Wednesday, January 29, 2014

SINOPSIS BUKU WAHABI SESATKAH MEREKA

ISI KANDUNGAN

1.0    Pengenalan
2.0    Sinopsis Buku: Wahabi Sesatkah Mereka?
3.0    Kelebihan dan Kekurangan
4.0    Penutup
5.0    Lampiran



1.0  Pengenalan
Buku yang menjadi pilihan ialah sebuah buku tentang fahaman yang wujud dalam dunia Islam yang bertajuk “Wahabi Sesatkah Mereka?” karya asal oleh Hersi Mohamad Hilole diterjemahkan oleh Dr. Muhammad Yusuf Bin Khalid terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. Buku ini mempunyai tujuh bab isi kandungan disertai pengenalan dan penutup yang sangat baik gaya bahasanya. Penulis menghasilkan buku ini sebagai salah satu tesis ijazah sarjana pengajian Islam dan ditambah beberapa sebab yang lain.
Penulis memberikan gambaran tentang pandangan orang ramai dan masyarakat tentang perihal dakwah wahabi. Terdapat yang mencela, memuji, menyokong atau mengkritik. Penulis mengerahkan tenaga menjelaskan tiga perkara yang menjadi skop kajian menghasilkan buku ini :
(1)   Sumber asas yang wajar dirujuk oleh mana-mana pihak yang ingin mengetahui hakikat dakwah Wahabi dengan sikap lawan kepadanya.  
(2)   Kajian pemikiran Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab daripada dimensi agama, sosiopolotik dan kajian analisisnya supaya kita jelas pro dan kontra , serta pendiriannya kepada beberapa isu yang dipertikaikan.
(3)   Perbandingan pendapat pihak yang tidak bersetuju dengan wahabi dan penyokongnya supaya kita faham kedudukan sebenar polemik yang wujud.
Semasa memilih untuk membeli buku menyiapkan tugasan yang diberikan, mata dan hati saya tertarik dengan buku ini pada muka hadapannya dan isi kandungannya yang dibaca secara ringkas. Saya terus mencari maklumat tentang penulis buku dan fahaman ini. Pada pendapat saya, beliau benar-benar menjalankan kajian untuk menghasilkan buku ini yang harus dibaca dan dijadikan  bahan ilmiah serta panduan tentang fahaman wahabi.




2.0  Sinopsis Buku Wahabi Sesatkah Mereka?

Sebelum memulakan isi kandungan, penulis telah memaparkan maksud salafi menurut Imam Ghazali, kajian perihal sumber-sumber dan rujukan terbahagi tiga bahagian iaitu sumber pro wahabi, anti wahabi dan orientalis.
            Wahabi bukanlah satu mazhab tetapi ia merupakan satu fahaman yangdiasaskan oleh Muhamad bin Abdul Wahhab. Fahaman ini lebih cenderungkepada pemahaman berdasarkan kepada nas semata-mata tanpa melihatsumber-sumber perundangan Islam yang lain seperti maqasid syariyyah,istihsan, qias dan sebagainya yang menjadi pegangan kepada mazhab-mazhabseperti mazhab Syafie. Seseorang yang menganut Fahaman Wahabi ia tidakdigolong sebagai orang yang sesat. Fahaman ini termasuk dalam Ahli SunnahWal -Jamaah. Fahaman ini dilihat ada persamaannya dengan mazhab Hanbaliyang sememangnya hanya mementingkan zahir nas sahaja.
Penulis telah menulis dengan memaparkan kehidupan dan persekitaran Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab selaku pengasas fahaman Wahabi pada bab pertama, seterusnya tentang wahabi dan pemurnian tauhid, dimensi sosiopolitik bagi memurnikan tauhid dalam aliran fahaman Wahabi, polemik dalam mentafsir beberapa isu akidah, konflik isu pengkafiran dan tawassul, sikap gerakan wahabi pada beberapa golongan Islam dan gerakan Wahabi dalam bidang dakwah.
Kefahaman Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab berkenaan tauhid ialah dengan membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat. Pandangan  Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab kepada tauhid yang semata-mata berasaskan agama sahaja dan sikapnya yang keras dalam aspek ini yang membawa kepada kemasukan dalam dimensi sosiopolitik bagi konsep tauhid.
Polemik antara salafi wahabi dan seterusnya berlegar isu tauhid seperti syirik, ibadah, kafir mengkafirkan dan sebagainya. Kemunculan gejala kafir mengkafirkan pada masa kini dimana golongan wahabi berpendapat orang yang mengucap dua kalimah syahadah akan masuk Islam. Namun mereka menganggap bahawa tidak cukup hanya mengucap kalimah tauhid sebagai Islamnya seseorang. Fahaman ini menuntut agama Tauhid Uluhiyah juga diucap secara ikhlas.  

3.0   Kelebihan dan Kekurangan

Menurut pendapat saya yang lemah dan serba kekurangan dalam bidang ilmu ini, buku ini mempunyai kelebihan yang boleh menimbulkan minat muda mudi untuk membaca buku ilmiah kerana selain isi kandungan yang padat dan berbentuk point yang lebih mudah dibaca. Ia  turut dilengkapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang turut yang perlu dijadikan pedoman dan pegangan kita. Selain menyelitkan pandangan dari tokoh Islam dan para ulama dalam bidang tauhid dan aqidah ia turut dipadankan dengan isu-isu semasa yang berkaitan untuk menjadikan buku ini perlu dibaca dan dimiliki.

Setelah membaca dan meneliti buku ini, saya mendapati tidak ada kekurangan namun terdapat cadangan penambahbaikan agar gaya bahasa yang diterjemahkan dan ditulis menggunakan ayat yang padat lebih mudah difahami. Ini kerana terdapat beberapa ayat dan kenyataan yang  dibaca memerlukan pemahaman yang sangat mendalam dalam bidang akademik dan akidah tauhid kerana ayat yang tidak lengkap dan sukar difahami bagi golongan yang kurang arif dalam kepelbagaian fahaman yang wujud pada hari ini.

  
4.0  Penutup

Perihal konsep yang ditimbulkan oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab mempunyai dua dimensi iaitu keagamaan dan sosiopolitik. Terdapat kesan positif iaitu lahirnya laungan menyedarkan umat Islam pada abad ke-19 dan membawa kepada kemunculan sebilangan besar pemikir Islam daripada pelbagai pelosok  dunia Islam dan turut mengasaskan beberapa gerakan pembaharuan. Beberapa aspek negatif yang muncul ialah terdapat pelbagai analisis dan tafsiran yang diperkenalkan oleh pengasas Wahabi dan pengikutnya. Pemikir ini menokok tambah sehingga mewujudkan pelbagai bahagian dan jenis tauhid. Ini menyebabkan setengah belia mentakwilkan pendapat-pendapat itu serta mengkafirkan setiap orang yang tidak sependapat dengan mereka. Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab terdedah kepada banyak kritikan kerana beliau banyak memperakui sistem politik kepada tampuk kepimpinan jemaah Islam pada satu dinasti sahaja. Hal ini menyebabkan sebab utama fikiran politik wahabi dan mazhabnya menjadi jumud.
                 Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003. Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan tidak mengatakan bahawa Wahhabiyyah merupakan ajaran sesat malah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah.













           
           

  

1 comment:

  1. Casino Las Vegas, NV Reviews - MapYRO
    Casino Las Vegas in Las Vegas, 광주광역 출장마사지 Nevada reviews 구미 출장안마 by real people. Yelp is 광명 출장샵 a 광주 출장샵 fun and 안양 출장마사지 easy way to find, recommend and talk about what's great and not so great

    ReplyDelete