ISI KANDUNGAN
1.0
Pengenalan
2.0
Sinopsis Buku Khutbah Terakhir Rasulullah
3.0
Kelebihan dan Kekurangan
4.0
Penutup
5.0
Lampiran
1.0
Pengenalan
Buku yang
menjadi pilihan ialah sebuah buku tentang Nabi Muhammad yang bertajuk “Khutbah
Terakhir Rasulullah” karya Ibnu Rijal terbitan Mustread Sdn. Bhd. Buku ini
mempunyai sepuluh bab isi kandungan disertai pengenalan dan penutup yang sangat
baik gaya bahasanya. Penulis begitu tertarik dengan keindahan plot serta gaya
bahasa dan isi kandungan dalam khutbah terakhir Rasulullah. Lalu mata penulis
tertumpu pada bait patah dalam khutbah ini yang mana baginda Nabi SAW menyebut
:
“ … semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku…”
Penulis cuba
untuk menyahut harapan dari Nabi Muhammad SAW
yang tercinta iaitu untuk mengkaji isi kandungan dalam khutbah terakhir
ini. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kisah-kisah pengjaran dari para
sahabat ternyata hasilnya sangat memmberi manfaat kepada pembaca buku ini.
Subhanallah..betapa hebatnya dan berhikmahnya kata-kata Rasulullah kerana ianya
mencakupi skop-skop tauhid, ibadah, muamalat, siasah, munakahat, akhlak dan
lain-lain.
Semasa memilih
untuk membeli buku menyiapkan tugasan yang diberikan, mata dan hati saya
tertarik dengan buku ini pada muka hadapannya dan isi kandungannya yang dibaca
secara ringkas. Secara jujurnya, baru empat muka surat membaca buku ini, tanpa
disedari airmata saya mengalir tiba-tiba, dada menjadi sebak apabila membaca
tentang pengorbanan dan kasih sayang Nabi Muhammad terhadap umatnya sedangkan
kita pada hari ini mengambil mudah tentang perjuangan Nabi Muhammad.
Saya terus
mencari maklumat tentang penulis buku ini. Pada pendapat saya, beliau bijak
menggunakan kisah tauladan pengajaran serta garapan gaya bahasa yang boleh
membuatkn pembaca benar-benar tersentuh emosi dengan kehebatan Rasulullah SAW.
2.0
Sinopsis Buku Kutbah Terakhir Rasulullah
Sebelum
memulakan isi kandungan, penulis telah membawakan kisah doa Nabi Musa kepada
Allah tentang kelebihan Nabi Muhammad dan umatnya (Ia Milik Ahmad).
Kemudian dipaparkan petikan khutbah penuh Rasulullah yang terakhir yang
disampaikan pada 9 Zulhijah tahun ke 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Penulis telah
menggunakan potongan ayat dari khutbah Rasulullah SAW satu persatu disertai
dengan maksud dan huraian dilengkapkan dengan kalimah suci Allah disertai
dengan isu semasa yang bersesuaian serta pengajaran dari kisah hidup Rasulullah
SAW dan para sahabat.
Rasulullah SAW
sendiri mengakui bahawa baginda tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada
masa hadapan, melainkan dengan kehendak Allah SWT. Takdir adalah hak abadi Allah SWT dimana kita
perlu percaya kepada qada’ dan qadar yang ditentukan kepada kita. Sebagai
manusia kita perlu faham dan mengamalkan konsep redha. Ketekunan kewajipan
bedakwah perlu diteruskan dengan memaparkan kisah Imam Bukhari mengumpul hadis
Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah Nabi Muhammad turut mengingatkan silaturrahim
merupakan ukhuwah suci dimana jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci
dan bersih dan jangan menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti
kita. Nabi Muhammad turut mengingatkan bahawa kematian itu sesuatu yang pasti
di mana penulis telah menyelitkan beberapa tanda kematian menurut Imam Ghazali
untuk peringatan para pembaca. Bahaya dan jenis-jenis riba turut dinyatakan
secara ringkas serta peringatan sekali lagi bahawa syaitan merupakan musuh yang
nyata dalam kehidupan manusia seperti menghasut melakukan keburukan, kejahatan,
maksiat, sihir dan lain-lain.
