Selamat dtg kelab sukan & rekreasi petronas ke SEKOLAH AGAMA BANDAR PENAWAR
Tarikh : 9 .11.2012
Hari : jumaat
Masa : 4.00 ptg
Friday, November 9, 2012
KELAB SUKAN & REKREASI BERMOTOR PETRONAS
Wednesday, November 7, 2012
Derma Organ
Derma Organ
Posted by mohd masri di Mac 22, 2009
SalamAna ada sedikit kemusykilan…
Bagaimanakah Islam memandang permasalahan MENDERMA ORGAN kpd org lain?
Cthnya ada org yg hampir mati lalu ingin menderma ORGAN yg tertentu kpd org lain kpd org lain sesudah dia mati… Tak mengapakah begitu? Bukankah keseluruhan tubuhnya perlu ditanam di dalam kubur secara bersama?
WA
Saya sertakan pandangan yang di berikan oleh Dr. Muzammil Siddiqi…
Soalan:
Apakah pandangan Islam berhubung dengan pendermaaan organ semasa hidup atau pun ketika seseorang itu telah mati. Adakah ianya sesuatu yang dibenarkan oleh Islam.
wapan oleh Muzammil Siddiqi
Soalan sebegini telah banyak diperdebatkan oleh Ahli Ahli Fiqh dalam dua abad yang lalu.
Majlis Tertinggi Ulamak di Riyadh didalam resolusi no 99 bertarikh 6 Dzul Qaidah 1402 mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ didalam keadaan yang diperlukan.
Organ tersebut mungkin diambil dari orang yang masih hidup dengan kebenaran nya dan juga dari mana-mana mayat. Bagi penderma yang masih hidup, mereka menetapkan bahawa pendermaan itu bukan pendermaan organ asasi si penderma tadi yang bakal memudaratkan penderma dan berkemungkinan mengancam nyawa mereka.
Akademi Fiqh Muslim World League (MWL) yang berpusat di Mekah juga membenarkan pendermaan organ dan penggunaan organ yang didermakan dalam sessi ke 8 yang dilangsungkan pada 28 Rabiul Thani- 7 Jumadal Awwal 1405.
Akademi Fiqh Organization of Islamic Country ( OIC) dalam satu konferen nya di Jeddah pada tahun 1408 juga mengharuskan pendermaan organ dan penggunaan organ yang di dermakan.
Dr. Syed Al Tantawi, Mufti Mesir, juga menyatakan adalah dibenarkan menggunakan organ yang didermakan dari mayat sekiranya pakar perbuatan Muslim memutuskan adalah perlu pemindahan organ tersebut dilakukan.
Adalah penting untuk di fahami, kebanyakan Ahli Fiqah hanya mengharuskan pendermaan organ dan mengharamkan penjualan organ tubuh manusia.
Ada yang berpandangan sekiranya mudarat itu terlalu besar dan terpaksa membeli organ, maka pembelian organ tersebut adalah sesuatu yang diharuskan, tetapi seorang Muslim adalah diharamkan menjual organ nya.
