Saturday, July 16, 2011

AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH AGAMA KOTA MASAI,

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latarbelakang Masalah

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Tujuan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rasional Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Istilah

1.10 Rumusan

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar

2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan

2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

3.1 Responden kajian

3.2 Insrtumen Kajian

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Kaedah Penyelidikan

3.5 Analisis Data

BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Maklumat Responden

4.1 Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar

4.2 Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan

4.3 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara

4.4 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Kesimpulan

5.2 Cadangan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN

GURU-GURU SEKOLAH AGAMA KOTA MASAI,

PASIR GUDANG, JOHOR. SATU TINJAUAN

Abstrak.

Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di kalangan 40 orang responden guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruandi kalangan guru-guru secara amnya.

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)dan Falsafah Pendidikan Islam.

"Menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara kearah kebaikkan dunia dan akhirat".

Sumber: Lapuran Tahunan Pendidikan Kemnterian Pendidikan Malaysia, 1996

Bagi mencapai maksud dan matlamat FPK dan FPI ini, guru-guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang berwawasan dan bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar para guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang berwawasan dan bertamadun tinggi.

Dengan penghayatan FPK dan FPI guru sewajarnya sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada pelajarnya sama ada mereka mahu menerima atau tidak. Di samping itu, para guru perlu peka dengan perubahan semasa (keadaan sekeliling) dan dan bijak menyesuaikan diri bagi menangani masalahpengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada keseluruhannya guru adalah pakar, arif atau profesional dalam segala bidang.

Menurut Robiah (1998) Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah.

Seorang guru bukan sahaja berkemahiran mengajar, mendidik dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri juga harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional.

Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz,1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu memahami dan mematuhinya.

Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau disamping salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.

Menurut (Najib,1977) Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji semula.

Penghayatan dan pengamalan EPP di kalangan para guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dan terus dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan tanggungjawab seorang guru sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah pun dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti

berikut;

“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan .... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru dengan ini mempunyai beban yang berat untuk dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai guru, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat kurang. Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan.

1.1 Latar belakang Kajian

Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di kalangan 40 orang responden guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruandi kalangan guru-guru secara amnya.

1.2 Penyataan Masalah

Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan sebagainya.profesion keguruan telah mengorak langkah bagi menyaingi kehendak semasa khususnya dalam bidang pendidikan ke arah negara maju pada tahun 2020.

Bagi merealisasikan wawasan tersebut, beberapa langkah telah di ambil bagi mengatasi masalah yang timbul seperti memupuk semangat guru dalam memartabatkan profesion keguruan, memupuk dan menyemai minat dan keyakinan guru terhadap etika dalam komunikasi terhadap murid khususnya di sekolah . Guru-guru yang telah mendapat latihan ikhtisas diminta mengadaptasikan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mereka dan di jadikan sebagai fasilitator kepada murid - murid . Oleh yang demikian etika profesion keguruan dapat memberikan impak yang maksimum kepada pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang akan timbul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana guru berhadapan dengan masalh disiplin murid , tetapi biasanya lebih banyak diperolehi kebaikan dari kelemahan dalam penyampaian ilmu khususnya di peringkat sekolah. Ianya timbul di setiap peringkat daripada pelajar, guru .

1.3 Tujuan Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah

guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor bertanggungjawab melaksanakan amalan EPP yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau; AMALAN ETIKA

PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir

Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap pelajarnya.

1.4.2 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir

Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya.

1.4.3 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya.

1.4..4 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir

Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

1.5 Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diharapkan dapat memberikan jawapan kepada persoalan

kajian yang di kaji berikut:-

1.5.3 Apakah tanggungjawab guru terhadap pelajarnya?

1.5.4 Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesionnya?

1.5.5 Apakah tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negaranya?

1.5.6 Apakah tanggungjawab guru terhadap ibubapa?

1.6 Rasional kajian

Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai

guru, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat kurang. Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan. Disamping itu kajian ini dapat membantu dan memberi kesedaran tentang amalan EPP dikalangan guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti AMALAN ETIKA PROFESION

PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU. Kajian meliputi tanggungjawab guru terhadap pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawatan dan profesion, dan ibubapa. Kajian ini dijalankan di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang yang merupakan sebuah sekolah Gred A (tafsiran Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan). Guru yang terlibat adalah seramai 40 orang.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dilakukan di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang sahaja. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang guru. Mereka terlibat secara langsung dalam kajian ini. Guru yang dipilih dalam kajian ini ialah guru yang mengajar dari darjah satu hingga darjah enam dalam aliran agama.

1.9 Definisi Istilah

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan etika profesional dalam segenap aspek kehidupan. Etika keguruan merujuk kepada,

Profesional keguruan bererti suatu pekerjaan yang mensyaratkan pendidikan tinggi bagi seorang guru yang ditekankan pada pekerjaan mental , iaitu adanya syarat pengetahuan sebagai bahan untuk melakukan kerja secara sistematik, bukan kerja secara biasa (Danin, 2002). Jadi suatu profesional keguruan harus memiliki tiga perkara, iaitu pengetahuan, keahlian, dan akademik. Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran sebagai seorang guru profesion ini di wakili oleh anggota NUTP , maka akhirnya lahirlah NUTP (National Union of Teaching Profession) atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan). NUTP telah berjaya didaftarkan pada Januari 1974 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dewasa ini, NUTP (KPPK) merupakan pelepor pembela nasib kaum guru yang semakin mantap dan berwawasan.

Definisi istilah adalah definasi yang digunakan secara saintifik dalam melakukan kajian ini .Definisi ini penting bagi menjelaskan lagi maksud sebenar kajian ini dijalankan.

Antara perkataan yang akan diberikan istilah ialah :

Penggunaan – Merupakan kata terbitan dari perkataan guna. Menurut Kamus Dewan “guna” bermaksud :

* NUTP : (National Union of Teaching Profession) atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan).

1.10 Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian berbentuk tinjau ini memberikan gambaran tentang pengenalan tentang kajian yang telah dilakukan, latar belakang masalah, persoalan dan rasional kajian di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor dengan menggunakan guru sebagai subjek primer kajian bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.

BAB DUA

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.

2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim)

Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan

Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di pikul oleh orang sahaja. Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain. Diantaranya ialah:-

Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Seorang guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Disamping itu memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di negara ini. ( Datin Seri Rosmah Mansor,2010)

Menghormati masyarakat tempat seorang guru itu berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dengan cara itu dapat menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakatdan memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian seorang guru dengan baik.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Qs. an-Nisaa’ [4]: 58).


Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Di dalam bab ini menghuraikan tentang responden kajian, instrumen yang digunakan, prosedur atau kaedah dan analisis data dapatan.

3.1 Responden kajian

Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai,Pasir Gudang, Johor. Guru yang terpilih seramai 40 orang. Mereka merupakan guru seorang lelaki dan 39 orang perempuan. Mengajar dalam darjah 1 hingga 6 bagi pelbagai subjek dalam aliran agama. Sebahagian responden telah berkahwin, sebahagian lagi belum berkahwin. Mereka terdiri dari guru yang mengajar lebih daripada 5 tahun pengalaman mengajar. Sebahagian besar mendapat Sijil Perguruaan Asas manakala selebihnya lain-lain pendidikan


3.2 Instrumen Kajian

Formula yang diguna pakai adalah berdasarkan formula oleh Krejcie danMorgan (1970). Seramai 40 orang guru terpilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini telah memberi maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan.


3.3 Prosedur atau Kaedah penyelidikan

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A mengandungi item-item demografi responden. Bahagian B pula mengandungi 25 item yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada empat objektif kajian yang ingin dikaji. Semua amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur menggunakan skala Setuju, Tidak Setuju dan Tidak Pasti.

3.4 Analisis data

Semua Kerja-kerja pengumpulan data dan pemprosesan data dijalankan sendiri oleh semua penyelidik. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan Microsoft Window Excel dan dianalisis dalam bentuk keperatusan.

BAB EMPAT

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah keputusan kajian

4.1 Maklumat Responden

Seramai 39 (97.5%) responden adalah terdiri daripada guru perempuan dan 1 orang (2.5%) adalah guru lelaki. Dari jumlah tersebut didapati seramai 35 orang (79.2%) adalah terdiri daripada mereka yang telah berkeluarga dan selebihnya iaitu seramai 5 (20.8%) adalah mereka yang masih bujang. Dari segi pengalaman mengajar sebanyak 37.5% orang responden mempunyai pengalaman mengajar melebihi 11 tahun, 4.2% berpengalaman mengajar melebihi 21 tahun dan 41.6% responden berpengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun. Dari segi taraf pendidikan seramai 83.3% sampel mempunyai Sijil Perguruan Asas, manakala 4.2% mempunyai lain-lain kelayakan. Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara langsung terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP)

4.2 Objektif Kajian 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya.

Jadual 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya.

Bil

Item Soalan

Tak setuju

Tak pasti

Setuju

1

Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan potensi rohani mereka.

10 %

40%

50%

2

Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi intelek mereka.

5%

60%

35%

3

Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk kepentingan muridnya.

10%

45%

45%

4

Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan diri sendiri.

5%

50%

45%

5

Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-hebohkan.

2%

10%

88%

Purata

6.4%

41%

52.6%

Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek tanggungjawab guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat peratusan persetujuan yang tinggi iaitu sebanyak 52.6%

Graf di atas menunjukkan peratus kenyataan dari responden tentang tanggungjawab guru terhadap pelajarnya. Secara keseluruhan 52% responden faham dan mengamalkan tanggungjawab terhadap pelajar manakala 41% masih tidak pasti dan 6% tidak setuju dengan beberapa item soalan tanggungjawab guru terhadap pelajarnya.

4.3 Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion

Jadual 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion.

Bil

Item Soalan

Tak Setuju

Tak Pasti

Setuju

1

Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

35%

50%

15%

2

Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral dalam profesion perguruan.

0%

10%

90%

3

Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan agama.

0%

10%

90%

4

Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat secara tidak sopan.

5%

15%

80%

5

Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

0%

5%

95%

6

Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan kecekapan saya.

43%

24%

33%

7

Hubungan Interpersonal yang baik dikalangan guru-guru menjamin keberkesanan P&P.

4%

23%

77%

8

Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan kewajipan sekolah.

2%

23%

75%

Purata

9.9%

20%

67.5%

Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion menunjukkan lebih kurang 67.5% responden memberi persetujuan bahawa mereka mempunyai tanggugjawab yang tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion. Perkara ini disokong dengan dapatan item 14, 12 dan 1 yang masing-masing mendapat peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan yang agak rendah bagi item 2 dengan peratusan sebanyak 33%.

Graf 2 menunjukkan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Hanya 9.9% responden tidak bersetuju dengan beberapa item soal selidik, manakala 20% tidak pasti dengan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Kesimpulannya 67.5% amat bersetuju dengan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri.

4.4 Objektif Kajian 3 : Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara.

Jadual 3 : Tanggungjawab Guru terhadap Masyarakat dan Negara.

Bil

Item Soalan

Tak setuju

Tak ingat

Setuju

1

Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan keturunan.

3%

15%

82%

2

Saya memberikan sepenuh perhatian dalam pengajaran tanpa mengira kaum.

5%

27%

68%

3

Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai harta awam.

0%

15%

85%

4

Sebagai menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan walau sebagai ahli biasa.

5%

43%

52%

5

Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan keluarga.

10%

52%

38%

6

Dalam proses P&P saya mementingkan nilai moral.

23%

27%

50%

7

Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

2%

31%

47%

Purata

6.9%

30%

60.2%

Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden memberikan komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. Ini dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat peratusan melebihi 60% persetujuan responden. Manakala bagi keseluruhan dapatan pula peratusan menunjukkan sejumlah responden bersetuju mereka mengamalkan perlakuan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

Graf 3 menunjukkan keputusan peratus responden terhadap tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. 62% responden sangat bersetuju dengan tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, manakala 31% masih berada di tahap tidak pasti dan 7% responden tidak bersetuju.

4.5 Objektif Kajian 4 : Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu bapa

Jadual 4 : Tanggungjawab Guru terhadap Ibu bapa.

Bil

Item Soalan

Tak setuju

Tak pasti

Setuju

1

Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah.

0%

23%

77%

2

Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan persahabatan.

43%

23%

34%

3

Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak yang sering melanggar disiplin sekolah.

8%

21%

71%

4

Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar kepada ibubapa mereka untuk diambil tindakan segera.

