Bab 1: Pengenalan kepada Komputer
- organisasi
dan seni bina komputer
- konsep
asas sistem pengoperasian komputer
1. Pengenalan
kepada sebuah sistem komputer
a. Sebuah
sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan
pemberi output.
b. Secara
ringkas dan mudah difahami:
i.
Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam
komputer dikenali sebagai INPUT.
·
Contoh: Kertas kerja yang kita taip, gambar
yang kita imbas
ii.
Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer
dikenali sebagai output.
·
Contoh: Kertas yang kita cetak keluar dari
pencetak, gambar yang ditunjukkan di atas skrin komputer, bunyi yang
dikeluarkan
2. Peranti
input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan di dalam
sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi tentang
perkakasan tersebut.
a. Peranti
input:
menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat
tersebut ke dalam komputer untuk diproses.
b. Contoh-contoh
peranti input yang biasa adalah:
i.
Mouse (tetikus)
|
|
|||||||
· Mouse menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.
·
Butang tersebut biasanya digunakan untuk
interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka
program dan yang seumpamanya.
ii.
Keyboard (papan kekunci)
·
Mempunyai struktur yang hampir sama seperti
apa yang terdapat pada mesin taip.
·
Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam
komputer.
·
Menaip surat,
karangan, kertas kerja
c. Peranti
output:
memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau
digunakan oleh pengguna.
d. Contoh
peranti output yang biasa adalah:
i.
Monitor
·
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin
·
Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin
adalah: gambar, permainan komputer, tayangan filem
ii.
Projektor LCD
·
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih
digunakan untuk ditayangkan disebuah bilik atau kawasan yang luas.
iii.
Pencetak
·
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan kertas.
·
Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy.
·
Salinan dalam disket dikenali sebagai soft
copy.
iv.
Speaker Audio
·
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio
·
Contohnya bunyi muzik, untuk menarik
perhatian pengguna.
Bagaimanakah input diproses oleh komputer untuk
menjana output?
Untuk memahami tentang
proses ini, kita perlulah mengkaji dengan lebih mendalam tentang bagaimana
setiap komponen di dalam komputer berinteraksi dan menjalankan tugas
masing-masing.
3. Komponen
di dalam sebuah komputer.
Komponen utama di dalam sebuah sistem komputer adalah:
a. CPU
(Unit Pemproses Pusat): memproses data
b. Ingatan
Sementara:
i.
RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii.
Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)
c. Ingatan
Kekal:
i.
Hard Disk (Cakera Keras)
ii.
Disket
iii.
ROM (Ingatan Baca Sahaja)
d. Perkakasan
atau Peranti Input / Output
Secara hierarki, di dalam sebuah sistem komputer,
setiap perkakasan itu mempunyai hierarki fungsi seperti di dalam gambarajah di
bawah:-
e. Bagaimana
setiap komponen tersebut berinteraksi antara satu sama lain:-
i.
Semasa komputer di ON kan, komputer akan mengambil arahan ujian
asas dari ROM.
·
Arahan asas biasanya untuk memastikan:-
i.
Semua komponen ingatan berfungsi
ii.
Semua fungsi tulis dan padam berjalan lancar
ii.
Setelah itu, komputer akan mengambil pula
dari ROM arahan Sistem Asas Input/Output (Basic Input Output System: BIOS)
·
Tujuannya:-
i.
Mendapatkan maklumat perkakasan
ii.
Dapatkan maklumat keselamatan sistem
iii.
Komputer seterusnya akan
mengambil Sistem Pengoperasi (contohnya:Windows 98) dari dalam Hard Disk dan
dimasukkan ke dalam RAM.
·
Mengapa dimasukkan ke dalam RAM?
i.
Capaian maklumat CPU lebih pantas di dalam
RAM.
ii.
Semua pemprosesan dan aktiviti semasa
dilaksanakan di dalam RAM.
iii.
Hard Disk hanya untuk simpan maklumat yang
telah siap diproses.
iv.
CPU mempunyai fungsi yang sama seperti otak:
memproses maklumat.
v.
CPU akan mentafsirkan apa yang kita taip
sebagai input dan kemudian mengeluarkan output yang sesuai berdasarkan fungsi
yang mampu dibuat olehnya.
iv.
Setelah itu, apabila kita menggunakan
sebarang program aplikasi (contohnya: Word, Solitaire, Excel), ia juga akan
dimasukkan ke dalam RAM.
·
Perlu diingat:
i.
RAM adalah ingatan sementara khusus untuk
menyimpan maklumat yang sedang diproses.
ii.
Sebarang maklumat semasa yang kita taip
diproses di dalam RAM.
iii.
RAM hanya akan menyimpan maklumat apabila ada
aliran elektrik.
iv.
Maklumat kekal disimpan di dalam hard disk
(pastikan kita SAVE kerja kita)
v.
Maklumat yang telah diproses dan hendak
disimpan akan disimpan di dalam bentuk fail di dalam Cakera Keras (mengikut
piawai program yang kita gunakan)
4. Sistem
Pengoperasian Komputer (Operating System)
a. Sistem Pengoperasian menentukan bagaimana komputer
kita berfungsi dan bekerja.
b. Ia
adalah perisian pertama yang kita nampak setelah komputer di ON kan dan juga perisian
terakhir yang kita lihat sebelum kita menutupnya. (Shutdown)
c. Secara
asasnya, Sistem Pengoperasian mempunyai 2 tugas utama:-
i.
Mengurus sumber perkakasan dan perisian yang
ada di dalam sistem komputer kita seperti:-
·
Masa CPU memproses
·
Ruang RAM yang boleh digunakan oleh setiap program
·
Ruang Cakera Keras yang perlu untuk simpanan
maklumat kekal.
Bagi tugas yang pertama ini,
bayangkan Sistem Pengoperasian sebagai ibubapa yang mengawal dan menjaga
anak-anaknya (program).
Setiap anak (program)
dipastikan mendapat sumber yang secukupnya (masa CPU dan RAM) sambil bermain
dengan baik dengan anak yang lain
Ia juga perlu memastikan
sumber keluarga (komputer) yang terhad digunakan dengan sebaiknya oleh setiap
ahli keluarga.
ii.
Menyediakan peraturan yang konsisten (tetap)
untuk program yang berjalan dapat menggunakan atau berinteraksi dengan
perkakasan (Tetikus, Pencetak, Keyboard)
d. Jenis-jenis
Sistem Pengoperasian:-
i.
Sistem Pengoperasian Masa Nyata (Real Time Operating
System)
·
Biasanya digunakan untuk mengawal mesin di
kilang, sistem industri ataupun peralatan saintifik yang memerlukan ketepatan.
·
Tidak digunakan untuk komputer di rumah.
ii.
Satu Pengguna – Satu Tugas
(One User One Task)
·
Menguruskan agar pengguna dapat melakukan
dengan efektif hanya satu tugas sahaja.
·
Contoh: Sistem Pengoperasian bagi komputer
Palm Top
iii.
Satu Pengguna – Pelbagai Tugas (One User – Multi
Tasking)
·
Digunakan oleh kebanyakan pengguna seperti
kita.
·
Pelbagai tugas/program dapat dibuka serentak.
·
Contoh: Sistem Pengoperasian Windows 98, 2000
iv.
Ramai Pengguna (Multi user)
·
Membolehkan ramai pengguna menggunakan sumber
komputer secara serentak.
·
Pengguna hanya disambung menggunakan terminal
monitor dan keyboard.
·
Contoh: Sistem Pengoperasian Unix, VMS.
No comments:
Post a Comment