1. Bolehkan menderma organ manusia ?
Ulama’-ulama’ Islam melalui Majma’ al-Fiqh Al-Islami (6 Zulqaedah 1410), Akademi Fiqh Liga Dunia Islam (1405), dll kebanyakkannya membenarkan amalan menderma organ manusia. Diantara syarat yang dikenakan ialah organ yg diambil itu merupakan organ yang boleh dibiakkan kembali. Tidak dibenarkan menderma organ utama seperti mata, jantung, tangan, kaki, buah zakar orang hidup kepada seorang yg lain, kerana ini boleh memudharatkan si penderma dan juga organ ini tidak boleh di biakkan kembali (reproduce). Perjanjian mesti ditanda tangani dan diantara syaratnya ialah organ-organ ini tidak boleh dijual beli. Perbincangan yg detail boleh anda baca didalam ruang fatwa al-ahkam dari fatwa yang diambil dari buku fatawa Muasyirah (2/532), karangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. Kami tertarik dengan penerangan yg diberikan oleh Sheikh Al-Qaradhawi didalam fatwanya yg lain (Lihat urlnya dibawah) berkenaan dengan isu diatas, katanya :-
[color="#0000ff" size="3"]ولا يوجد دليل على التحريم،
والمحرِّم هو الذي عليه الدليل، إنما المُبيح ليس عليه دليل، نحن عادة من
حرَّم الأشياء نقول له: هل عندك دليل على أن هذه الأشياء حرام، إنما الأصل
في الأشياء الإباحة، وكما قلنا أنه يجوز التبرع بالدم ويجوز التبرع باللبن
وهو جزء من الإنسان، فلا مانع منه، فإذا كان يجوز للإنسان أن يتبرع بماله
فهو يتبرع بشيء من جسمه، وهو أثمن وأغلى، إذا كان في ذلك منفعة للغير وليس
فيه مضرة لي وهذا شرط ضروري، فلم يجز أحد أن يتبرع الإنسان بالأعضاء
الوحيدة للإنسان، أن يتبرع بقلبه أو بكبده ولا يجوز أن يتبرع بشيء يشوهه،
فلا يجوز أن يتبرع بيده فيقطع يده لذلك،
“Tidak terdapat dalil yang mengharamkan, dan pengharaman
itu [mesti] disertai dengan dalil, tetapi keharusan (membenarkan) tidak
memerlukan dalil keatasnya, kami biasanya mengharamkan sesuatu dengan
berkata kepadanya : Apakah disisi kamu dalil keatas perkara ini yg
dikatakan haram, akan tetapi asal setiap sesuatu itu harus, dan
sebagaimana kami katakan bahawa dibenarkan menderma darah, dibenarkan
menderma susu dan ianya sebahagian dari manusia, tidak ada tegahan
melakukannya, jika dibolehkan manusia menderma duitnya maka bolehlah dia
menderma sesuatu dari jasadnya, yang ianya lebih berharga dan amat
mahal jika ia adalah bermunafaat kepada yang lain, dan bukanlah ini
menimbulkan kemudharatan kepada ku dan ini adalah syarat keperluan,
tidaklah dibenarkan seorang insan menderma seluruh tubuhnya kepada insan
lain, iaitu menderma jantung atau hati, dan tidak dibenarkan menderma
sesuatu yg merosakkannya (deform), tidak dibenarkan menderma tangan
dengan memotong tangannya sebegitu……..” – [fatwa Islam Online :
FatwaID=2176].
2. Hukum menderma organ orang yg telah mati.
Persoalan ini juga telah dibincangkan oleh Majma’ al-Fiqh Al-Islami dan beberapa badan Fiqh yg lain. Diantara mereka membenarkan menderma organ atau mengambil organ orang mati ialah Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau didalam buku Fatawa Mua’syirah (3/664) mengkategorikan menderma organ orang mati sebagai sedeqah jariah dengan memetik hadith yang dikeluarkan oleh Muslim berkenaan dengan 3 jenis amalan yg tidak akan putus selepas anak Adam mati; sedeqah jariah, ilmu yg bermunafaat dan anak yg soleh yg mendoa’kan keatasnya.
Katanya lagi :-
Persoalan ini juga telah dibincangkan oleh Majma’ al-Fiqh Al-Islami dan beberapa badan Fiqh yg lain. Diantara mereka membenarkan menderma organ atau mengambil organ orang mati ialah Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau didalam buku Fatawa Mua’syirah (3/664) mengkategorikan menderma organ orang mati sebagai sedeqah jariah dengan memetik hadith yang dikeluarkan oleh Muslim berkenaan dengan 3 jenis amalan yg tidak akan putus selepas anak Adam mati; sedeqah jariah, ilmu yg bermunafaat dan anak yg soleh yg mendoa’kan keatasnya.
