleh itu kajian ini nanti akan memberikan
pendedahan dan kefahaman yang benar terhadap perbezaan aliran mazhab
kepada masyarakat sekitar.
2.1.4 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian dalam penyelidikan ini adalah
kakitangan pejabat pendidikan agama, imam surau dan guru-guru di sekolah Agama
Bandar Penawar, Kota Tinggi. Rasional pemilihan responden kakitangan dan para
guru adalah kerana mengambil kira kepada pengaruh dan kesan yang boleh
dimainkan oleh dua kumpulan terbabit dalam mempengaruhi masyarakat sekiranya.
Sekiranya kumpulan ini mempunyai kefahaman dan pengetahuan mengenai perbezaan
aliran mazhab ia akan membantu kepada kefahaman masyarakat umum khususnya. Para
ahli akademik mempunyai pengaruh dan kedudukan yang tersendiri dalam masyarakat
dan mereka adalah golongan yang sesuai dalam memberi gambaran sebenar keadaan
yang berlaku supaya tidak berlaku pecanggahan dan pertelingkahan dalam masyarakat
sekitar.
2.1.5
Jangka Masa Kajian
Kajian ini akan memakan masa selama dua bulan
setengah bermula dari 3 Mac 2012 dan
berakhir pada 27 Mei 2012.
2.2 Analisis Data Temubual
Berikut
merupakan jawapan setiap soalan bagi lima orang responden yang terpilih dalam
kajian ini.
(1)
Apakah pandangan anda tentang konsep mazhab?
-
Mazhab adalah cara hidup dalam sesuatu mazhab
-
Mazhab adalah cara berfikir atau metode ilmiah yang digunakan oleh
seseorang Imam mujtahid dalam mengambil kesimpulan hukum mengenai sesuatu
peristiwa berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
-
Mazhab ialah perbezaan pandangan / pendapat dalam sesuatu isu atau
masalah feqh.
-
Mengikut sesuatu yang dipercayai serta berkeyakinan untuk
melaksanakannya asalkan ianya tidak lari dari panduan Al-Quran dan Sunnah.
-
Sesuatu konsep yang memudahkan seseorang itu membezakan pandangan dan
pendapat dalam melaksanakan perintah Allah.
2
Adakah kita perlu mengikut satu mazhab sahaja, atau kita tidak perlu
mengikut mazhab tertentu,bahkan hanya perlu mengikut Al-Quran dan sunnah
sahaja?
-
Kita perlu berpandukan Al-Quran dan Sunnah
-
Tidak, kita boleh mengikut mana-mana mazhab mengikut
keadaan tertentu terutamanya dalam menangani masalah feqah.
-
Kita perlu ikut mazhab tertentu bergantung kepada isu @
permasalahan yang timbul.
-
Sekiranya kita yakin kita mampu memahami mazhab yang
lain tidak salah kita mengikutinya yang penting ianya tidak menyimpang dari
ajaran Al-Quran dan Sunnah.
-
Tidak, kita perlu mengikut pelbagai mazhab bergantung
kepada keadaan dan tempat tertentu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
3. Adakah dengan berpegang satu mazhab sahaja
menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Islam kita atau dengan kata lain adakah
dengan wujudnya mazhab-mazhab menyebabkan masyarakat berpecah belah?
-
Walaupun terdapat perpecahan dalam masyarakat, namun
amalan bermazhab adalah perlu untuk memudahkan atau kesesuaian dalam kehidupan
bermasyarakat.
-
Dengan wujudnya mazhab tidak menyebabkan masyarakat
berpecah belah, sebaliknya dengan adanya mazhab merupakan keperluan asasi untuk
membolehkan kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
-
Tidak, perbezaan pendapat adalah satu rahmat.
-
Pada saya tidak, ini bergantung kepada seseorang
individu itu sendiri pada tahap keyakinan diri sama ada ingin mengamalkan atau
tidak setiap mazhab mempunyai tujuan yang sama untuk mencari keredhaan Allah.
-
Hampir sebilangan besar perpecahan umat Islam disebabkan
wujudnya pelbagai mazhab kerana setiap mazhab mempunyai pendapat dan pandangan
berbeza.
4.
Adakah sesuai kita menggunakan mazhab selain mazhab Syafii dalam
permasalahan fiqah atau kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja iaitu
mazhab Syafii?
-
Kita perlu banyak belajar untuk pengetahuan tentang
perbezaan mazhab dan boleh guna mazhab lain.
-
Ya, kita sesuai menggunakan mazhab lain selain dari
mazhab Syafii kerana kita memerlukan kesesuaian yang perlu dipraktikkan oleh
setiap manusia dalam menangani permasalahan feqah contohnya dalam berzakat.
