Monday, June 25, 2012

AMALAN BERMAZHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM


ISI KANDUNGAN

BAB 1 Konsep Mazhab Menurut Islam                                                                
1.1     Definisi Mazhab                                                                                     2
1.2     Keperluan Amalan Bermazhab                                                           3
1.3     Sejarah Amalan Bermazhab                                                                4
1.4     Aliran Mazhab di Malaysia Menurut perspektif Jabatan Agama
Johor                                                                                                       5

BAB 2    Analisa Data
            2.1  Metodologi Kajian                                                                                  7
            2.1  Analisis Data Temubual                                                                        9

BAB 3  Perbincangan
            3.1  Latar belakang Responden                                                                   14
3.2  Konsep Amalan Bermazhab                                                                 15
            3.2 Langkah Mewujudkan Persefahaman Dikalangan Pelbagai             15
                  Mazhab
            3.3 Pandangan Terhadap Fahaman Wahabi                                             17

BAB 4  Kesimpulan                                                                                                  19

BIBLIOGRAFI                                                                                                         20
LAMPIRAN










KONSEP MAZHAB MENURUT ISLAM

1.1    Definisi Mazhab

Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.
Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam.
Mazhab dari sudut bahasa boleh didefinisikan sebagai ” jalan ” atau ” the way of ” .  Menurut Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan yang utama iaitu dari aspek akidah dan dari aspek fiqh.1 

Mazhab akidah merupakan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya.  Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi’ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Setiap kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa  sahaja yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya.  Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hambali.

1.2    Keperluan Amalan Bermazhab

Huraian konsep bermazhab dalam kertas kerja ini adalah merupakan huraian konsep taqlid dalam pengajian Usul Fiqh. Istilah bermazhab diguna pakai kerana ia lebih mudah untuk difahami dalam konteks amalan bermazhab di negara kita. Setiap individu atau negara dikatakan bermazhab dengan sesuatu mazhab tertentu kerana ia menerima pakai atau bertaqlid kepada mazhab tersebut. Oleh itu bermazhab adalah membawa maksud bertaqlid kepada mazhab yang dipegangi.

Mazhab adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud: “cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam, iaitu seperti: mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Manakala perkataan bermazhab (mazhabiyyah) sebagaimana yang ditakrifkan oleh Said Ramdhan al Buti membawa maksud seseorang awam atau orang yang tidak sampai ke tahap mujtahid berpegang atau mengikut (taqlid) mana-mana aliran Imam Mujtahid samada dia berpegang dengan seorang mujtahid sahaja atau berindah-pindah antara satu mujtahid ke mujtahid yang lain dalam ikutannya itu. Takrif ini adalah hampir sama dengan takrif taqlid dalam pengajian Usul Fiqh iaitu mengambil pandangan orang lain tanpa mengetahui dalil.

Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan tersebut yang lebih menepati syarak.
Hasilnya adalah ikhtilaf yang kita lihat pada hari ini. Imam Abu Hanifah lebih condong dalam memilih pendapat Ibnu Mas’ud misalnya dan Imam Syafie lebih kepada Ibnu Abbas. Tidaklah bermakna mereka tidak mengetahui pendapat sahabat-sahabat yang lain.
Jadi, apabila kita melihat terdapat dua pendapat yang berlainan, maka memilih salah satu ke atas yang lain juga dikira sebagai ijtihad kerana ini jualah amalan imam-imam mujtahid yang terdahulu. Dan untuk kita memilih salah satu dari pendapat tersebut kita mestilah mempunyai dalil dan nas yang cukup di samping mengetahui kesemua dalil dan nas, pro dan kontra masalah berkenaan.
1.3    Sejarah Amaln Bermazhab
Perbezaan pendapat atau hukum adalah perkara biasa dalam mana-mana perundangan yang mana diasaskan kepada amalan serta adat resam mereka, kerana amalan atau adapt resam itu berbeza mengikut cara berfikir manusia yang berbeza. (Dr Kassim Salleh 1989)

Ketika Rasulullah SAW masih hidup, perbezaan dan percanggahan pendapat tidak wujud sama sekali keran sekiranya terdapat persoalan yang timbul, mereka akan segera meminta penjelasan dari Rasulullah SAW dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW akan diikuti oleh para sahabat. Namun apabila baginda telah wafat dan dimana wahyu telah terputus, yang masih tertinggal dikalangan umat Islam ketika itu ialah al-Quran dan As-sunnah yang menjadi pegangan umat Islam dalam memutuskan sesuatu hukum. jika sebelum ini mereka akan mendapatkan pandangan dari Rasulullah SAW, tetapi pada masa ini, mereka terpaksa menggunakan kaedah pengambilan hukum yang lain sama ada dengan menemui para sahabat Rasulullah SAW, Ijma’ , dan Al-Qias.

