Saturday, September 22, 2012

Wanita mengandung tewaskan peragut

Tampin: Seorang wanita yang sarat mengandung cedera apabila menggagalkan cubaan dua lelaki menyamun di depan rumah di Taman Rasa Sayang di sini, kelmarin.

Cedera di tangan kiri
Mangsa berusia 20-an itu cedera di tangan kiri selepas menepis parang yang digunakan salah seorang suspek bermotosikal pada kejadian jam 2.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa baru pulang daripada membeli barang di pekan dan sudah hampir di rumahnya sebelum menyedari diekori suspek.

Katanya, sebaik tiba berhampiran mangsa, salah seorang suspek yang memegang parang turun dari motosikal dan cuba menyamun barang kemas dipakai mangsa.

“Mangsa yang tahu dirinya diancam terus menolak suspek sambil menjerit meminta tolong menyebabkan dua lelaki berkenaan melarikan diri,” katanya.

Kooi Cheang berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Kese

No comments:

Post a Comment