-
Kita perlu guna mazhab lain untuk kemaslahatan bersama.
-
Ikut kepada individu itu sendiri. Pada saya sebelum kita
ingin mengamalkan satu-satu mazhab yang lain kita perlu memahami konsep mazhab
agar kita dapat melaksanakan dengan sempurna.
-
Tidak sesuai, kita perlu menggunakan Mazhab Syafii
sahaja dalam permasalahan feqah.
5.
Pada pandangan anda, adakah masyarakat Islam sekarang benar-benar
melaksanakan perintah Allah SWT dalam kehidupan seharian mereka mengikut mazhab
Syafii?
-
Masyarakat sekarang tidak sama seperti masyarakat zaman
saya dahulu.
-
Pada pandangan saya, masyarakat sekarang kebanyakkannya tidak
memahami dan mendalami sesuatu mazhab itu dengan lebih telus., justeru
mayarakat kita masih ada yang mengamalkan beberapa perkara dalam melaksanakan
perintah Allah mengikut beberapa mazhab.
-
Tidak, masyarakat Islam sekarang tidak semuanya
melakukan perintah Allah 100%.
-
Ramai yang bertaqlid tanpa mempelajari sesuatu ibadah
yang ingin diamalkan serta kurang memahami konsep mazhab Syafii itu sendiri.
-
Pada pandangan saya, masyarakat Islam hari ini tidak
benar-benar mengikut Mazhab Syafii dalam melaksanakan perintah Allah, kerana
perbuatan maksiat berlaku secara terang-terangan dan banyak lagi masalah lain.
6.
Apakah pandangan anda tentang amalan sebahagian masyarakauntt Islam yang
mudah mencampur adukkan antara pelbagai pandangan mazhab dalam sesuatu permasalahan
fiqah?
-
Kita boleh belajar dan tahu tentang pandangan mazhab
lain tapi tidak boleh campur aduk untk kepentinagan diri sendiri.
-
Pada pandangan saya, bagi mengikut sesuatu amalan atau
perkara dalam sesuatu mazhab tersebut perlulah seseorang itu betul-betul
menguasai perkara tersebut mengikut mazhab, bukannya sebagai ikutan sahaja dan
tidak boleh memandang rendah dalam memahami syariat mazhab tersebut.
-
Ianya boleh asalkan tidak menjadi masalah atau
menimbulkan kekeliruan pada diri dan masyarakat.
-
Sepatutnya mereka perlu memahami serta mendalami setiap
mazhab yang ingin mereka amalkan agar ibadah yang akan dilaksana lebih
sempurna.
-
Pada pendapat saya, masyarakat Islam yang mudah
mencampur adukkan pelbagai pandangan mazhab adalah mereka yang tidak ada ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah feqah.
7.
Apakah cadangan anda bagi memastikan masyarakat Islam di Negeri Johor
melaksanakan perintah Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan
seharian mereka?
-
Ibu bapa perlu memainkan peranan pnting untuk elak
pelbagai masalah sosial, untuk bentuk masyarakat yang patuh perintah Allah.
-
Masyarakat Islam hendaklah diberi pendedahan dalam
melaksanakan hukuman atau mewujudkan hukuman yang bersesuaian dengan perilaku
masyarakat agar bertepatan dengan hadis Nabi ”Amar Ma’ruf Nahi Munkar”
-
Melaksanakan banyak program keislaman serta perlu
kerjasama dari semua pihak sama ada dalam bentuk kewangan, pentadbiran ,
pengurusan dan tenaga kerja.
-
Mengamalkan serta memahami sepenuhnya panduan serta
ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah.
-
Cadangan saya ialah kita perlu memperbanyakkan lagi
ceramah-ceramah agama tentang kebesaran Allah, kemuliaan Nabi Muhammad dan
balasan atau dosa mengingkari perintah Allah.
8.
Tema Maulidur Rasul tahun ini ialah ” Perefahaman asas perpaduan ummah”.
Pada pandangan tuan, bagaimanakah kita boleh mewujudkan persefahaman dalam
kalangan masyarakat yang mengikut pelbagai mazhab? Contohnya dalam masalah
fiqah ada yang mengikut mazhab Syafii dan ada yang mengikut mazhab Hanafi.
Dalam masalah aqidah pula ada yang mengikut cara sifat 20 dan ada pula yang
mengikut cara wahabi.
-
Bersatu padu, kerjasama dalam semua perkara kebaikan ,
menolak kemungkaran.
-
Memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dan
generasi kita melalui masjid, jabatan kerajaan, NGO Islam. Tidak menjadikan
sesuatu isu yang berlaku sebagai suatu permasalahan yang boleh menyebabkan
permusuhan dan perpecahan umat Islam.
