Monday, April 16, 2012

kek gula hangus..nyummm


APAM POLKADOT



KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU


KONSEP IKHLAS SEBAGAI SEORANG GURU


ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.

Read More

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar banyak berlegar di “akal” tetapi tugas pendidik berlegar di “hati”. Perumpaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini “'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” yang sangat bertepatan dengan situasi masyarakat masa kini.

ABIM merasakan Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia bekorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas di depan muka akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid, guru berkata lucah kepada murid dan banyak lagi. Apa yang pasti, isu ini hanya kes picisan dan terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru yang telah melahirkan banyak pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.

ABIM berpandangan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu perlengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.

Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapai selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah insan yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.

Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat serta kejayaan negara.

ULASAN ARTIKEL

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.

Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Allah swt meningatkan :-

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda :-

إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)

Sebagai muqadimah pengertian ikhlas saya ingin memetik kata-kata dari Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-

Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.

Ada yang berkata, ketidakikhlasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya, dari tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya. Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.

Pada pendapat saya, tugas, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti yang terletak di bahu seorang guru bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Guru perlu menyampaikan ilmu mengikut falsafah pendidikan Negara di mana guru mampu melahirkan anak murid dan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan cerita dan khabar negatif tentang masalah guru-guru seperti masalah sosial, jenayah seksual, penyalahgunaan dadah dan sebagainya menjadikan kerjaya sebagai seorang guru tidak lagi dihormati dan disanjung tinggi seperti dulu. Saya sebagai seorang guru bukan mahukan sanjungan atau penghormatan tetapi istiqamah keikhlasan itu amat penting bagi seorang guru dalam mendidik anak bangsa agar guru itu dianggap sebagai 5 M : mudarris, muallim, muaddib, murabbi lagi mursyid” Bagi saya, akar umbinya bermula dari guru itu sendiri. Ihklaskah seorang guru apabila menjadikan medan profesion perguruan sebagai pilihan pekerjaan kedua atau pilihan terakhir?

” Sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu”

” Marilah kita menjadi guru yang pertama . Pertama dalam mengajar. Pertama menyentuh hati pelajar. Pertama di hati pelajar. Pertama menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.”

Saya berpesan-pesan kepada diri sendiri dan kepada semua guru-guru mari kita amalkan konsep ikhlas mencari keredhaan Allah dalam mendidik harta tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada kita untuk membimbing dan menunjuk jalan yan lurus kepada mereka. Insya Allah. Amin..

Saturday, April 7, 2012

RESEPI KUIH PANDAN BAKAR




BAHAN-BAHANNYA:

1 cup jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cup gula
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan pekat ( atau 250ml santan pekat )
2 tbspoon butter
3 biji telur
1/2 teaspoon garam
pewarna hijau sekiranya guna esen pandan, kalau guna daun pandan tak perlu dah pewarna.
sedikit bijan


CARA-CARANYA:

1) daun pandan tadi dihiris dan diblender bersama 200 ml air.
2) setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
3) campurkan semua bahan-bahan tadi gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. mix guna mixer atau blender sampai sebati.
4) sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
5) bila minyak dah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree sampai brown dan garing.

RESEPI KOLE KACANG


Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Hatimu Milikku


Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Tuesday, January 24, 2012

HARI LAHIR NUR QALISYA AZ-ZAHRAH




Selamat hari lahir sayang... mama dan ayah sayang sgt kt qalisya, Mudah2an smua yang terbaik untukmu..