akak sayang sangat2 kt mak...
restui perjalanan hidup anakmu ini...
tak mampu nk balas jasa insan melahirkan dan membesarkan anakmu ini..
mudah2an mak sihat n bahagia selalu.amin Ya Allah...
Tahukah Anda Terdapat Askar Di Dalam Tubuh Badan
Yang Melindungi Kita Daripada Kuman?
Tempat kita duduk, udara yang kita sedut, benda-benda yang kita pegang penuh dengan kuman dan virus, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kuman dan virus adalah organisma-organisma kecil yang menyebabkan penyakit di dalam badan manusia. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan hilang kekuatan.
Terdapat organisma-organisma lain yang kita tidak dapat lihat. Ia membentuk askar di dalam tubuh kita dan melindungi kita daripada kuman dan virus. Askar ini dikenali sebagai “Sistem Imuniti”.
Sistem imuniti kita terdapat di dalam darah. Sel-sel yang membentuk system imuniti kita dikenali sebagai sel darah putih.
Apabila musuh memasuki badan kita, darah kita bekerja seperti sebuah makmal. Ia dengan segera menghasilkan bahan-bahan khas untuk menentang musuh ini dan menghasilkan lebih banyak sel yang setanding dengan kekuatan musuh. Satu pertempuran sengit berlaku. Kadang kala tentera di dalam badan kita memenangi pertempuran ini tanpa kita menyedarinya dan kuman dan virus mati.
Kadang kala kita dapat merasai pertempuran ini. Kamu nyatakan bagaimana? Apabila kamu demam! Sudah tentu kamu pernah merasai demam mungkin beberapa kali. Iaitu ketika musuh kamu sedang bertempur dengan tentera di dalam badan kamu. Ketika di dalam pertempuran ini, badan kamu menggunakan seluruh tenaganya dan memerlukan lebih. Sekiranya kamu berlari, ketika badan kamu terlibat di dalam pertempuran, kamu akan menggunakan semua tenaga yang diperlukan oleh tubuh kamu untuk bertempur. Di dalam keadaan ini, tentera kamu akan tewas di dalam pertempuran ini dan kamu akan jatuh sakit. Bagaimanapun, apabila kamu demam, selalunya kamu berbaring untuk berehat, dan tentera kamu menggunakan semua tenaga yang ada. Dengan itu, tentera berkemungkinan untuk menang. Apabila suhu badan kita meningkat, badan kita memberikan isyarat “rehat”!
Tahukah kamu apa akan berlaku sekiranya kamu tidak mempunyai system imuniti ini? Sebaik sahaja kita dilahirkan, kuman pertama yang memasuki tubuh kita akan membunuh kita. Kerana Allah amat mengasihi hambanya dan mengambil berat terhadap semua manusia, Dia telah menjadikan semua manusia dengan system imuniti. Seperti yang kita kemukakan di awal buku ini, kita terhutang budi kepada Allah setiap saat kehidupan kita kerana dapat melihat benda-benda yang indah dan menikmati makanan yang lazat. Kerana itulah, kita perlu mengingati Allah setiap ketika dan berkata “Ya Allah, saya bersyukur di atas segala keberkatan yang Engkau berikan kepada ku”.
March 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna
Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.
Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.
1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.
3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?
Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.
Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.
Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)
Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.
Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.
Sekian, semoga dapat sikit ilmu dari perkongsian ini. Sila sebarkan kepada kawan-kawan lain yer. TQ
March 30, 2009
Kutujukan entri ini kepada para pembaca blog ini samaada yang sudah atau belum berkahwin.
Juga kutujukan entri ini khusus untuk adik bongsu ku yang baru saja menamatkan zaman bujangnya. Selamat melangkah ke alam kehidupan cara hidup yang baru wahai adikku. Semoga kalian berdua bersatu hati, bertolong bantu, bertolak ansur dan berbahagia selalu…
Semoga kalian dapat membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT.
Renungkanlah apa yang aku ingin sampai ini : -
(2) Awak perlu juga sedar dan faham bahawa perkahwinan awak dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa, perkahwinan awak tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah awak lakukan kearahnya.
Awak juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan awak terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya.
Sebagai seorang yang beriman dengan qoda’ dan qadar Allah, awak hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh awak dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 17 :-
“Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.
Firman Allah yang bermaksud :-
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At Taubah, 24]
Oleh itu awak mestilah memahami kedudukan awak di sisi pasangan. Awak bukanlah pihak yang pertama di hati pasangan awak.
Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga.
Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa.
Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, awak seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.
(6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain.
Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya awak kepada pasangan awak. Sebagai pakaian, awak diperlukan setiap masa oleh pasangan awak untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan.
Oleh itu awak perlulah menjadikan diri awak sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
(8) Awak perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan awak. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-
“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-
“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami.”
"Selamat pengantin baru"
Sedikit renungan…
Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman & taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci & tinggi kedudukannya di mata manusia & disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra’, puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi & dilindungi.Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra’ dengan Saidina Ali bin Abi Talib ?
*alat menggiling gandum
*bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
*alat penumbuk
*sebuah bekas air
*kulit yang di samak
*sebiji pingganAbu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.
Beliau bertanya, ” Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?
Nabi SAW menjawab : “Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia.”
Wahai pengantin yang paling agung, kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman & amal soleh. Bukan banyaknya harta & kemewahan, keturunan @ pangkat & jawatan. Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk & taat hanya kepada-NYA.
Kepada yang sudah berkahwin, samaada baru atau lama, saya doakan semoga kita semua aman bahagia, hidup sejahtera, penuh ceria dan mendapat rahmat daripada ALLAH sentiasa…amin.