-
Kita boleh mewujudkan persefahaman walaupun berlainan
mazhab, namun dalam masalah aqidah kepercayaan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah yang penting kerana berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
-
Pada saya apabila kita ingin melakukan sesuatu atau
mengikut sesuatu mazhab yang lain kita perlu memahaminya terlebih dahulu agar
ibadah kita itu sah dan apabila ingin melaksanakan ibadah perlu mengikut
panduan dari Al-Quran dan hadith sepenuhnya agar kita sentiasa dalam redha-NYA.
Amin...
-
Kita boleh mewujudkan persefahaman antara masyarakat
yang mengikut pelbagai mazhab dengan cara masyarakat tersebut menerima
pandangan / pendapat mazhab lain.
9.
Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan wahabi? Adakah orang
yang mengikut wahabi itu sesat? Kenapa anda berpendapat begitu.
-
Wahabi adalah ajaran yang menolak 20 sifat wajib bagi
Allah. Golongan ini mudah untuk mengkafirkan orang yang tidak bersekongkol
dengan fahaman mereka.
-
Wahabi dalah satu golongan masyarakat yang menolak
amalan-amalan yang baik yang disepkati oleh ulama dalam bidang aqidah dan
cabang-cabang lain. Golongan ini juga menentang perkara yang tidak dilakukan
oleh Nabi, menidakkan pengajian sifat 20 dan lain-lain. Namun begitu pada
pandangan saya, ada perkara dalam wahabi itu yang betul, cumanya apabila
dicanpur adukkan menjadikan ia semakin sulit dan boleh mencetuskan perkelahian
diantara masyarakat.
-
Saya kurang mengetahui tentang fahaman wahabi.
-
Wahabi- orang Islam (golongan) . Ia sesat –
Wallahua’lam, Kenapa? Selagi mereka berbaik kepada Allah dan Rasul-NYA maka
selagi itulah mereka masih beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.
-
Saya kurang faham tentang wahabi.
PERBINCANGAN
3.1 Latar belakang Responden
Bab ini membincangkan tentang hasil kajian yang
diperoleh dari kajian lapangan. Fokus perbincangan bab ini adalah berdasarkan
kepada analisa yang dijalankan ke atas maklumat-maklumat yang diperoleh
daripada temubual yang telah dijalankan. Temubual ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A yang berkaitan dengan meklumat latar belakang responden, bahagian B
berkaitan dengan pendapat responden
tentang amalan bermazhab.
Bahagian ini
menggunakan maklumat latar belakang responden iaitu tarikh,waktu serta tempat
temubual, umur, jantina, kelulusan akademik dan pekerjaan.
Responden
|
Tarikh
|
Masa
|
Tempat
|
Jantina
|
Umur
(tahun)
|
Kelulusan
Akademik
|
Pekerjaan
|
1
|
17.04.12
|
2.00 ptg
|
Surau Bkt Waha
|
Lelaki
|
41-50
|
SPM
|
Imam Surau Bkt Waha
|
2
|
26.04.12
|
4.00 ptg
|
Bdr Mas
|
Lelaki
|
31-40
|
Diploma
|
Guru Besar
|
3
|
08.05.12
|
10.30 pg
|
PPAD
|
Perempuan
|
20-30
|
Ijazah Sarjana Muda
|
Pen. Pegawai Pendidikan
|
4
|
17.05.12
|
3.00 ptg
|
Sek. A Bdr Penawar
|
Lelaki
|
31-40
|
Diploma
|
Guru Agama
|
5
|
18.05.12
|
2.00 ptg
|
Sek Keb Bdr Mas
|
Lelaki
|
20-30
|
Ijazah Sarjana Muda
|
Guru
|
3.2 Konsep Amalan Bermazhab
Secara umumnya semua responden faham mengenai konsep amalan bermazhab
yang mempunyai pandangan, pendapat yang berbeza pada sesuatu permasalahan atau
isu dalam bab feqah namun mempunyai tujuan dan hala tuju yang sama serta tidak
boleh lari dari landasan sumber utama Al-Quran dan Sunnah. Mazhab utama yang
muktabar terdiri daripada empat ulama iaitu Mazhab Hanafi, Hanbali, Syafii dan
Maliki.
Dalam
Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut
akidah dan dari sudut fiqh. Mazhab
akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan
sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah,
Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa
al-Jama‘ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai
mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan
dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl
al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab
al-Syafi‘e dan Mazhab Hanbali.
Mazhab fiqh pula, bererti jalan
fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempuh oleh seorang mujtahid dalam
menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Ianya juga
bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar
Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.