3%

12%

85%

5

Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

3%

17%

80%

Purata

11.4%

19.2%

69.4%

Jadual 4 meleporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa. Daripada analisis kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap ibu bapa dengan peratus persetujuan keseluruhan sebanyak 69.4% %. Bagi item-item tertentu seperti item 22 mendapat persetujuan 85% daripada responden. Secara amnya memang responden mempunyai amalan dan sikap tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar bagi merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan juga masyarakat.

Graf 4 menunjukkan peratus keputusan responden yang terdiri daripada Guru-guru Sekolah Agama Kota Masai tentang tanggungjawab guru terhadap Ibu bapa. 69% responden bersetuju dengan tanggungjawab, akauntabiliti dan obligasi guru terhadap ibu bapa. 19% masih berada di tahap tidak pasti dengan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan 12% tidak bersetuju dengan beberapa tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Kesimpulannya, secara keseluruhan 78% responden bersetuju dengan empat objektif kajian ini iaitu amalan etika profesion perguruan dalam kalangan guru-guru Kota Masai. Responden lebih cenderung bersetuju dengan tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat dan profesion, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta terhadap ibu bapa.

BAB LIMA

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan

Bab ini menerangakan kesimpulan dapatan dan cadangan yang dapat dinyatakan berdasarkan kajian tinjauan ini.

5.1 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ini telah mengamalkan etika

profesion perguruan dalam kadar sederhana yang merangkumi aspek tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.

Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 52.6 % guru bertanggungjawab terhadap pelajar, 60.2% guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 67.5% guru bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 64.9% guru bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-guru masih kurang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya kemungkinan mereka sekadar percaya tugas mendidik para pelajar adalah amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa sahaja.

Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan daripada

umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, tetapi masih ada juga segelintir golongan guru bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Persoalan sering ditimbulkan , Mengapa perkara sebegini masih berlaku? Siapakah perlu dipersalahkan? Dan apakah tindakan sewajarnya perlu dilakukan?

5.2 Cadangan

Cadangan yang wajar diterapkan sebagai penyelesaian

5.2.1 Pihak pentadbir sekolah dan pentadbir masyarakat setempat meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh warga sekolah merangkumi guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar serta masyarakat setempat.

5.2.2 Mengadakan kursus kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam proses pengajaran, pembelajaran dan rakan sejawat serta masyarakat setempat.

5.2.3 Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.

5.2.4 Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar.Seperti pepatah “Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.”.

BIBLIOGRAFI

Krejcie, R. V. & D. W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement. 30(3): 607-610.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najib Tun Razak. 1971. Kod Etika Perguruan Kita Sudah Profesional. Utusan Malaysia, 07 Mei 1995.

Pendidikan 35: 34.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal

Lampiran

Amalan Etika Perguruan Dikalangan Guru-guru Sekolah Agama Taman Kota Masai.

BAHAGIAN A

MAKLUMAT RESPONDEN

ARAHAN : Tandakan betul ( / ) pada jawapan anda.

1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Status

Berkahwin Bujang

3. Pengalaman mengajar

Lebih 11 tahun 21 tahun ke atas 5 hingga 10 tahun

4. Taraf pendidikan

Sijil Perguruan Asas Lain-lain kelayakan

BAHAGIAN B

ARAHAN : Tandakan betul ( / ) pada jawapan PILIHAN anda.

Bil

Item Soalan

Tak Setuju

Tak Pasti

Setuju

1

Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan agama.

2

Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan kecekapan saya.

3

Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

4

Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk kepentingan muridnya.

5

Saya menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan walau sebagai ahli biasa.

6

Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

7

Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan keturunan.

8

Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan potensi rohani mereka

9

Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan diri sendiri.

10

Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan keluarga.

11

Saya memberikan sepenuh perhatian dalam pengajaran tanpa mengira kaum.

12

Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

13

Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat secara tidak sopan.

14

Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral dalam profesion perguruan.

15

Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai harta awam.

16

Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan kewajipan sekolah.

17

Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi intelek mereka.

18

Hubungan Interpersonal yang baik dikalangan guru-guru menjamin keberkesanan P&P.

19

Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak yang sering melanggar disiplin sekolah

20

Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-hebohkan.

21

Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan persahabatan.

22

Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar kepada ibubapa mereka untuk diambil tindakan segera.

23

Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah.

24

Dalam proses P&P saya mementingkan nilai-nilai moral.

25

Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Purata

No comments:

Post a Comment

Post a Comment