Katanya lagi :-
[color="#0000ff" size="3"]ومن المعلوم أن هذه الأعضاء إذا
لم يتبرع بها الإنسان عند موته، ستتحلل بعدأيام من الوفاة، ويأكلها الدود،
فلماذا لا يتبرع بمنفعتها لمن يحتاج إليها، ويكسب الثواب، بدل أن تتلف عليه
مجانا؟
“Telah sedia maklum bahawa organ atau anggota tubuh badan
manusia jika tidak didermakan untuk kemaslahatan manusia lain hanya
akan rosak beberapa hari selepas kematian, dimakan cacing. Maka kenapa
tidak didermakan sahaja untuk dimunafaatkannya kepada sesiapa yang
memerlukannya, dia akan memperolehi pahala yg besar, daripada ia hilang
dengan secara percuma?” – [Fatawa Mua'syirah (3/666)]
3. Apakah mengambil organ ini tidak menghormati mayat?
Sheikh Al-Qaradhawi mengatakan ada yang berpendapat bahawa mengambil organ dari mayit merupakan amalan menghilangkan kehormatan keatas mayat, sebagaimana sabda Nabi saw :-
Sheikh Al-Qaradhawi mengatakan ada yang berpendapat bahawa mengambil organ dari mayit merupakan amalan menghilangkan kehormatan keatas mayat, sebagaimana sabda Nabi saw :-
[color="#800000" size="3"]كسر عظم الميت ككسر عظم الحي
“Mematahkan tulang mayat itu seperti mematahkan tulang
orang yg hidup” – [Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dari
A'isyah sebagaimana yg disebut didalam Al-Jami' Al-Saghir].
Jawab beliau :-
[color="#0000ff" size="3"]إن أخذ عضو من جسم الميت لا
يتنافى مع ما هو مقرر لحرمته شرعًا، فإن حرمة الجسم مصونة غير منتهكة،
والعملية تجرى له كما تجرى للحى بكل عناية واحترام دون مساس بحرمة جسده.
“Bahawa mengambil sebahagian organ dari tubuh mayat
tidaklah bertentangan dengan ketetapan syara’ yg memerintah menghormati
mayat. Kerana yg dimaksudkan menghormati jasad itu ialah menjaganya dan
tidak merosakkannya, sedangkan pembedahan(operation) tersebut dilakukan
seperti pembedahan orang hidup dengan penuh perhatian dan penghormatan,
bukan untuk merosakkan kehormatan jasadnya” – [Fatawa Mu'asyirah 2/535].
————————– Kesimpulannya menderma organ dibenarkan oleh jumhur ulama’ samada dari orang hidup atau orang mati. Menderma organ juga merupakan amalan sedeqah jariah yang mendatangkan ganjaran yang banyak. Mengambil organ dari mayat bukanlah tidak menghormati mayat, malahan organ mayat tersebut diambil dengan cara pembedahan yang sama dengan orang hidup. Daripada mayat itu rosak dimakan cacing, lebih elok ia digunakan oleh orang yang memerlukan. Wallahu’alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu’aasyirah – 2. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa’, 1994.
2. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu’aasyirah – 3. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002.
3. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. [color="#800000" size="3"]التبرع بالأعضاء : حكمه وشروطه. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=2176
————————– Kesimpulannya menderma organ dibenarkan oleh jumhur ulama’ samada dari orang hidup atau orang mati. Menderma organ juga merupakan amalan sedeqah jariah yang mendatangkan ganjaran yang banyak. Mengambil organ dari mayat bukanlah tidak menghormati mayat, malahan organ mayat tersebut diambil dengan cara pembedahan yang sama dengan orang hidup. Daripada mayat itu rosak dimakan cacing, lebih elok ia digunakan oleh orang yang memerlukan. Wallahu’alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu’aasyirah – 2. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa’, 1994.
2. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu’aasyirah – 3. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002.
3. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. [color="#800000" size="3"]التبرع بالأعضاء : حكمه وشروطه. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=2176
KUIH LAPIS KACANG MERAH
KUIH LAPIS KACANG MERAH
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam
Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]
Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus
Pewarna merah
1/4 cawan air
Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan
Bahan C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung
Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan
Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.
5. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau pelastik.
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam
Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]
Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus
Pewarna merah
1/4 cawan air
Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan
Bahan C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung
Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan
Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.
5. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau pelastik.
PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN
UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
KAEDAH
MENGAJAR SAINS KOMPUTER
(SPM
4712)
PENGURUSAN
SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN
DISEDIAKAN
UNTUK
EN.
SUHAIZAL BIN HASHIM
DISEDIAKAN
OLEH
NOR
LIHANA BINTI HANI (SX095840PID01)
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
1.0
Pengenalan
2.0
Masalah
Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan
2.1
Perisian dan
Sistem Maklumat
2.2
Kelemahan
Penguasaan Kemahiran Teknologi Maklumat
2.3
Kekurangan
Kemudahan Teknologi Maklumat
2.4
Bebanan Tugas
Guru
3.0
Kesan Pengurusan
Sistem Maklumat Pendidikan
3.1
Pengurusan dan
Pentadbiran Sekolah
3.2
Pengajaran dan
Pembelajaran
4.0
Langkah Mengatasi
Masalah Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan
5.0
Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah dan syukran jazilan…,
Allah S.W.T
Emak abah yang ku kasihi
Suami dan puteriku tersayang
Tenaga pengajar di UTM
Rakan-rakan seperjuangan sekalian.
1.0 Pengenalan
Dalam usaha
kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020,
teknologi maklumat (IT) telah dijadikan satu teras yang perlu dikuasai oleh
semua lapisan masyarakat. Salah satu terminologi IT yang popular pada hari ini
ialah Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) atau TMK . ICT ialah satu inovasi
dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara
baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu
menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya
hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini
perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan
menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha
kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.
Kepentingan
dalam ICT sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem
nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan
wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi
keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi
pengurus atau pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi
perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan
terkini dalam pendidikan di negara ini.
Dunia
pendidikan turut sama tidak ketinggalan mengharungi arus kemodenan teknologi
maklumat. Di sekolah, pengurusan sistem maklumat pendidikan Bagi dunia pendidikan ‘teknologi maklumat’
boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
- Teknologi komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan persembahan;
Perisian telekomunikasi yang - menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting.
- Teknologi komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan persembahan;
Perisian telekomunikasi yang - menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting.
2.0 Masalah Pengurusan Sistem
Maklumat Pendidikan
Seluruh warga
pendidikan memerlukan persediaan yang rapi ntuk melengkapkan pengurusan sistem
maklumat pendidikan yang perlu dihantar kepada PPAD, JPN dan KPM. ICT dalam
pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan ,pengajaran
dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Dengan penggunaan
ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa sebarang kekangan
tempat dan masa. Ianya juga akan meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan
berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses
pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
Namun terdapat
beberapa masalah apabila segala keperluan sistem maklumat pendidikan
perlu dikemaskini dan dihantar mengikut masa yang ditetapkan oleh pegawai
pendidikan. Bagi Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor, terdapat beberapa
pengurusan sistem maklumat pendidikan seperti
Sistem Maklumat Pelajar (SMP), pendaftaran darjah satu, analisa keputusan
peperiksaan dan skim pinjaman kitab (SPK).
2.1 Perisian dan Sistem
Maklumat
Kementerian
Pendidikan mahupun Jabatan Agama Johor masih tidak mempunyai satu jentera yang sempurna
untuk melaksanakan sebarang sistem maklumat secara besarbesaran. Jentera ini
adalah penting untuk merancang, melatih pengguna, menyelaras dan menyelenggara
sistem yang akan dilaksanakan. Contohnya database bagi Sistem Maklumat Pelajar
(SMP) tidak bersifat mesra pengguna, malah jika ingin menambah maklumat ‘update’
tentang seseorang pelajar, saya perlu mencari mengikut kelas / darjah satu
persatu.
