Wednesday, January 29, 2014

SINOPSIS KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

ISI KANDUNGAN

1.0    Pengenalan
2.0    Sinopsis Buku Khutbah Terakhir Rasulullah
3.0    Kelebihan dan Kekurangan
4.0    Penutup
5.0    Lampiran
















1.0  Pengenalan
Buku yang menjadi pilihan ialah sebuah buku tentang Nabi Muhammad yang bertajuk “Khutbah Terakhir Rasulullah” karya Ibnu Rijal terbitan Mustread Sdn. Bhd. Buku ini mempunyai sepuluh bab isi kandungan disertai pengenalan dan penutup yang sangat baik gaya bahasanya. Penulis begitu tertarik dengan keindahan plot serta gaya bahasa dan isi kandungan dalam khutbah terakhir Rasulullah. Lalu mata penulis tertumpu pada bait patah dalam khutbah ini yang mana baginda Nabi SAW menyebut :
“ … semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku…”
Penulis cuba untuk menyahut harapan dari Nabi Muhammad SAW  yang tercinta iaitu untuk mengkaji isi kandungan dalam khutbah terakhir ini. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kisah-kisah pengjaran dari para sahabat ternyata hasilnya sangat memmberi manfaat kepada pembaca buku ini. Subhanallah..betapa hebatnya dan berhikmahnya kata-kata Rasulullah kerana ianya mencakupi skop-skop tauhid, ibadah, muamalat, siasah, munakahat, akhlak dan lain-lain.
Semasa memilih untuk membeli buku menyiapkan tugasan yang diberikan, mata dan hati saya tertarik dengan buku ini pada muka hadapannya dan isi kandungannya yang dibaca secara ringkas. Secara jujurnya, baru empat muka surat membaca buku ini, tanpa disedari airmata saya mengalir tiba-tiba, dada menjadi sebak apabila membaca tentang pengorbanan dan kasih sayang Nabi Muhammad terhadap umatnya sedangkan kita pada hari ini mengambil mudah tentang perjuangan Nabi Muhammad.
Saya terus mencari maklumat tentang penulis buku ini. Pada pendapat saya, beliau bijak menggunakan kisah tauladan pengajaran serta garapan gaya bahasa yang boleh membuatkn pembaca benar-benar tersentuh emosi dengan kehebatan Rasulullah SAW.



2.0  Sinopsis Buku Kutbah Terakhir Rasulullah

Sebelum memulakan isi kandungan, penulis telah membawakan kisah doa Nabi Musa kepada Allah tentang kelebihan Nabi Muhammad dan umatnya (Ia Milik Ahmad). Kemudian dipaparkan petikan khutbah penuh Rasulullah yang terakhir yang disampaikan pada 9 Zulhijah tahun ke 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
            Penulis telah menggunakan potongan ayat dari khutbah Rasulullah SAW satu persatu disertai dengan maksud dan huraian dilengkapkan dengan kalimah suci Allah disertai dengan isu semasa yang bersesuaian serta pengajaran dari kisah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat.
            Rasulullah SAW sendiri mengakui bahawa baginda tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan, melainkan dengan kehendak Allah SWT.  Takdir adalah hak abadi Allah SWT dimana kita perlu percaya kepada qada’ dan qadar yang ditentukan kepada kita. Sebagai manusia kita perlu faham dan mengamalkan konsep redha. Ketekunan kewajipan bedakwah perlu diteruskan dengan memaparkan kisah Imam Bukhari mengumpul hadis Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah Nabi Muhammad turut mengingatkan silaturrahim merupakan ukhuwah suci dimana jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci dan bersih dan jangan menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kita. Nabi Muhammad turut mengingatkan bahawa kematian itu sesuatu yang pasti di mana penulis telah menyelitkan beberapa tanda kematian menurut Imam Ghazali untuk peringatan para pembaca. Bahaya dan jenis-jenis riba turut dinyatakan secara ringkas serta peringatan sekali lagi bahawa syaitan merupakan musuh yang nyata dalam kehidupan manusia seperti menghasut melakukan keburukan, kejahatan, maksiat, sihir dan lain-lain.
            Dalam bab munakahat dan institusi kekeluargaan, kerukunan rumahtangga amat penting yang memerlukan kerjasama antara suami isteri dan ahli keluarga yang lain. Sejarah kedatangan Islam turut membuktikan bahawa Islam telah mengangkat martabat wanita menjadi mulia dan manusia yang perlu dihormati, diberi layanan dan kasih sayang yang sewajarnya. Nabi Muhammad merupakan model yang terbaik untuk dijadikan contoh dalam hubungan kekeluargaan sama ada sebagai anak, anak saudara, cucu, suami, bapa dan datuk. Kedaulatan Rukun Islam yang perlu diamalkan dan dilaksanakan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang bertaqwa kepada Allah. Kalimah keramat iaitu kalimah Syahadah yang dicantumkan nama Allah syurga. Betapa besarnya peranan kalimah ini hinggakan ianya di angkat menjadi rukun yang pertama di dalam rukun Islam dan setiap manusia yang ingin memeluk Islam, kalimah ini menjadi kalimah pertama yang harus ditakrirkan. Taqwa merupakan sebaik-baik bekal kepada seorang Muslim yang bermaksud takut untuk menderhakai-Nya. Wasiat penyelamat kepada manusia iaitu Nabi Muhammad mengingatkan bahawa ditinggalkan kepada kita dua perkara yang sekiranya kita berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kita tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah di dalam Al-Quran surah an-Nisa’ :56
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ͐öDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt»uZs? Îû &äóÓx« çnrŠãsù n<Î) «!$# ÉAqߧ9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ß`|¡ômr&ur ¸xƒÍrù's? ÇÎÒÈ -
59.  Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.









3.0   Kelebihan dan Kekurangan

Menurut pendapat saya yang lemah dan serba kekurangan dalam bidang ilmu ini, buku ini mempunyai banyak kelebihan yang boleh menimbulkan minat muda mudi untuk membaca buku ilmiah kerana selain isi kandungan khutbah yang berjaya diolah menjadi perenggan yang berkait antara kisah sebelumnya, ia turut dilengkapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang turut dinyatakan perawinya yang perlu dijadikan pedoman dan pegangan kita. Selain menyelitkan kisah atau cerita tentang Nabi Muhammad SAW atau para sahabat buku ini turut memberikan maklumat tambahan tentang isi kandungan khutbah Nabi Muhammad SAW dan dipadankan dengan isu-isu semasa yang berkaitan untuk menjadikan buku ini perlu dibaca dan dimiliki. Saya sangat tertarik dengan susunan ayat dan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam buku ini menjadikan ia salah satu kelebihan buku ini saya hebahkan kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya supaya membeli dan membacanya.

Setelah membaca dan meneliti buku ini, saya mendapati tidak terdapat sebarang kekurangan pada buku ini, namun terdapat cadangan penambahbaikan agar hadis Nabi yang ditulis turut memaparkan hadis dalam bahasa arab dan terjemahannya agar pembaca dapat membaca hadis Nabi dalam bahasa syurga serta terjemahnnya selain dapat belajar tentang bahasa arab.








4.0  Penutup

Sebagai umat Nabi Muhammad yang bertuah ini, kita perlu meneruskan perjuangan baginda agar ianya tidak terhenti begitu sahaja. Sesungguhnya kata-kata baginda sungguh mengandungi hikmah dan pengajaran yang cukup besar yang mempunyai makna tersirat mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia seumpama kesimpulan bagi ajaran Islam yang dibawa baginda selama 23  tahun menyebarkan dakwah Islamiah. Masih banyak lagi khazanah ilmu yang tersirat di dalam khutbah terakhir baginda Nabi Muhammad SAW ini yang perlu kita kaji dan analisis kerana mencari ilmu itu perlu diteruskan tanpa henti. Bersama kita selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang banyak berkorban dan berjuang untuk kita pada hari ini. Al-Fatihah.
















No comments:

Post a Comment