PSM oh Psm...
sedang mencari tajuk yg mmpu disiapkan...
Sunday, October 27, 2013
Tuesday, August 20, 2013
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM BAHASA ARAB
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Definisi 4
2.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 5
2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 7
2.3 Pengajaran Bahasa Arab 16
3.0 Tahap Penggunaan BBM
dalam Pengajaran Bahasa Arab 17
4.0 Implikasi Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar 20
5.0 Kekangan Pelaksanaan BBM 22
6.0 Cadangan Mengatasi
Masalah 23
7.0 Kesimpulan 25
BIBLIOGRAFI 27
1.0
Pendahuluan
Dewasa
ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan beberapa kemahiran
asas
yang perlu dikuasai oleh graduan supaya dapat bersaing dalam pasaran kerjaya.
Kemahiran tersebut dinamakan Kemahiran Insaniah yang diterapkan ke dalam subjek
dan juga aktiviti kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah komunikasi, pemikiran
kritis dan kreatif, kepimpinan, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat,
etika, keusahawanan dan kemasyarakatan. Tujuan di sebalik perkara di atas ialah
bagi menyediakan graduan yang dapat memenuhi keperluan semasa di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Secara amnya, graduan hendaklah memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi, mempunyai kemahiran yang baik dalam berkomunikasi,
kemasyarakatan, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikiran kritis dan kreatif,
semangat pembelajaran sepanjang hayat, beretika dan mahir dalam merebut peluang
pekerjaan dan keusahawanan.
Bagi pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah pula, keperluan
semasa perlu dilihat bagi membina hala tuju pendidikan yang dapat menyesuaikan
dengan keperluan di universiti. Hasrat universiti akan tercapai dengan adanya
calon yang memasuki memenuhi keperluan universiti. Berdasarkan keperluan di
peringkat universiti, boleh disimpulkan keperluan tersebut hendaklah dibina di
peringkat sekolah lagi. Bagi mencapai hasrat di atas, pengajaran bahasa Arab
diperingkat sekolah hendaklah melihat semula hala tuju dalam usaha
memperkasakan pendidikan yang boleh memenuhi keperluan semasa. Pemerkasaan
tersebut boleh dibuat dalam proses pembelajaran yang terdiri daripada
kurikulum, P&P, pelajar, guru, pentadbiran dan prasarana. Hasil gabungan
perkara-perkara di atas, sekolah dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kurikulum perlu dilihat supaya dapat
membekalkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tinggi dan keperluan semasa. P&P
perlu mengikut keperluan semasa bagi menjamin objektif pendidikan tercapai.
Pelajar perlu mempunyai motivasi, strategi dan daya saing yang tinggi. Guru
perlu berkompetensi tinggi. Pengurusan perlu kepada kreatif dan inovasi.
Kemudahan prasarana yang kondusif perlu bagi menjamin kelancaran proses
P&P. Di samping itu aktiviti kokurikulum perlu bagi membina shahsiah dan
jati diri pelajar terutama dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. Hasil
dari pada gabungan keperluan di atas, proses pendidikan dapat berjalan dengan
lancar dan melahirkan pelajar yang memenuhi kemahiran yang dibincangkan dan
dapat berinteraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya
berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.
2.0
Definisi
Untuk menguasai sesuatu bahasa, setiap pelajar bahasa perlu
menguasai kemahiran berbahasa dan sub-sub kemahirannya (Oxford, 1990).
Kemahiran berbahasa mempunyai empat komponen, iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Antara keempat-empat komponen ini
kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah
kemahiran mendengar (Sola- h al-cArabi - , 1981; al Madku - r,1983).
Tetapi sebaliknya, kemahiran mendengar kurang diberi tumpuan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Weiten dan Lloyd (1994) latihan
kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dalam
latihan kemahiran komunikasi, sedangkan seseorang itu menggunakan masa jauh
lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur.
Manakala dalam konteks pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar
juga kurang diberi penekanan. Mengikut Ishak Rejab (1992), Ab. Rahim
(1993), Syed Omar (1997), Dahab (1997), Nik (2005) pengajaran bahasa
Arab di Malaysia masih lagi banyak menggunakan Kaedah Nahu dan Terjemah.
Antara kelemahan kaedah ini ialah ia lebih menekankan kemahiran membaca
dan penguasaan nahu bahasa Arab, dan mengabaikan kemahiran mendengar dan
bertutur (Hama - dah, 1987). Pendapat ini selari dengan dapatan kajian
oleh Maimun (1997) yang menunjukkan Kaedah Nahu dan Terjemah hanya memahirkan
pelajar-pelajar dalam dua kemahiran sahaja, iaitu kemahiran membaca dan
menulis.
