Saturday, September 22, 2012

QAWAID FIQHIYYAH (KEMUDARATAN DIHINDARKAN)



ISI KANDUNGAN


1.0  PENGENALAN
2.0  SEJARAH PERKEMBANGAN QAWAID FIQHIYYAH
3.0  KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH
3.1  Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah
3.2  Kedudukan Qawaid Fihiyyah Sebagai Istinbat Hukum
4.0  QAWAID FIQHIYYAH KEEMPAT (KEMUDARATAN  DIHINDARKAN/ DIHILANGKAN)
4.1  Perbezaan Antara Masyaqqah (Kesulitan) Dengan Dharurat (Kemudaratan)
4.2  Prinsip Dan Aplikasi Kaedah Berkaitan Keadaan Mudarat
4.3  Perbezaan Antara Dharurat Dengan Hajat
5.0  KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN






1.0              PENGENALAN

Qawa’id adalah jamak kepada perkataan kaedah. Ia bermaksud asas atau prinsip. Sesuai dengan maksudnya dari sudut bahasa, qawa’id fiqhiyyah atau kaedah fiqh adalah merupakan prinsip-prinsip fiqh bersifat umum yang mengandungi hukum-hakam secara umum untuk disesuaikan dengan bahagian-bahagiannya.
Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh.
Ini banyak mempengaruhi penetapan hukum dalam sejarah pensyariatan dan kepatuhan syariah dalam dunia umat Islam. Penetapan hukum dalam Islam telah melalui beberapa peringkat.
Kata qawaid merupakan bentuk jama’ dari kata qaidah yang secara bahasa berarti asas atau dasar, baik dalam bentuk inderawi maupun maknawi. Kata qaidah yang berarti dasar dalam bentuk inderawi dapat diamati dalam ungkapan bahasa Arab, yaitu qawaid al-bait yang berarti dasar atau pondasi rumah. Sementara kata qaidah yang berarti dasar dalam bentuk maknawi dapat diamati dalam ungkapan qowa’id al-din yang berarti dasar atau asas agama. Qaidah dengan makna ini dapat ditemukan dalam firman Allah berikut:
øŒÎ)ur ßìsùötƒ ÞO¿Ïdºtö/Î) yÏã#uqs)ø9$# z`ÏB ÏMøt7ø9$# ã@ŠÏè»yJóÎ)ur $uZ­/u ö@¬7s)s? !$¨YÏB ( y7¨RÎ) |MRr& ßìŠÏJ¡¡9$# ÞOŠÎ=yèø9$# ÇÊËÐÈ
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdo`a): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (QS. 2: 127).

           Dalam ayat ini ditegaskan bahwa Ibrahim dan Ismail diberi amanah oleh Allah untuk meninggikan dan membina dasar-dasar (al-qawaid) atau pondasi baitullah.
Musthafâ Ahmad Zarqa’, dengan mengutip pendapat para ahli nahwu menegaskan bahwa qawaid secara bahasa mengandung pengertian hukum yang dapat diterapkan pada semua bahagian-bahagiannya.

            Oleh kerana permasalahan fikah terlalu banyak dan mempunyai cabang tersendiri, para ulama menyenaraikannya di bawah lima kaedah fiqh umum iaitu:

(l) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha)

(2) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-yakin la yuzalu bil syak)

(3) Kesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir)

(4) Kemudaratan hendaklah dihilangkan (al-dhararu yuzal)

(5) Adat dijadikan perundangan (al-'adatu muhakkamah)


















2.0  SEJARAH PERKEMBANGAN QAWAID FIQHIYYAH

Sejarah perkembangan qawaid fiqhiyyah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
(1)   Peringkat pertumbuhan dan pembentukannya
(2)   Peringkat perkembangan dan kodifikasinya
(3)   Peringkat kematangan dan kemanusiaan

 Penetapan hukum dalam Islam peringkat kedua pula berlaku pada zaman para sahabat. Mereka masih berpegang kuat dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memahami nas kerana sewaktu wahyu diturunkan, mereka berada bersama Rasulullah dan mendapat penjelasan daripada baginda.

Peringkat ketiga berlaku pada zaman Tabi' tabi'in. Di sinilah bermula dan meluasnya aktiviti ijtihad di kalangan para ulama untuk menyelesaikan permasalahan baru yang muncul pada zaman mereka. Kedudukan geografi yang agak jauh disebabkan perluasan kuasa, penguasaan bahasa Arab yang semakin kurang dan kekurangan sumber-sumber nas.

Perkembangan qawaid fiqhiyyah muncul secara bertahap dalam pengertian setiap peringkat (abad) muncul penulis-penulis mazhabnya masing-masing.



3.0  KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH

Terdapat beberapa kepentingan dan sejauh mana kedudukan qawaid fiqhiyyah
diterima dan digunakan sebagai istinbat hukum akan dibincangkan dengan lebi lanjut di bawah ini.

3.1  Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah

Antara kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah
(1)   Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan fiqh Islam kerana banyak persoalan furu’yang biasa dikumpulkan dalam satu kaedah sahaja.
(2)   Mempelajari ilmu ini dapat membantu dan menjaga serta mengikat banyak masalah yang hampir sama dalam hal kaedah yang sama boleh digunakan.
(3)   Mendidik para peniliti untuk menguasai masalah-masalah fiqh dan menjadikannya mampu menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab masing-masing.
(4)   Mempermudahkan para peneliti untuk mencari bahagian-bahgian dari hukum serta mengeluarkannya dari berbagai aneka ragam, kemudian membatasinya dalam satu topic dengan memperhatikan pengecualian pada tiap-tiap kaedah.
(5)   Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan satu ikatan sahaja menunjukkan bahawa hukum itu bertujuan menunjukkan kemaslahatan.   

3.2  Kedudukan Qawaid Fihiyyah Sebagai Istinbat Hukum

Berlakunya dua aliran fiqah iaitu aliran ahlul ra'yu dan aliran ahlul hadis. Ketika inilah munculnya ilmu usul fiqh dalam dunia umat Islam. Para ulama fiqh memperkenalkan kaedah fiqh bagi memudahkan rujukan untuk mengetahui hukum kepada permasalahan yang berlaku, khususnya yang melibatkan isu-isu baru muncul.

Namun, bukanlah kaedah fiqh itu dikeluarkan oleh para ulama dengan meminggirkan nas yang utama dalam Islam iaitu al-Quran dan sunnah. Sebaliknya kaedah fiqh adalah rumusan dari dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama umat Islam.                                                  

Maka, tidak wajar bagi umat Islam menggunakan kaedah fiqh tanpa merujuk kepada sumber-sumber asal tersebut. Terdapat juga isu-isu yang mungkin terkeluar atau mendapat pengecualian dari kaedah umum berkenaan.

Dapat difahami di sini bahawa terdapat permasalahan yang mungkin berada dalam ruang lingkup kaedah yang umum dan terpakai dengan menggunakan kaedah tersebut dan terdapat juga permasalahan yang bersifat khusus dan muqayyad yang tidak boleh berhukum menggunakan kaedah-kaedah fiqh.

Para ulama telah berijtihad menggunakan penguasaan terhadap ilmu dan konteks semasa untuk memahami hukum-hakam dalam al-Quran dan sunnah dan 'illah (sebab) pengeluaran hukum berkenaan sama ada wajib, sunat, haram, makruh dan harus (hukum-hukum taklif).

Selepas kajian terperinci dilaksanakan, para ulama mendapati wujudnya unsur konsisten dalam hukum-hakam yang datang daripada nas syarak. Sebagai contoh, apabila sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan, maka ia adalah diharamkan.

Ini kerana Islam akan menutup segala pintu ke arah kemudaratan dan keburukan. Justeru, melalui kefahaman ini muncullah kaedah fiqh al-dhararu yuzal (kemudaratan hendaklah dihilangkan).

Kaedah ini datang sebagai prinsip umum dalam kita mengenal hukum terhadap segala yang ingin atau telah dilakukan. Sekiranya perlakuan atau aktiviti tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, maka ia diharamkan dan pelakunya dikira sebagai berdosa.