Dalam bab
munakahat dan institusi kekeluargaan, kerukunan rumahtangga amat penting yang
memerlukan kerjasama antara suami isteri dan ahli keluarga yang lain. Sejarah
kedatangan Islam turut membuktikan bahawa Islam telah mengangkat martabat
wanita menjadi mulia dan manusia yang perlu dihormati, diberi layanan dan kasih
sayang yang sewajarnya. Nabi Muhammad merupakan model yang terbaik untuk
dijadikan contoh dalam hubungan kekeluargaan sama ada sebagai anak, anak
saudara, cucu, suami, bapa dan datuk. Kedaulatan Rukun Islam yang perlu
diamalkan dan dilaksanakan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang bertaqwa
kepada Allah. Kalimah keramat iaitu kalimah Syahadah yang dicantumkan nama
Allah syurga. Betapa besarnya peranan kalimah ini hinggakan ianya di angkat
menjadi rukun yang pertama di dalam rukun Islam dan setiap manusia yang ingin
memeluk Islam, kalimah ini menjadi kalimah pertama yang harus ditakrirkan.
Taqwa merupakan sebaik-baik bekal kepada seorang Muslim yang bermaksud takut
untuk menderhakai-Nya. Wasiat penyelamat kepada manusia iaitu Nabi Muhammad
mengingatkan bahawa ditinggalkan kepada kita dua perkara yang sekiranya kita
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kita tidak akan tersesat selama-lamanya
iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah di dalam Al-Quran surah an-Nisa’ :56
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ÍöDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt»uZs? Îû &äóÓx« çnrãsù n<Î) «!$# ÉAqߧ9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ÌÅzFy$# 4 y7Ï9ºs ×öyz ß`|¡ômr&ur ¸xÍrù's? ÇÎÒÈ -
59. Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah
dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu
berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al
Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
3.0
Kelebihan dan Kekurangan
Menurut pendapat saya yang lemah dan serba kekurangan dalam bidang
ilmu ini, buku ini mempunyai banyak kelebihan yang boleh menimbulkan minat muda
mudi untuk membaca buku ilmiah kerana selain isi kandungan khutbah yang berjaya
diolah menjadi perenggan yang berkait antara kisah sebelumnya, ia turut
dilengkapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang turut dinyatakan
perawinya yang perlu dijadikan pedoman dan pegangan kita. Selain menyelitkan
kisah atau cerita tentang Nabi Muhammad SAW atau para sahabat buku ini turut
memberikan maklumat tambahan tentang isi kandungan khutbah Nabi Muhammad SAW
dan dipadankan dengan isu-isu semasa yang berkaitan untuk menjadikan buku ini
perlu dibaca dan dimiliki. Saya sangat tertarik dengan susunan ayat dan gaya
bahasa yang digunakan oleh penulis dalam buku ini menjadikan ia salah satu
kelebihan buku ini saya hebahkan kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya
supaya membeli dan membacanya.
Setelah
membaca dan meneliti buku ini, saya mendapati tidak terdapat sebarang kekurangan
pada buku ini, namun terdapat cadangan penambahbaikan agar hadis Nabi yang
ditulis turut memaparkan hadis dalam bahasa arab dan terjemahannya agar pembaca
dapat membaca hadis Nabi dalam bahasa syurga serta terjemahnnya selain dapat
belajar tentang bahasa arab.
4.0
Penutup
Sebagai
umat Nabi Muhammad yang bertuah ini, kita perlu meneruskan perjuangan baginda
agar ianya tidak terhenti begitu sahaja. Sesungguhnya kata-kata baginda sungguh
mengandungi hikmah dan pengajaran yang cukup besar yang mempunyai makna
tersirat mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia seumpama kesimpulan bagi
ajaran Islam yang dibawa baginda selama 23
tahun menyebarkan dakwah Islamiah. Masih banyak lagi khazanah ilmu yang
tersirat di dalam khutbah terakhir baginda Nabi Muhammad SAW ini yang perlu
kita kaji dan analisis kerana mencari ilmu itu perlu diteruskan tanpa henti.
Bersama kita selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW yang banyak berkorban dan berjuang untuk kita pada hari ini. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment