Thursday, March 11, 2010

Makhluk-makhluk yang mengagumkan

Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang
dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat
makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di
dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini
juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami
akan menerangkan sebahagian daripadanya.
Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu
akan terperanjat, dan dalam masa yang sama
kamu akan berkata, “Betapa indahnya
ciptaan Allah”.
Bagaimana Penguin Dapat
Hidup Di Sebuah Benua Beku
Di Kutub Utara?


Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik
kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji
dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah
laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika
bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun
mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf.
Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah
selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang
suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Kutub Selatan
Tambahan pula, penguin tidak
mempunyai kot, baju bulu atau sarung
tangan, dan mereka tinggal di tempat yang
jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka
berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka
tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak
mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di
atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi,
tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa
sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang
sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh
kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa
sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan
sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak
merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya
daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.
Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita
amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa
sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian
tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang
hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin
mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak
seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang
mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur
sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia
berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan
anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan
jauh untuk mendapatkan makanan.


Penguin jantan mengeram
telurnya selama empat bulan
penuh. Ia membawa telur ini di
antara kedua kakinya dan sepanjang
empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah
meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan
membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat
bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya.
Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca
sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin
jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di
kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk
bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka.
Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar
bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir
menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan
kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam
temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu
bapanya membawanya di antara kaki mereka dan
memanaskan badannya dengan tubuh mereka.
Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan
makhluk hebat ini beberapa sifat yang
mengkagumkan. Allah menjadikan penguin
badan yang dapat melindungi dirinya daripada
kesejukan, dan menjadikannya begitu taat
setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka
memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini
telah diberikan kepada penguin berjuta-juta
tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini
tidak berubah walaupun sedikit dari segi
kesetiaannya.


Unta Membawa Tangki Air Di
Belakangnya
Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di
kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah
menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut.
Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di
cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai
kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang
luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam
suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga
apabila kamu keluar bermain.


Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar
500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah
juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta
menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang
panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia
dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang
pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada
tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri.
Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia
dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah
dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.


Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya
daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar
kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta
besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah
telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak
kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu
mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat
membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki
pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di
hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata.
Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia
melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang
paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di
padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin
tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta
merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub.
Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha
Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan
segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang
penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana
ia diciptakan?
(Surah Al-Ghasyiyah:17)


Burung Kolibri
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas
sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan
jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira
dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan
tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan
kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini
melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya.
Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk
menangani tugas yang begitu sukar.
Ketam Yang Dapat Mempertahankan
Diri


Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut.
Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar
biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata
hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuhmusuh
lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut.
Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas
kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat
menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut
melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak
mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan
semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.


Booby, Burung Yang Berenang
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada
jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah
telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas,
supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby
dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk
menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang
pada jarak yang jauh.

No comments:

Post a Comment