Bukan itu sahaja, semua pihak yang bersubahat dan mempunyai kaitan secara langsung dengan perlakuan yang diharamkan itu juga dikira sebagai berdosa. Contoh di atas menggambarkan peri pentingnya kaedah fiqh untuk difahami oleh masyarakat untuk memahami dasar penetapan hukum serta hikmahnya.



4.0  QAWAID FIQHIYYAH KEEMPAT (KEMUDARATAN  DIHINDARKAN/ DIHILANGKAN)

Islam adalah agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu hukum-hakam syariah cenderunng kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah timbul hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Antara klasifikasi mudarat ialah mudarat kecil dan besar, mudarat khusus dan umum, dan mudarat jangkamasa pendek dan panjang.

Kemudaratan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut الضرورة يزال merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:
لاضرر ولاضرار
Bermaksud: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan

Terbit pula beberapa kaedah cabang daripada kaedah besar di atas. Antaranya bakal saya terangkan di bawah tajuk kecil kemudharatan khusus dan umum. Tegasnya, kemudharatan khusus itu sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian, kadangkala kemudaratan itu datang dengan lebih berat, adakalanya lebih ringan dan ada pula secara sama.

Para fuqaha’  telah menetapkan suatu kaedah berhubung dengan kemudaratan yang berbentuk umum. Ianya terkandung di dalam kaedah يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام (Ditanggung kemudaratan khas (khusus) untuk menolak kemudaratan umum).
DITANGGUNG KEMUDARATAN KHUSUS UNTUK MENOLAK KEMUDARATAN UMUM
Pada asalnya, setiap individu berhak melakukan sebarang perkara ataupun aktiviti yang memberi manfaat kepada kepada diri dan umum. Perkara itu semestinya terhindar daripada melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap masyarakat umumnya.

Namun begitu, syariat bertindak menegah seseorang sekiranya individu itu melakukan kemudaratan ke atas orang lain, walaupun dirinya mengalami kemudaratan atas sebab tegahan itu. Justeru, kemudaratan ke atas dirinya itulah yang dinamakan kemudaratan khusus demi menolak kerosakan yang dilakukan ke atas orang  lain. Dan ianya diistilahkan sebagai kemudaratan umum.

4.1  Perbezaan Antara Masyaqqah (Kesulitan) Dengan Dharurat (Kemudaratan)
Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang menghendaki keperluan (hajat) tentang sesuatu apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia. Dharurah ialah kesulitan yang jika tidak diselesaikan akan mengancam agama, jiwa, aqal, keturunan atau nasab dan harta serta kehormatan  manusia.
           
            Dengan adanya masyaqqah akan mendatangkan kemudahan dan keringanan, sedangkan dengan adanya dharurah (kemudaratan) mewujudkan penghapusan hukum. Jelasnya di sini, dengan keringanan dan penghapusan atau menghilangkan mudarat akan mendatangkan kemaslahatan bagi kehidupan manusia.

4.2  Prinsip Dan Aplikasi Kaedah Berkaitan Keadaan Mudarat

(1)                      الضرورات تبيح المخظورات
Maksudnya: Kemudaratan-kemudaratan itu dapat mengharuskan keharaman
Dasar nas kaedah di atas adalah dari firman Allah S.W.T :
ôs%ur Ÿ@¢Ásù Nä3s9 $¨B tP§ym öNä3øn=tæ žwÎ) $tB óOè?ö̍äÜôÊ$# Ïmøs9Î) 3
(Surah Al-Anam 6:119)
Maksudnya: padahal Sesungguhnya Allah Telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.

Contohnya keharusan memakan makanan yang haram, sekadar melepaskan keadaannya ketika darurat dan tidak berlebih-lebihan. Atau ketika diancam nyawanya untuk mengucapkan kalimah kufur, asalkan hatinya tetap dalam keimanan. Seperti yang terjadi dalam peristiwa Ammar bin Yasir yang memilih rukhsah iaitu mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan darurat.

(2)                      ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها
Maksudnya: Apa yang dibolehkan kerana darurah maka diukur menurut kadar kemudaratannya.
Keharusan perkara haram itu bertempoh dan tidak selama-lamanya. Apabila terkeluar dari keadaan darurat, maka keharusannya terhapus dan ia kembali haram. Contohnya keharusan pesakit wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sekiranya tiada doktor wanita. Namun doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh tempat yang sakit sahaja sekiranya perlu.

(3)                      ما اجاز لعذر بطل لزواله
Maksudnya: Apa yang diizinkan kerana adanya uzur, maka keizinan itu hilang manakala uzurnya hilang.

Contoh aplikasi prinsip kaedah ini ialah orang yang dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kerana musafir atau sakit. Dalam keadaan ini seseorang dibolehkan menggunakan rukhsah syara’ seperti mengqasar solat, meninggalkan solat jumaat dan jama’ah kerana musafir atau sakit. Seseorang itu tetap diwajibkan berpuasa secara sempurna dan melaksanakan hukum secara umum.

(4)                      الميسور لا يسقط با لمعسور
Maksudnya: Kemudahan tidak dapat digugurkan dengan kesusahan
Contoh aplikasi kaedah ini ialah seseorang yang kudung tangan atau kakinya maka cara wudhu’nya cukup sekadar membasuh apa yang ada, jika tidak ada anggota tangan atau kaki cukup sekadar membasuh anggota yang paling hujung.

(5)                      الإضطرار لا يبطل حق الغير
Maksudnya: Keterpaksaan itu tidak dapat membatalkan hak orang lain.
Contohnya, seseorang dalam keadaan lapar dan dia akan mati jika tidak makan,maka satu-satunya cara adalah dengan mencuri. Keadaan seperti ini adalah tidak dibenarkan kerana pengguguran terhadap keterpaksaan ini mengganggu hak orang lain , maka jalan keluar orang tersebut boleh makan makanan yang haram seperti makan bangkai, khinzir dan sebagainaya.

(6)                      درء المفاسد اولى من جلب المصالح فاذا تعارض مفسدة ومصلحة قدم دفع المفسدة غالبا
Maksud: Menolak kerosakan lebih diutamakan daripada menarik maslahah, dan apabila berlawanan antara yang mafsadah dan maslahah maka yang didahulukan adalah menolak mafsadahnya.

Pengertian maslahah ialah perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada urusan hidup manusia yang merangkumi perkara yang diwajibkan oleh syara’ atau diizinkan syara’.

Contohnya, perkara yang disuruh oleh syara’ ialah meneruskan solat hingga selesai, tetapi dibenarkan menghentikan solat jika berlaku kecemasan seperti menolong orang yang lemas atau menjaga harta benda daripada dicuri orang ketika menunaikan solat.

(7)                      الضرر لا يزال بالضرر
Maksudnya: Kemudaratan itu tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.

            Contoh aplikasi prinsip kaedah ini ialah seorang doktor tidak boleh melakukan derma darah dari eseorang kepada seseorang yang lain jika darah orang itu dipindahkan kepada orang lain akan menyebabkan lebih buruk kesakitan dari orang yang diberinya. Demikian juga , seseorang yang kelaparan tidak boleh mengambil makanan orang yang kelaparan juga.

(8)                      اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمها ضررا بارتكاب أخفهما
Maksudnya: Apabila dua mafsadah bertentangan, maka perhatikan mana yang lebih mudaratnya dengan memilih yang lebih ringan mudaratnya.

            Contohnya, dibolehkan mengadakan pembedahan perut wanita yang telah meninggal dunia jika berkemungkinan bayi yang dikandungnya masih hidup dan dapat diselamatkan. Demikian juga dibenarkan solat dalam keadaan bogel jika tidak ada penutup kain sama sekali.

(9)                      الحاجة العامة أو الخاصة تنزل منزلة الضرورة
Maksudnya: Keperluan umum atau khusus dapat menduduki tempat darurat.
            Contohnya, diharuskan sewa menyewa (al-ijarah), upah (al-ji’alah) tanpa mengikut system al-qiyas di dalam fiqh Islam. Masalah sewa menyewa ketika melakukan aqad belum mempunyai faedah atau manfaat lagi. Masalah pengupahan masih ada perkara yang tidak diketahui ketika melakukan aqad maka perkara di atas dibenarkan kerana memandangkan majoriti masyarakat memerlukan kepada perkara seperti itu.

4.3  Perbezaan Antara Dharurat Dengan Hajat
Dharurat ialah jika tidak dihilangkan nescaya akan melibatkan
kemudaratan yang besar terhadap orang yang terpaksa seperti takut mati kelaparan sekiranya di atidak memakan benda yang diharamkan.

            Hajat pula ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan kesulitan atau kesusahan. Tidak ada perbezaan antara hajat umum yang diperlukan oleh seluruh masyarakat dengan hajat khusus yang berkaitan penduduk bagi sesebuah negeri, tetapi sekiranya hajat itu khusus bagi individu sahaja, maka hajat seperti ini tidak menepati dharurat atau dengan pengertian lain tidak boleh mengambil tempat dharurat.

                        Sebenarnya taklif syara’ itu hanya terpulang kepada maslahah manusia sama ada di dunia atau di akhirat. Allah S.W.T maha kaya daripada ibadat hamba-Nya, sebaliknya tidak mendatangkan sebarang mudarat pun oleh maksiat hamba-Nya, bahkan jika seluruh manusia menjadi kufur, tidak mengurangkan kebesaran-Nya, begitu juga  sekiranya seluruh manusia beriman dan bertaqwa tidaklah menambahkan kebesaran dan keagungan-Nya.




















5.0  KESIMPULAN

Islam dan Syari'atnya amat bersikap toleransi dan memahami akan keadaan serta tuntutan umatnya. Walaupun keseluruhan syari'at itu diturunkan kepada manusia bagi memelihara kemaslahatan dan menghindar kemudaratan tetapi as-Syari'at sedar akan kedudukan umat yang sekali-sekala terjatuh ke suasana kehidupan yang bukan normal. Maka dengan itulah as-Syari'at memberikan kelonggaran dan kemudahan dari beberapa segi dan sudut, semuanya disediakan bagi tujuan tetap menjaga kemaslahatan dan menghindar kemudaratan umat dalam keadaan sedemikian. Setiap keadaan itu dijelaskan situasinya dan dikategorikan kedudukannya dan setiap kedudukan itu mempunyai tahap-tahap dan syarat kelonggaran hukumnya. Untuk seseorang individu muslim itu mempraktikkan kemudahan agama dalam keadaan sebegini dia wajib tahu apakah yang dibolehkan, apakah yang dimaafkan dan sekadar mana kebolehan dan kemaafan itu diberikan.
            Faktor paling utama yang menjamin di sisi Allah S.W.T  kebolehan dan kemaafan dalam keadaan  tidak normal atau sulit itu ialah keikhlasan seseorang dalam menghadapi keadaan tersebut. Dalam ertikata lain, sengaja atau tidak sengaja merupakan tali pengukur di sisi Allah Azza waJalla dalam menerima perbuatan seseorang itu dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah niat serta bisikan hatinya, sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Setiap yang kita lakukan akan diperkira di Hari Akhirat nanti dan kita akan dipertanggung-jawabkan ke atas segala tindak-tanduk di dunia terdahulu dan di ketika itu akan jelaslah apa yang benar dan apa yang salah, apa yang jelas dan apa yang tersembunyi, apa yang ghaib dan apa yang nyata. Allah Azza waJalla menerangkan hakikat ini dalam firmanNya: Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [Maksud surah at-Taubah 9 - 105]. Akhir kata, kelonggaran hukum Islam dalam suasana ini - iaitu darurat adalah bertujuan membolehkan umat manusia meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan kesempitan dan membantu mereka keluar semudah mungkin dari suasana sedemikian. Terimalah kemudahan ini sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami.










BIBLIOGRAFI

Ab. Latif bin Muda. 2000. Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.
Md. Saleh bin Hj. Ahmad. 1998. Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji
Abdul Majid.
Mohd Said Ishak. 2002. Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah. UTM, Skudai: Cetak Ratu Sdn.Bhd.
Muhammad Subari Ramli. 2002. Qawaid al-fiqh al-islami. Bangi: Percetakan Kolej
Universti Islam Selangor.
http://www.brunet.bn/gov/


No comments:

Post a Comment