Saturday, September 22, 2012

Apple, Samsung bertelagah terhadap keputusan AS$1 bilion

SAN FRANCISCO: Tiada mana-mana pihak yang berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan Samsung perlu membayar pampasan sebanyak AS$1 bilion kepada Apple selepas perbicaraan tiga minggu.

Samsung mahukan perbicaraan baru manakala Apple menuntut ganti rugi dan faedah tambahan sebanyak AS$707 juta.
Kedua-dua syarikat memfailkan saman mahkamah lewat malam dan awal pagi tadi dengan tuntutan mereka kepada hakim persekutuan di San Jose supaya keputusan terdahulu diubah atau batalkan semua keputusan juri 24 Ogos lalu.

Juri mendapati 26 produk Samsung melanggar hak paten Apple yang mengeluarkan iPhone dan iPad. - AP

No comments:

Post a Comment