Selepas zaman sahabat Rasulullah berakhir, muncul pula zaman tabi’in. Pada masa ini telah wujud pusat-pusat pengajian yang terkenal seperti di Kufah, Hijaz dan Mesir. Setiap orang alim ini akan dikelilingi oleh murid-murid mereka untuk mempelajari hadis dan mengembangkan di seluruh pelusuk daerah. Pada masa ini, lahirlah Imam Abu Hanifah di Kufah, Madinah sementara Imam Malik pula di Awza’e di Syam dan Al- Laith bin Sa’ad di Mesir. Kemudian selepas itu, datang pula peringkat kedua iaitu Imam As-Syafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Daud bin Ali. Selepas itu, masih ada zaman ijtihad lagi tetapi kemudiannya umat Islam mula cenderung untuk mengikuti mazhab yang telah disusun oleh para imam muktabar tersebut. ketika itulah lahir para pengikut mazhab-mazhab empat yang terkenal iaitu Hanbali, Hanafi, Syafie dan Maliki. (Dr Kassim Salleh 1989).

1.4 Aliran Mazhab di Malaysia Mnurut Perspektif Jabatan Agama Johor
Pada umumnya Kerajaan Malaysia khusunya Jabatan Agama Islam Johor hanya mengalakkan umat Islam di Malaysia menganut satu mazhab sahaja iaitu Mazhab Syafie. Hal ini bagi memudahkan Jabatan Agama Islam untuk menyelia dan mengawal umat Islam di Malaysia ini. Selain itu, umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Johor ini sejak dahulu lagi telah berimamkan Imam Syafie dalam kehidupan seharian mereka, maka kerajaan khasnya Jabatan Agama Islam Johor ingin meneruskan kesinambungan yang sudah sekian lama dianuti oleh masyarakat disini hanya berpegang kepada Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah berimankan Mazhab Syafie.

Tetapi bagi mereka yang telah mengamalkan mazhab Ahli Sunnah yang lain contohnya orang-orang India muslim yang mengamalkan Mazhab Hanafi dari dahulu lagi, mereka bebas untuk mengamalkan mazhab tersebut dan diberi kemudahan yang sepenuhnya untukmereka khususnya di masjid dan surau yang khusus bagi mereka. Disamping itu kerajaan Malaysia memberi sakongan yang sepenuhnya kepada mereka yang ingin mengambil guru-guru mereka dari India untuk mengajar di sini dan permohonan Visa mereka akan dipermudahkan bagi tujuan tersebut.

Kerajaan Malaysia khasnya Jabatan Agama Islam Johor tidak menggalakkan orang-orang Melayu untuk menganuti Mazhab Wahabi kerana memandang golongan ini adalah membawa kepada pepecahan dalam masyarakat Islam di sini. Mereka didakwa sebagai golongan yang ekstremis yang tidak mahu bertoleransi dengan para penganut yang mengikuti mazhab yang empat. Menurut Timbalan
Pengarah Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Hj. Masa’ari bin Tiba’ golongan ini sudah wujud di Malaysia sejak tahun 80-an lagi dan mula mencari pengaruh dikalangan orang-orang muda dan juga golongan yang tua. Di Johor pula, ia mula dikesan di daerah Batu Pahat dan semakin berkembang di semua kawasan di negeri Johor ini. Rasional Jabatan Negeri Johor tidak membenarkan Mazhab Wahhhabi ini tersebar adalah kerana banyak masalah-masalah dan kes-kes yang timbul berpunca daripada pengikut mazhab yang tersebut yang sangat ekstremis.