Sementara itu, teknik pengajaran berdasarkan Kaedah Nahu dan
Terjemah ialah teknik kuliah. Mengikut Rashidi Azizan dan Abd. Razak
Habib (1995) teknik kuliah tidak memerlukan peralatan tambahan untuk
mengajar. Malahan teknik kuliah ini tidak memerlukan persediaan yang
rapi, terutama peralatan teknologi pendidikan sebagai Alat Bantu
Mengajar (ABM). Ini kerana para guru hanya perlu masuk ke kelas dan
menghuraikan sahaja fakta pengajaran dengan terperinci.
Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan
penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar (
Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu memilih teknik
pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampai isi pengetahuan atau
melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi
pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.
2.1 Bahan Bantu Mengajar
Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai bahan
yang digunakan dalam pembelajaran seperti glosari, buku latihan, bahan bantu
mengajar seperti gambar, objek hidup atau mati, model atau spesimen, radio,
poster, gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad perkataan serta alat
bantu mengajar.
Dalam pembelajaran bahasa, penggunaan pelbagai
bahan adalah penting dan ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata
(Chang, Wu, & Ku, 2005; Dornyei, 2001; Gilmore, 2007; Schuetze, 2008),
apatah lagi dalam pembelajaran bahasa asing yang tidak disokong oleh
persekitaran sepertimana bahasa pertama dan kedua (Aleixo, 2003).
Antara bentuk bahan pembelajaran ialah buku
teks yang bermaksud bahan bercetak, menurut sukatan tertentu bagi sesuatu mata
pelajaran dan untuk masa tertentu (Abdullah,1996). Ia merupakan satu bahan
penting dalam pembelajaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga para guru
selain dapat menyeragamkan pembelajaran serta aktiviti. Walaupun begitu,
beberapa orang sarjana berpendapat bahawa buku teks hanyalah satu cara untuk
mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran tidak perlu terhad
kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Malah, Dornyei (2001)
menyatakan bahawa penggunaan buku teks yang paling baik sekalipun tidak akan
dapat memenuhi kehendak dan matlamat setiap pelajar. Oleh itu, buku teks perlu
dikaitkan dengan pengalaman seharian dan latar belakang pelajar.
Hill dan Tomlinson (2007) menekankan
penggunaan bahan-bahan hidup seperti guru kelas lain, pelajar-pelajar daripada
tahap yang lebih tinggi, ataupun pakar luar yang dipanggil untuk memberikan
ucapan dalam bidang yang dikuasainya serta tidak terikat dengan bahan
pembelajaran rasmi di dalam kelas sahaja. Hill dan Tomlinson (2007) juga
menyatakan bahawa selalu sahaja pelajar diperdengarkan dengan monolog atau percakapan
seseorang mengenai hobi dan pekerjaannya, sedangkan dalam kehidupan sebenar,
jarang sekali pelajar mempunyai peluang atau berhadapan dengan keadaan
seseorang yang bercakap mengenai hal peribadi. Oleh itu, input kemahiran lisan
perlu menunjukkan aspek-aspek yang menjadi topik perbualan seharian penutur
asal bahasa tersebut.
2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang
terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :
-
BBM bukan elektronik
-
BBM elektronik
-
Bahan- bahan bercorak pengalaman dan
bahan sebenar
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1. Papan tulis atau papan hitam
1. Papan tulis atau papan hitam
*
Bahan asas dalam pengajaran
*Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika
mengajar
2.Buku teks
*Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
*Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
3.Papan Pamer
*Dikenali sebagai papan buletin
*Sumber pangajaran yang produktif
*Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap
dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4.Fail tegak dan bahan bacaan
*Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
*Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta,
peta, gambar skrip dan sebagainya.
*Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
*Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat
sumber sekolah atau bilik darjah
5.Gambar
*Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6.Kad imbasan atau kad cantuman
*Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
*Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
*Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah
7.Carta
*Susunan maklumat yang sistematik
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
f.Carta tunggal
8.Grafik
*Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual.
*Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.
9.Papan pengajaran
*Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
*Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif
dan dapat memotivasikan pelajar.
*Jenis papan pengajaran
a.Papan buletin
b.Papan kenyataan
c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel
d.Papan putih
e.Papan magnet
f.Papan selit
g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
h.Papan poket
i.Papan sorong tarik
10.Model
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi
*Jenis model
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
*Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris
11.Boneka
*Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
*Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog
*Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman
12.Diorama
*Rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi
2.Buku teks
*Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
*Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
3.Papan Pamer
*Dikenali sebagai papan buletin
*Sumber pangajaran yang produktif
*Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap
dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4.Fail tegak dan bahan bacaan
*Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
*Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta,
peta, gambar skrip dan sebagainya.
*Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
*Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat
sumber sekolah atau bilik darjah
5.Gambar
*Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6.Kad imbasan atau kad cantuman
*Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
*Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
*Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah
7.Carta
*Susunan maklumat yang sistematik
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
f.Carta tunggal
8.Grafik
*Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual.
*Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.
9.Papan pengajaran
*Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
*Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif
dan dapat memotivasikan pelajar.
*Jenis papan pengajaran
a.Papan buletin
b.Papan kenyataan
c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel
d.Papan putih
e.Papan magnet
f.Papan selit
g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
h.Papan poket
i.Papan sorong tarik
10.Model
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi
*Jenis model
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
*Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris
11.Boneka
*Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
*Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog
*Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman
12.Diorama
*Rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.Overhead projektor (OHP )
*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan
ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2.Trasparensi
*Kebaikan menggunakan trasparensi:
a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur
*Cara penyediaan trasparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan
3.Pita slaid ( Filem slaid )
*Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukuran
kecil
*Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi
*Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
*Dapat menarik perhatian pelajar
*Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas
*Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah
dan ditambah.
4.Radio
*Untuk pengajaran bahasa
*Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.
5.Televisyen dan VCR
*Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar
*Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan
6.Filem tayangan /Filem jalur
*Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan
pendengaran
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari
7.Komputer
*Boleh diprogramkan untuk mengajar
*Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
*Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan
sebagainya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan
pelajar-pelajar secara langsung.
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi
*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi
1.Overhead projektor (OHP )
*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan
ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2.Trasparensi
*Kebaikan menggunakan trasparensi:
a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur
*Cara penyediaan trasparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan
3.Pita slaid ( Filem slaid )
*Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukuran
kecil
*Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi
*Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
*Dapat menarik perhatian pelajar
*Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas
*Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah
dan ditambah.
4.Radio
*Untuk pengajaran bahasa
*Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.
5.Televisyen dan VCR
*Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar
*Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan
6.Filem tayangan /Filem jalur
*Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan
pendengaran
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari
7.Komputer
*Boleh diprogramkan untuk mengajar
*Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
*Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan
sebagainya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan
pelajar-pelajar secara langsung.
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi
*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi
2.3 Pengajaran Bahasa Arab
Pengajaran
adalah menampilkan atau membantu seseorang untuk belajar
bagaimana
melakukan sesuatu, memberikan instruksi, membimbing
dalam studi sesuatu, memberikan dengan
pengetahuan, menyebabkan untuk mengetahui
atau memahami (Brown, 2000:7).
Menurut Rahil Mahyuddin, Pembelajaran adalah perubahan
tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif yaitu penguasaan ilmu dan
perkembangan kemahiran intelek.
Bahasa
arab adalah bahasa yang di gunakan secara luas di bumi ini. Bahasa
arab merupakan bahasa utama dari 22 negara, dan merupakan bahasa peribadatan
dalam agama islam karna merupakan bahasa yang di pakai oleh Al-Qur’an
Ø¥ِÙ†َّا جَعَÙ„ْÙ†َاهُ Ù‚ُرأَÙ†ًا
عَرَبِÙŠًّا Ù„َّعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَعْÙ‚ِÙ„ُونَ
“sesungguhnya
kami telah menjadikan Al-Qur’an dalam bahasa arab, supaya kalian bisa
memahaminya (QS. Az Zukhruf:3)”
3.0 Tahap Penggunaan BBM
dalam Pengajaran Bahasa Arab
Penggunaan bahan
pembelajaran juga perlu mengambil kira faktor kebolehan pelajar. Apatah lagi
sekiranya di dalam satu kelas terdapat pelajar yang mempunyai kebolehan yang
berbeza-beza. Menurut Cajkler dan Addelman (2000), pelajar yang lebih
berkebolehan perlu diberikan bahan yang lebih bersifat kendiri
supaya mereka boleh berdikari seperti penggunaan kamus, membina ayat dan
sebagainya. Ini kerana mereka akan merasa bosan sekiranya pengajaran terlalu
perlahan. Manakala pelajar yang menghadapi masalah pula akan ketinggalan
sekiranya pengajaran terlalu laju. Oleh itu, mereka mencadangkan penggunaan
stimuli yang berbeza terhadap kelompok pelajar yang
berbeza walaupun hasilnya nanti berbeza-beza. Dari segi
pembentukan bahan pembelajaran, Dat (2007) mencadangkan penggunaan sumber
pembelajaran daripada kehidupan sebenar bahasa sasaran itu digunakan. Bahan-bahan
seharian seperti radio, filem, rancangan televisyen juga boleh merapatkan
jurang perbezaan pertuturan dengan penutur asal. Ia juga ditentukan oleh isi
kandungan, fungsi dan makna yang akan mengekalkan minat pelajar dan berbentuk
sebuah teks atau wacana yang menggunakan bahasa dalam keadaan sebenar.
Tahap penggunaan
bahan bantu mengajar dalam bahasa arab menunjukkan kekerapan penggunaan bahan
pembelajaran berdasarkan buku teks
digunakan secara meluas berbanding kamus, buku latihan dan gambar. Manakala
majoriti pelajar menyatakan bahawa OHP dan LCD hanya sesekali digunakan dalam
pembelajaran. Penggunaan komputer juga didapati tidak memuaskan selari dengan
kekerapan penggunaan Internet dan makmal bahasa yang juga rendah. Kadar
penggunaan kad imbasan dan radio juga tidak memuaskan. Ini menunjukkan bahawa
buku teks sahaja digunakan secara kerap dalam pembelajaran bahasa Arab di
sekolah. Manakala penggunaan bahan-bahan lain adalah tidak menggalakkan, buku
teks didapati digunakan secara meluas di samping kamus, buku latihan serta
gambar. Namun, sebahagian besar guru menyatakan bahawa OHP tidak kerap
digunakan dalam pembelajaran. Manakala lebih daripada satu perlima menyatakan
bahawa LCD tidak pernah digunakan. Sebahagian besar guru juga menggunakan
komputer pada kadar kekerapan yang rendah apabila yang menggunakannya pada
tahap biasa dan amat biasa selari dengan penggunaan Internet dan makmal bahasa.
Selain itu, kadar penggunaan kad imbasan dan
radio juga tidak memuaskan.
Buku teks
digunakan secara meluas dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah, selari
dengan dapatan Taha-Thomure (2008) yang meneliti pengajaran bahasa Arab di dunia
Arab. Ia disokong oleh temu beberapa kajian yang mendapati pengajaran guru adalah
terikat dengan kandungan buku teks. Pembelajaran yang berasaskan kandungan buku
teks mempunyai beberapa kelemahan. Pertamanya, ia tidak mempunyai unsur
autentik yang mewakili realiti sebenar penggunaan bahasa (Gilmore, 2007),
keduanya, ia menggalakkan penggunaan bentuk formal bahasa semata-mata (Morris,
2005) yang memberi kesan negatif kepada penggunaan strategi kognitif yang
tinggi (Artino, 2008) seperti strategi pemikiran kritis. Ketiganya, pelajar
terkongkong dengan kandungan buku teks semata-mata dan tidak terbuka kepada
perkembangan semasa (Taha-Thomure, 2008).
Kamus dan buku latihan tidak digunakan secara
meluas. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan kamus
yang banyak berlaku di dalam kelas
sahaja menyebabkan guru berpendapat penggunaan bahan ini dalam
kalangan pelajar adalah lebih tinggi. Manakala bagi pihak pelajar pula,
pendapat mereka bukan sahaja terbatas di dalam kelas tetapi juga di luar kelas.
Oleh itu, penggunaannya di luar kelas mungkin lebih rendah jika dibandingkan
dengan penggunaannya di dalam kelas. Penggunaan kamus yang rendah dalam
kalangan pelajar disebabkan oleh beberapa faktor.
Hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang mempunyai inisiatif
sendiri membeli kamus. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya,
penggunaan kamus yang tidak diwajibkan kepada para pelajar. Keduanya,
sebahagian guru pula didapati tidak mementingkan penggunaan kamus kerana mereka
berpendapat ia tidak perlu dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Sikap
sesetengah guru ini mungkin menyebabkan pelajar tidak merasakan kepentingan
penggunaan bahan tersebut, selari dengan pandangan Guilloteaux dan Dornyei
(2008) yang melihat aspek pengaruh guru terhadap motivasi pelajar. Ketiganya,
bentuk pembelajaran yang berpusatkan guru. Apabila para pelajar menghadapi
masalah dalam memahami teks, mereka dapat merujuk terus kepada para guru
ataupun bertanya kepada rakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam pembelajaran
bahasa Arab. Oleh itu, kewujudan kamus didapati tidak berapa dipentingkan
terutama sekali dalam keadaan pembelajaran yang berorientasikan buku teks.
4.0 Implikasi Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar
Ramai di kalangan
guru menggunakan komputer dalam
pengajaran Bahasa Arab terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Dalam hal ini,
untuk mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran
berbantukan komputer (PBK). Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer
yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan
baik. Contohnya dalam penguasaan authorware dan toolbook, mereka
menyatakan tidak menguasainya dengan baik
Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam
pengajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat
pelajar terhadap pelajaran. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa pelajar yang
lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam
Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu
lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih
kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam
pengajaran. Selain menggunakan bahan berbantukan komputer penggunaan kad
imbasan, gambar, carta-carta dan papan kuiz atau OHP turut membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di mana proses pengajaran berjalan
lancer dengan melibatkan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan tahap
kognitif dan bilangan murid dalam kelas.
Semua faktor untuk mendapatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru merancang, menyusun
dan menjalankan aktiviti dalam kelas.
5.0 Kekangan Pelaksanaan BBM
Dapatan
menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
komputer dalam pengajaran bahasa. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan
pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga
menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa
perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan
komputer dalam pengajaran Bahasa Arab. Komputer yang digunakan di sekolah
sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi
Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan
komputer yang tidak cekap di sekolah Masalah bilik komputer juga sering mengganggu
kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana
sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain Minat mengajar menggunakan komputer
tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian Pihak pentadbir
sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi
galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.
6.0 Cadangan Mengatasi
Masalah
Isu penggunaan BBM dalam
pengajaran bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Ianya seolah
telah menjadi satu rutin yang perlu dipertimbangkan penggunaannya dalam kelas
kerana sifatnya yang membantu dalam mencapai objektif pengajaran. Justeru, guru
perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk untuk
diselaraskan dengan BBM yang digunakan. Walaupun pelbagai kaedah pengajaran terancang
telah ditekankan kepada semua lepasan guru untuk diterapkan semasa pengajaran namun
terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa unsur penting dalam aspek
pengajaran KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah.
Menurut Abd Rahman (2000), pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia. Penggunaan
multimedia moden seperti video klip, YouTube dan powerpoint beranimasi
boleh meningkatkan kualiti pembelajaran disamping meningkatkan motivasi
pelajar. Antara contoh laman web yang mempunyai laman pendidikan bahasa arab
seperti http://www.sabah.edu.my/, http://www.myarabquran.com/, http://wanrusli.net/, http://www.madinaharabic.com/, http://maalhijrah.blogspot.com/, http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/ dan banyak
lagi. Bagi laman youtube pula terdapat banyak pilihan mengajar menggunakan
video seperti link berikut www.youtube.com/watch?v=98YBS2tdpdU dan www.youtube.com/watch?v=Dm3ggo4hlYw.
Justeru,
guru haruslah melakukan anjakan
paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk
and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan
menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini
dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman
dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna.
Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan BBM
yang terlalu minimum dalam kelas, Antaranya ialah mewujudkan jaringan kerjasama
antara panitia atau sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), menyediakan
peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. Mewujudkan
prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran. Perlu ada kumpulan pembinaan
bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir. Memberikan lebih dorongan
kepada pelajar agar meminati komputer. Semua guru Bahasa Arab perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.
7.0 Kesimpulan
Senarai peralatan
baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang
didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu
memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem
audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang
berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan
fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan
penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di
samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat
memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.
Guru perlu
menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap
terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan
terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga komponen
utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer,
bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami
konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan
kesan yang optimum kepada pelajar.
Secara
keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa daripada sepuluh BBM yang disenaraikan,
hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di
kalangan guru-guru. Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian
komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana. Manakala tahap
penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan
kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.
Bahasa Arab
mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang
diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan
pelajar dalam menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan
dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan
internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
BIBLIOGFAFI
Ghazali Yusri & rakan-rakan, (2012) Penggunaan
Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nik
Muhammad Rahimi Bin Nik Mohd Yusoff & Kamaruzaman Bin Abd Ghani, (2008),
Penggunaan
Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar
Bahasa Arab, Jurnal teknologi, Universiti Teknologi
Malaysia
Profesor
Madya Dr. Rosni bin Samah, (2012) Isu Pembelajaran Bahasa Arab,
Unit Bahasa Arab, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi
Rahimi Bin Md. Saad & Zawawi
Bin Ismail, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web, Universiti
Malaya
|
|
LAMPIRAN
CONTOH
BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB
Subscribe to:
Posts (Atom)