2.2 Kelemahan Penguasaan
Kemahiran Teknologi Maklumat
Penguasaan kemahiran teknologi maklumat sebilangan besar
guru-guru masih berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini merupakan satu
halangan kepada sebarang usaha untuk memperluaskan penggunaan teknologi
maklumat di dalam sistem pendidikan negara. Masih terdapat ‘computer iliterate’
di kalangan guru-guru. Masa yang panjang
diperlukan untuk mendorong dan melatih kumpulan ini supaya mereka mahir
menggunakan sistem teknologi maklumat ini.
Kekurangan profesional teknologi maklumat di Kementerian
Pendidikan. Ini
adalah nyata sekali memandangkan bahawa tidak ramai pegawai perkhidmatan
pendidikan yang berkelulusan dalam bidang teknologi maklumat atau sains komputer.
Profesional teknologi maklumat diperlukan untuk merancang dan mengawasi
pelaksanaan sistem maklumat dan lain-lain projek teknologi maklumat.
2.3 Kekurangan Kemudahan
Teknologi Maklumat
Kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi bagi kebanyakan sekolah,
institut/maktab dan pejabat pendidikan masih tidak memuaskan. Misalnya,
bilangan pejabat pendidikan yang mempunyai rangkaian setempatnya sangatlah
sedikit. Selain itu, kemudahn komputer, teknologi maklumat, rangkaian internet
juga terhad bagi sekolah-sekolah agama.
2.4 Bebanan Tugas Guru
Tugas hakiki seorang ialah mengajar dan mendidik murid atau pelajar dalam sesi pembelajaran di
bilik darjah dengan suasana yang kondusif. Bagi merealisasikan setiap objektif
pengajaran tercapai guru turut berperanan menghasilkan atau bersedia dengan
alat atau bahan bantu mengajar yang menarik. Hari ini, guru dibebani dengan
tugas-tugas tambahan perkeranian, penoperasian, pengurusan dan pentadbiran
sekolah serta melengkapkan sistem maklumat pendidikan di sekolah masing-masing.
Perkara ini
menyebabkan guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti dan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kadangkala guru perlu
menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat yang memakan masa dua hingga lima
hari menyebabkan guru lain mengambil alih kelas yang sepatutnya diajar oleh
guru tersebut. Guru lebih sibuk menguruskan sistem maklumat pendidikan dan
tanggungjawab pengurusan, pentadbiran sekolah berbanding tugasan mengajar dan
mendidik pelajar.
3.0 Kesan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan
Pengurusan
Sistem Maklumat Pendidikan sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam
membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Guru Besar sekolah tidak dapat
dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan
elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan,
menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi
dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses
dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori,
jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan
peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
3.1 Pengurusan dan
Pentadbiran Sekolah
Secara
umum sistem maklumat pendidikan dapat menukarkan data-data mentah yang tidak
memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses,
disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan
pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini
sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang
tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh
dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai
pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam
bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang
mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan
seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang
sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu
dan masalah yang berbangkit.
Maklumat
berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana
mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan
pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan
kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh
diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan
teknologi ICT.
3.2 Pembelajaran dan Pengajaran
Guru yang
mengendalikan sistem maklumat pendidikan diberi tanggungjawab untuk menguruskan
maklumat bertujuan untuk memenuhi keperluan PPAD, PPD, JPN dan KPM. Guru yang
terlibat mempunyai tugas tambahan dari tugas hakiki seperti menyediakan laporan
mengajar harian, mengisi kad 001, melengkapkan rekod pelajar, mengisi markah
dan gred peperiksaan pelajar, menyediakan ujian bulanan dan memeriksa tugasan
atau latihan harian pelajar. Tugas tambahan guru perlu mengemaskini data dan
memastikan kesahihan data mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah
selain bertanggungjawab terhadap aktiviti pengurusan data seperti pengumpulan,
pemprosesan,penganalisisan, penyimpanan serta keselamatan data terebut.