Menurut beliau banyak kes yang melibatkan golongan ini yang menimbulkan ketidak tenteraman dalam masyarakat seperti pergaduhan dalam keluarga, suami isteri bergaduh, anak menderhakai bapa kerana menganggap segala amalan yang dilaksanakan oleh bapanya selama ini adalah tidak sah dan sia-sia kerana mengamalkan bidaah. Rentetan dari peristiwa inilah Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak membenarkan umat Islam di negeri ini untuk mengikuti Mazhab Wahhabi dan para pendakwah Mazhab ini akan ditangkap jika dia didapati mengajar kepada masyarakat tentang fahaman mazhab tersebut. Setakat ini belum ada undang-undang atau enakmen yang khusus untuk menangani mazhab tersebut tetapi kerajaan negeri Agama Islam Johor menggunakan enakmen guru-guru tidak bertauliah yang mana-mana sahaja yang mengajar tanpa permit akan ditangkap dan dibicarakan kerana kesalahan tidak mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Johor. Setakat ini, menurut Hj. Masa’ari Jabatan Agama Islam Johor telah membuat beberapa tangkapan berhubung guru-guru yang mengajar fahaman Wahhabi kepada masyarakat. Dikalangan guru-guru tersebut ada yang berijazah dari Universiti Timur Tengah dan juga yang tidak mempunyai ijazah dalam bidang agama didapati mengajar fahaman Wahhabi tersebut secara illegal.






ANALISA DATA
2.1 Metodologi Kajian
            Metodologi kajian yang terbaik ialah dimana ia dapat memudahkan proses pengumpulan data secara maklumat untuk dianalisa dan seterusnya dinilai ke arah pembentukkan cadangan. Metodologi adalah amat penting dalam sesuatu kajian. Pemilihan metodolgi kajian yang tepat serta perancangan yang teliti dapat melancarkan satu lagi proses penyelidikkan yang digunakan dalam kajian ini.

Menurut Mohd. Majid Konting (1990; 32), kaedah penyelidikkan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat untuk mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Cara maklumat itu diperolehi perlulah dengan cara yang paling berkesan dan menggunakan penggunaan perbelanjaan yang paling ekonomik. Bagi kajian ini dua bentuk kaedah penyelidikan akan digunakan iaitu kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan. Dalam bahagian ini juga akan dihuraikan kaedah dan prosedur kajian yang dijalankan.

Kajian ini akan manggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Ini akan diperincikan sebagaimana di bawah;

2.1.1 Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan dibuat adalah pertama untuk menentukan pemilihan tajuk yang bersesuaian dengan penyelidikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tidak ada ‘overlapping’ sama ada dari segi tajuk dan kajian yang telah dijalankan. Kaedah kedua adalah kajian terhadap bahan bacaan iaitu melalui buku-buku ilmiah, keratan-keratan akhbar dan kajian penyelidikan yang terdahulu jika kajian yang seumpamanya telah dibuat.
Selain itu kajian perpustakaan juga bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perbezaan aliran mazhab Ahli Sunnah waljamaah khasnya empat mazhab utama iaitu Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi. Kajian ini juga boleh memberikan kefahaman yang lengkap mengenai sejarah, pengasas dan juga aliran perbezaan yang dibawa oleh keempat-empat mazhab dalam menjelaskan dan membincangkan sesuatu hukum dalam agama Islam.


2.1.2 Kajian Lapangan
Kajian lapangan dibuat adalah bagi membuktikan situasi atau keadaan sebenar benar-benar berlaku di kawasan kajian. Ia sebagai satu pembuktian  penemuan kajian dimana hasil dari kajian lapangan ini akan membantu melengkapkan kajian tugasan ini. Terdapat empat kaedah utama yang akan digunakan dalam kajian lapangan ini iaitu lokasi kajian, populasi dan sampel populasi, dan analisa data akan dilaksanakan.
           
2.1.3  Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sekitar Daerah Kota Tinggi, Johor. Rasional pemilihan lokasi ini adalah kerana mengambil kira faktor-faktor seperti kesesuaian lokasi seperti pejabat pendidikan agama daerah, surau serta sekolah. Oleh itu kajian ini nanti akan memberikan pendedahan dan kefahaman yang benar terhadap perbezaan aliran mazhab kepada  masyarakat sekitar.

2.1.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian dalam penyelidikan ini adalah kakitangan pejabat pendidikan agama, imam surau dan guru-guru di sekolah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi. Rasional pemilihan responden kakitangan dan para guru adalah kerana mengambil kira kepada pengaruh dan kesan yang boleh dimainkan oleh dua kumpulan terbabit dalam mempengaruhi masyarakat sekiranya. Sekiranya kumpulan ini mempunyai kefahaman dan pengetahuan mengenai perbezaan aliran mazhab ia akan membantu kepada kefahaman masyarakat umum khususnya. Para ahli akademik mempunyai pengaruh dan kedudukan yang tersendiri dalam masyarakat dan mereka adalah golongan yang sesuai dalam memberi gambaran sebenar keadaan yang berlaku supaya tidak berlaku pecanggahan dan pertelingkahan dalam masyarakat sekitar.


2.1.5  Jangka Masa Kajian
Kajian ini akan memakan masa selama dua bulan setengah bermula dari 3 Mac 2012  dan berakhir pada 27 Mei 2012.


2.2  Analisis Data Temubual

            Berikut merupakan jawapan setiap soalan bagi lima orang responden yang terpilih dalam kajian ini.

(1)   Apakah pandangan anda tentang konsep mazhab?
-          Mazhab adalah cara hidup dalam sesuatu mazhab
-          Mazhab adalah cara berfikir atau metode ilmiah yang digunakan oleh seseorang Imam mujtahid dalam mengambil kesimpulan hukum mengenai sesuatu peristiwa berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
-          Mazhab ialah perbezaan pandangan / pendapat dalam sesuatu isu atau masalah feqh.
-          Mengikut sesuatu yang dipercayai serta berkeyakinan untuk melaksanakannya asalkan ianya tidak lari dari panduan Al-Quran dan Sunnah.
-          Sesuatu konsep yang memudahkan seseorang itu membezakan pandangan dan pendapat dalam melaksanakan perintah Allah.

2          Adakah kita perlu mengikut satu mazhab sahaja, atau kita tidak perlu mengikut mazhab tertentu,bahkan hanya perlu mengikut Al-Quran dan sunnah sahaja?
-          Kita perlu berpandukan Al-Quran dan Sunnah
-          Tidak, kita boleh mengikut mana-mana mazhab mengikut keadaan tertentu terutamanya dalam menangani masalah feqah.
-          Kita perlu ikut mazhab tertentu bergantung kepada isu @ permasalahan yang timbul.
-          Sekiranya kita yakin kita mampu memahami mazhab yang lain tidak salah kita mengikutinya yang penting ianya tidak menyimpang dari ajaran Al-Quran dan Sunnah.
-          Tidak, kita perlu mengikut pelbagai mazhab bergantung kepada keadaan dan tempat tertentu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

3.      Adakah dengan berpegang satu mazhab sahaja menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Islam kita atau dengan kata lain adakah dengan wujudnya mazhab-mazhab menyebabkan masyarakat berpecah belah?
-          Walaupun terdapat perpecahan dalam masyarakat, namun amalan bermazhab adalah perlu untuk memudahkan atau kesesuaian dalam kehidupan bermasyarakat.
-          Dengan wujudnya mazhab tidak menyebabkan masyarakat berpecah belah, sebaliknya dengan adanya mazhab merupakan keperluan asasi untuk membolehkan kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
-          Tidak, perbezaan pendapat adalah satu rahmat.
-          Pada saya tidak, ini bergantung kepada seseorang individu itu sendiri pada tahap keyakinan diri sama ada ingin mengamalkan atau tidak setiap mazhab mempunyai tujuan yang sama untuk mencari keredhaan Allah.
-          Hampir sebilangan besar perpecahan umat Islam disebabkan wujudnya pelbagai mazhab kerana setiap mazhab mempunyai pendapat dan pandangan berbeza.