3.3 Langkah
Mewujudkan Persefahaman Dikalangan Pelbagai Mazhab
Terdapat beberapa cadangan dari
responden tentang langkah-langkah untuk mewujudkan persefahaman dan kesepakatan
untuk memupuk kesepaduan dalam masyarakat Islam pada hari ini walaupun dalam
kelompok mazhab yang berbeza. Antaranya ialah :
(a) Bersatu padu, kerjasama
dalam semua perkara kebaikan , menolak kemungkaran.
(b) Memberi pendedahan dan
pendidikan kepada masyarakat dan generasi kita melalui masjid, jabatan
kerajaan, NGO Islam. Tidak menjadikan sesuatu isu yang berlaku sebagai suatu
permasalahan yang boleh menyebabkan permusuhan dan perpecahan umat Islam.
(c) Kita boleh mewujudkan
persefahaman walaupun berlainan mazhab, namun dalam masalah aqidah kepercayaan
kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah yang penting kerana berlandaskan Al-Quran
dan Sunnah.
(d) Pada saya apabila kita
ingin melakukan sesuatu atau mengikut sesuatu mazhab yang lain kita perlu
memahaminya terlebih dahulu agar ibadah kita itu sah dan apabila ingin
melaksanakan ibadah perlu mengikut panduan dari Al-Quran dan hadith sepenuhnya
agar kita sentiasa dalam redha-NYA.
(e) Kita boleh mewujudkan
persefahaman antara masyarakat yang mengikut pelbagai mazhab dengan cara
masyarakat tersebut menerima pandangan / pendapat mazhab
lain.
Rajah : Langkah-langkah Mewujudkan Persefahaman Dalam Kalangan
Masyarakat Pelbagai
Mazhab
3.3 Pandangan Terhadap Fahaman Wahabi
Menurut hasil temubual yang dilakukan terdapat
dua orang responden yang masih kurang arif dan mengetahui tentang fahaman
wahabi. Mereka pernah mendengar tentang wahabi namun tidak dapt menghuraikan
dengan lebih lanjut tentang iqtikad, ciri-ciri golongan wahabi ini. Namun
demikian tiga orang responden yang lain dapat memberikan pendapat mereka
tentang fahaman wahabi ini. Antara cara-cara mudah mengenali mereka
samada berfahaman Wahabi adalah:
(a) Dari Sudut Aqidah:
1. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
2.
Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama
dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3.
Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20
4.
Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah
Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat
lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang
mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam
golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
5. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
(b) Dari Sudut Fiqh:
1.
Kritikal terhadap mazhab-mazhab
fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan
jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman
mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
2. Membahagikan manusia kepada tiga golongan
iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi
mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan
dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
3 Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah
lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut
subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat,
ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll
4. Hanya berpegang
kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir
dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka
dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka
dalil yang dijumpai.
KESIMPULAN
Perbezaan faham atau perbezaan aliran
mazhab dalam Islam adalah satu fenomena yang berterusan di mana tidak mungkin
dan tidak mampu bagi umat Islam ketika ini untuk mewujudkan satu aliran yang
boleh diikutii oleh umat Islam seluruhnya. Perbezaan ini kadang-kadang
menimbulkan ketegangan dan perselisihan yang sememangnya tidak dibenarkan dalam
syariah Islam dalam yang mulia ini. Kewujudan aliran mazhab yang sedikit
ekstrem dalam pembawaanya yang mendakwa diri mereka adalah paling benar sedikit
menggugat keharmonian dan ketenteraman umat Islam . Wahabi merupakan salah satu
contoh fahaman yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan ketenteraman umat
Islam. Umat Islam di sini yang sekian lama disuburkan dengan mazhab Ahli
Sunnah Waljamaah bermazhabkan mazhab Syafie menjadi sedikit terganggu dan
tidak kurang sebahagian kecil umat Islam dipengaruhi oleh aliran yang berbeza
ini. Kita perlu jernihkan kembali keadaan ini dengan memberika kerjasama yang
tidak berbelah bagi untuk memastikan umat Islam terus bersatu. Peningkatan ilmu
agama berteraskan al-Quran dan Assunnah serta pendedahan yang meluas mengenai
perbezaan aliran mazhab dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan
keharmonian dan ketenteraman berterusan umat Islam.
BIBLIOGRAFI
Abdul
Hadi Awang, (______) , Fahaman Dan Ideologi Umat Islam : Kuala Lumpur.
PM
Dr Hussin Bin Salamon, (______) Kajian Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Ke Atas Kesatuan
Masyarakat Islam Kajian Kes : Pelajar Dan Staf UTM : Pusat pengurusan Penyelidikan UTM, Skudai.
No comments:
Post a Comment