Kesan dari
tambahan tugas ini guru gagal melaksanakn dua tugas secara serentak dengan
baik. Guru tidak dapat memberikan maklumat yang sahih dalam masa yang sama
tidak dapat menjalankan tugas mengajar dengan baik dan sempurna.
Antara gangguan
pengajaran yang dihadapi oleh guru ialah gangguan untuk menyemak buku latihan
pelajar, kekangan untuk menyediakan BBM,
tidak mempunyai masa untuk mengenalpasti masalah pelajar, tidak bersedia untuk
mengajar, kerap tidak masuk bilik darjah dan menghadapi masalah untuk
menghabiskan sukatan pelajaran.
4.0 Langkah Mengatasi
Masalah Pengurusan Sistem Maklumat pendidikan
Bagi mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi, syor-syor berikut
telah dibuat:
(a)
Bahagian Sistem Maklumat
diperbesarkan dan dijadikan satu jabatan. Fungsi jabatan ini hendaklah
diperbanyakkan. Jabatan ini seharusnya bertanggungjawab ke atas perancangan,
pelaksanaan, penyelenggaraan dan penyelarasan semua projek pengkomputeran di
Kementerian Pendidikan, termasuklah pelaksanaan sebarang sistem maklumat.
(b)
Mewujudkan unit teknologi maklumat
di semua bahagian/unit pendidikan, semua Jabatan Pendidikan Negeri dan di semua
maktab/institut perguruan. Jabatan Teknologi Maklumat dan unit teknologi
maklumat hendaklah diketuai dan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang mempunyai
kelulusan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan
terbentuknya unit teknologi maklumat dan Jabatan Teknologi Maklumat,
Kementerian Pendidikan akan mempunyai satu jentera yang lengkap untuk menangani
pelaksanaan sebarang sistem maklumat secara besar-besaran.
(c)
Kementerian Pendidikan perlu menyediakan satu
rancangan strategic mengenai isu pengkomputeran dan isu penerapan pendidikan
teknologi maklumat ke dalam sistem pendidikan negara. Rancangan strategik ini
dapat menyediakan satu halatuju bagi sebarang projek yang akan dilaksanakan.
(d)
Satu rancangan jangka panjang yang
sistematik perlu disediakan untuk melatih guru-guru dalam bidang teknologi maklumat. Rancangan
ini perlu dimulakan dengan secepat mungkin.
(e)
Jabatan Agama Johor Bahagian
Pendidikan perlu turut serta menjana kemajuan teknologi maklumat agar sejajar
dengan arus kemodenan dan yang diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan.
5.0 Kesimpulan
Pelbagai sistem maklumat pendidikan
dibekalkan kepada sekolah dari PPAD, PPD dan JPN. Walaupun objektif pengurusan sistem maklumat pendidikan ini
adalah untuk pengumpulan data pendidikan yang lebih berteknologi dan sistematik
namun menimbulkan beberapa impak terutama kepada guru-guru yang mengendalikan
proses maklumat pendidikan tersebut. Pengurusan sistem maklumat pendidikan juga
mengakibatkan peningkatan beban tugas seorang guru sehingga mempengaruhi
pengajaran. Masa yang panjang diperlukan untuk mendapatkan maklumat data yang
tepat dan sahih serta tahap penguasaan kemahiran teknologi maklumat sesetengah guru
yang masih pada tahap sederhana. Sejurus itu, jalan penyelesaian perlu diambil
untuk menjadikan Negara Malaysia yang mampu mempunyai sistem maklumat
pendidikan yang interaktif dan
berteknologi tinggi.
BIBLIOGRAFI
Irma Indayu
Omar, Yushiana Mansor,2005. Panduan Mencari Maklumat: PTS Sdn.Bhd.
Rozinah
Jamaludin, 2005. Multimedia Dalam Pendidikan: Utusan Publication
Sdn.Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)