4.      Adakah sesuai kita menggunakan mazhab selain mazhab Syafii dalam permasalahan fiqah atau kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja iaitu mazhab Syafii?
-          Kita perlu banyak belajar untuk pengetahuan tentang perbezaan mazhab dan boleh guna mazhab lain.
-          Ya, kita sesuai menggunakan mazhab lain selain dari mazhab Syafii kerana kita memerlukan kesesuaian yang perlu dipraktikkan oleh setiap manusia dalam menangani permasalahan feqah contohnya dalam berzakat.
-          Kita perlu guna mazhab lain untuk kemaslahatan bersama.
-          Ikut kepada individu itu sendiri. Pada saya sebelum kita ingin mengamalkan satu-satu mazhab yang lain kita perlu memahami konsep mazhab agar kita dapat melaksanakan dengan sempurna.
-          Tidak sesuai, kita perlu menggunakan Mazhab Syafii sahaja dalam permasalahan feqah.

5.      Pada pandangan anda, adakah masyarakat Islam sekarang benar-benar melaksanakan perintah Allah SWT dalam kehidupan seharian mereka mengikut mazhab Syafii?
-          Masyarakat sekarang tidak sama seperti masyarakat zaman saya dahulu.
-          Pada pandangan saya, masyarakat sekarang kebanyakkannya tidak memahami dan mendalami sesuatu mazhab itu dengan lebih telus., justeru mayarakat kita masih ada yang mengamalkan beberapa perkara dalam melaksanakan perintah Allah mengikut beberapa mazhab.
-          Tidak, masyarakat Islam sekarang tidak semuanya melakukan perintah Allah 100%.
-          Ramai yang bertaqlid tanpa mempelajari sesuatu ibadah yang ingin diamalkan serta kurang memahami konsep mazhab Syafii itu sendiri.
-          Pada pandangan saya, masyarakat Islam hari ini tidak benar-benar mengikut Mazhab Syafii dalam melaksanakan perintah Allah, kerana perbuatan maksiat berlaku secara terang-terangan dan banyak lagi masalah lain.

6.      Apakah pandangan anda tentang amalan sebahagian masyarakauntt Islam yang mudah mencampur adukkan antara pelbagai pandangan mazhab dalam sesuatu permasalahan fiqah?
-          Kita boleh belajar dan tahu tentang pandangan mazhab lain tapi tidak boleh campur aduk untk kepentinagan diri sendiri.
-          Pada pandangan saya, bagi mengikut sesuatu amalan atau perkara dalam sesuatu mazhab tersebut perlulah seseorang itu betul-betul menguasai perkara tersebut mengikut mazhab, bukannya sebagai ikutan sahaja dan tidak boleh memandang rendah dalam memahami syariat mazhab tersebut.
-          Ianya boleh asalkan tidak menjadi masalah atau menimbulkan kekeliruan pada diri dan masyarakat.
-          Sepatutnya mereka perlu memahami serta mendalami setiap mazhab yang ingin mereka amalkan agar ibadah yang akan dilaksana lebih sempurna.
-          Pada pendapat saya, masyarakat Islam yang mudah mencampur adukkan pelbagai pandangan mazhab adalah mereka yang tidak ada ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah feqah.

7.      Apakah cadangan anda bagi memastikan masyarakat Islam di Negeri Johor melaksanakan perintah Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian mereka?
-          Ibu bapa perlu memainkan peranan pnting untuk elak pelbagai masalah sosial, untuk bentuk masyarakat yang patuh perintah Allah.
-          Masyarakat Islam hendaklah diberi pendedahan dalam melaksanakan hukuman atau mewujudkan hukuman yang bersesuaian dengan perilaku masyarakat agar bertepatan dengan hadis Nabi ”Amar Ma’ruf Nahi Munkar”
-          Melaksanakan banyak program keislaman serta perlu kerjasama dari semua pihak sama ada dalam bentuk kewangan, pentadbiran , pengurusan dan tenaga kerja.
-          Mengamalkan serta memahami sepenuhnya panduan serta ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah.
-          Cadangan saya ialah kita perlu memperbanyakkan lagi ceramah-ceramah agama tentang kebesaran Allah, kemuliaan Nabi Muhammad dan balasan atau dosa mengingkari perintah Allah.

8.      Tema Maulidur Rasul tahun ini ialah ” Perefahaman asas perpaduan ummah”. Pada pandangan tuan, bagaimanakah kita boleh mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat yang mengikut pelbagai mazhab? Contohnya dalam masalah fiqah ada yang mengikut mazhab Syafii dan ada yang mengikut mazhab Hanafi. Dalam masalah aqidah pula ada yang mengikut cara sifat 20 dan ada pula yang mengikut cara wahabi.
-          Bersatu padu, kerjasama dalam semua perkara kebaikan , menolak kemungkaran.
-          Memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dan generasi kita melalui masjid, jabatan kerajaan, NGO Islam. Tidak menjadikan sesuatu isu yang berlaku sebagai suatu permasalahan yang boleh menyebabkan permusuhan dan perpecahan umat Islam.
-          Kita boleh mewujudkan persefahaman walaupun berlainan mazhab, namun dalam masalah aqidah kepercayaan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah yang penting kerana berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
-          Pada saya apabila kita ingin melakukan sesuatu atau mengikut sesuatu mazhab yang lain kita perlu memahaminya terlebih dahulu agar ibadah kita itu sah dan apabila ingin melaksanakan ibadah perlu mengikut panduan dari Al-Quran dan hadith sepenuhnya agar kita sentiasa dalam redha-NYA. Amin...
-          Kita boleh mewujudkan persefahaman antara masyarakat yang mengikut pelbagai mazhab dengan cara masyarakat tersebut menerima pandangan / pendapat mazhab lain.

9.      Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan wahabi? Adakah orang yang mengikut wahabi itu sesat? Kenapa anda berpendapat begitu.
-          Wahabi adalah ajaran yang menolak 20 sifat wajib bagi Allah. Golongan ini mudah untuk mengkafirkan orang yang tidak bersekongkol dengan fahaman mereka.
-          Wahabi dalah satu golongan masyarakat yang menolak amalan-amalan yang baik yang disepkati oleh ulama dalam bidang aqidah dan cabang-cabang lain. Golongan ini juga menentang perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi, menidakkan pengajian sifat 20 dan lain-lain. Namun begitu pada pandangan saya, ada perkara dalam wahabi itu yang betul, cumanya apabila dicanpur adukkan menjadikan ia semakin sulit dan boleh mencetuskan perkelahian diantara masyarakat.
-          Saya kurang mengetahui tentang fahaman wahabi.
-          Wahabi- orang Islam (golongan) . Ia sesat – Wallahua’lam, Kenapa? Selagi mereka berbaik kepada Allah dan Rasul-NYA maka selagi itulah mereka masih beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.
-          Saya kurang faham tentang wahabi.

PERBINCANGAN

3.1  Latar belakang Responden
Bab ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperoleh dari kajian lapangan. Fokus perbincangan bab ini adalah berdasarkan kepada analisa yang dijalankan ke atas maklumat-maklumat yang diperoleh daripada temubual yang telah dijalankan. Temubual  ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan dengan meklumat latar belakang responden, bahagian B berkaitan dengan pendapat  responden tentang amalan bermazhab.

Bahagian ini menggunakan maklumat latar belakang responden iaitu tarikh,waktu serta tempat temubual, umur, jantina, kelulusan akademik dan pekerjaan.

Responden
Tarikh
Masa
Tempat
Jantina
Umur
(tahun)
Kelulusan
Akademik
Pekerjaan
1
17.04.12
2.00 ptg
Surau Bkt Waha
Lelaki
41-50
SPM
Imam Surau Bkt Waha
2
26.04.12
4.00 ptg
Bdr Mas
Lelaki
31-40
Diploma
Guru Besar
3
08.05.12
10.30 pg
PPAD
Perempuan
20-30
Ijazah Sarjana Muda
Pen. Pegawai Pendidikan
4
17.05.12
3.00 ptg
Sek. A Bdr Penawar
Lelaki
31-40
Diploma
Guru Agama
5
18.05.12
2.00 ptg
Sek Keb Bdr Mas
Lelaki
20-30
Ijazah Sarjana Muda
Guru







3.2  Konsep Amalan Bermazhab
           
            Secara umumnya semua responden faham mengenai konsep amalan bermazhab yang mempunyai pandangan, pendapat yang berbeza pada sesuatu permasalahan atau isu dalam bab feqah namun mempunyai tujuan dan hala tuju yang sama serta tidak boleh lari dari landasan sumber utama Al-Quran dan Sunnah. Mazhab utama yang muktabar terdiri daripada empat ulama iaitu Mazhab Hanafi, Hanbali, Syafii dan Maliki.
            Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut akidah dan dari sudut fiqh. Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.  Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi‘e dan Mazhab Hanbali.
            Mazhab fiqh pula, bererti jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempuh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.

3.3  Langkah Mewujudkan Persefahaman Dikalangan Pelbagai Mazhab
           
            Terdapat beberapa cadangan dari responden tentang langkah-langkah untuk mewujudkan persefahaman dan kesepakatan untuk memupuk kesepaduan dalam masyarakat Islam pada hari ini walaupun dalam kelompok mazhab yang berbeza. Antaranya ialah :
(a)    Bersatu padu, kerjasama dalam semua perkara kebaikan , menolak kemungkaran.
(b)   Memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dan generasi kita melalui masjid, jabatan kerajaan, NGO Islam. Tidak menjadikan sesuatu isu yang berlaku sebagai suatu permasalahan yang boleh menyebabkan permusuhan dan perpecahan umat Islam.
(c)    Kita boleh mewujudkan persefahaman walaupun berlainan mazhab, namun dalam masalah aqidah kepercayaan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah yang penting kerana berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
(d)   Pada saya apabila kita ingin melakukan sesuatu atau mengikut sesuatu mazhab yang lain kita perlu memahaminya terlebih dahulu agar ibadah kita itu sah dan apabila ingin melaksanakan ibadah perlu mengikut panduan dari Al-Quran dan hadith sepenuhnya agar kita sentiasa dalam redha-NYA.
(e)    Kita boleh mewujudkan persefahaman antara masyarakat yang mengikut pelbagai mazhab dengan cara masyarakat tersebut menerima pandangan / pendapat mazhab
lain.
Rajah : Langkah-langkah Mewujudkan Persefahaman Dalam Kalangan
            Masyarakat Pelbagai Mazhab

3.3  Pandangan Terhadap Fahaman Wahabi
Menurut hasil temubual yang dilakukan terdapat dua orang responden yang masih kurang arif dan mengetahui tentang fahaman wahabi. Mereka pernah mendengar tentang wahabi namun tidak dapt menghuraikan dengan lebih lanjut tentang iqtikad, ciri-ciri golongan wahabi ini. Namun demikian tiga orang responden yang lain dapat memberikan pendapat mereka tentang fahaman wahabi ini. Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi adalah:

(a) Dari Sudut Aqidah:

1. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
2. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20
4. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

5. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.


(b) Dari Sudut Fiqh:
1.      Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
2.   Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
3    Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll
4. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.












KESIMPULAN

Perbezaan faham atau perbezaan aliran mazhab dalam Islam adalah satu fenomena yang berterusan di mana tidak mungkin dan tidak mampu bagi umat Islam ketika ini untuk mewujudkan satu aliran yang boleh diikutii oleh umat Islam seluruhnya. Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketegangan dan perselisihan yang sememangnya tidak dibenarkan dalam syariah Islam dalam yang mulia ini. Kewujudan aliran mazhab yang sedikit ekstrem dalam pembawaanya yang mendakwa diri mereka adalah paling benar sedikit menggugat keharmonian dan ketenteraman umat Islam . Wahabi merupakan salah satu contoh fahaman yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan ketenteraman umat Islam. Umat Islam di sini yang sekian lama disuburkan dengan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah bermazhabkan mazhab Syafie menjadi sedikit terganggu dan tidak kurang sebahagian kecil umat Islam dipengaruhi oleh aliran yang berbeza ini. Kita perlu jernihkan kembali keadaan ini dengan memberika kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk memastikan umat Islam terus bersatu. Peningkatan ilmu agama berteraskan al-Quran dan Assunnah serta pendedahan yang meluas mengenai perbezaan aliran mazhab dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan keharmonian dan ketenteraman berterusan umat Islam.


BIBLIOGRAFI

Abdul Hadi Awang, (______) , Fahaman Dan Ideologi Umat Islam :  Kuala Lumpur.

PM Dr Hussin Bin Salamon, (______) Kajian Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Ke Atas Kesatuan Masyarakat Islam Kajian Kes : Pelajar Dan Staf UTM : Pusat pengurusan Penyelidikan UTM, Skudai.




           

No comments:

Post a Comment